9

69 12 0
                                    


"Minho, awak tunggu dalam kereta je lah. Awak tak perlu susahkan diri untuk tolong saya bawa keluar barang." Chaeyoung meminta Lee Know agar menunggunya di dalam kereta sahaja.

"Baguslah. Tak perlu aku kerah tenaga untuk tolong kau bawak barang kau. Cepat. Lambat aku gerak dulu. Pandai-pandai lah kau nak balik rumah sendiri."

Terus Chaeyoung keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumah. Sebaik sahaja Chareyoung melangkah masuk, barang yang dia kemas sudah sedia ada di hadapan pintu. Kelihatan Jisung yang bersusah payah membawa barang yang Chaeyoung sudah kemas.

"Jisung. Tak perlu lah kau susah payah tolong aku bawak turun barang. Barang aku bukannya berat pun." Jisung mencebik.

"Dah, pergi bawak masuk kereta suami kau tu. Tak payah terharu sangat. Bawak turunkan je. Terima kasih lain kali." Jisung membuat lawak hambar. Chaeyoung membuat muka toya.

"Mommy mana?"

"Ha, apahal cari aku? Cepat berambus dari rumah ni. Bawak sekali dengan sial kau tu keluar dari rumah ni." Puan Han mencampakkan barang yang Jisung kemaskan elok di muka pintu ke luar rumah.

"Mommy! Kenapa campak barang dia? Kalau dalam tu ada benda pecah macam mana? Kenapa nak halau sangat Chaeyoung ni? Lagipun ni rumah dia jugak!" Jisung marah ibunya. Dia menahan ibunya dari terus mencampakkan barang Chaeyoung.

"Biar lah jahanam pun bagus. Suami dia kan berduit. Lagipun kan dia kaki kikis. Pandai-pandai lah dia kikis duit suami dia." bersahaja Puan Han melemparkan kata-kata itu. Beg laptop Chaeyoung diambilnya dam dilemparkan juga ke luar.

"Mommy!" Chaeyoung menjerit. Laptop tu dah la dia beli guna duit gaji dia yang tak seberapa tu.

"Mommy boleh campak barang lain! Tapi bukan laptop Chae, Mommy!" gelabah Chaeyoung pergi ke arah beg laptopnya.

Puan Han menuju ke arah Chaeyoung dan menyepak badan Chaeyoung sampai terbaring Chaeyoung dibuatnya. Trauma Chaeyoung datang menyerang. Badannya menggigil dengan kuat.

"Siapa ajar kau melawan aku ha? Siapa?" tak cukup terajang di tampar pula pipi mulus Chaeyoung. Sampai berbirat pipinya. Han menahan ibunya dari terus memijak dan menampar Chaeyoung kerana Chaeyoung sedang menggigil ketakutan.

"Mommy, cukup! Biarlah dia keluar rumah ni dalam keadaan tenang. Kalau suami dia nampak Mommy buat begini, apa Mommy nak jawab?!" Han menarik ibunya ke belakang.

"Mommy, please jangan. Jisung mohon sangat," Han menerpa ke arah adiknya dan memeluk erat adiknya yang sedang menggigil. Puan Han meninggalkan tempat itu dengan perasaan yang bengang. Telefon milik Chaeyoung berdering. Jisung terus mengangkat panggilan.

"Han Chaeyoung. Cepatlah-"

"Hyung. Boleh minta tolong tak? Angkatkan barang Chae ke kereta?"

Kedengaran suara di dalam telefon itu mencebik dan terus dimatikan telefonnya.

"Adik. Mana ubat kau. Cepat makan sebelum suami kau masuk." Chaeyoung menggeletar mengeluarkan ubat dari poket hoodie nya. Terus dia mengeluarkan dua biji pil dan telan. Jisung mencapai air yang berada di sebelahnya.

"Dengar cakap abang. Tenangkan diri kau. Pejam mata. Tarik nafas, tahan. Kira sampai 3 slowly. Lepas tu lepaskan." Jisung berkata di telinga Chaeyoung dengan nada lembut. Chaeyoung menurut kata Jisung dengan baik.

Kini, Chaeyoung berasa sedikit tenang. Tak lama kemudian, Lee Know muncul di muka pintu. Dia terkejut melihat barang yang dia agak milik Chaeyoung berterabur di hadapan pintu rumah sehingga ke luar. Dah kenapa bersepah sangat? Tanpa banyak kata, Lee Know mengangkat barang yang bersepah itu masuk ke dalam keretanya.

Precious Cinderella | Lee KnowWhere stories live. Discover now