14

67 16 0
                                    


Han Jisung meminta diri untuk pulang terlebih dahulu memandangkan besok dia perlu bekerja. Han Chaeyoung pula sudah tertidur selepas makan ubat tadi. Kini, tinggal Lee Know yang masih berjaga kerana menyiapkan kerjanya.

Lee Know melepaskan keluhan panjang. Dia memandang muka Han Chaeyoung yang sedang tidur nyenyak di atas katil hospital itu.

"Doktor, Chaeyoung sebenarnya sakit apa?"

Lee Know langsung bertanya Doktor yang memanggilnya tadi. Dia memang zero tentang Han Chaeyoung sebab langsung tak ambil tahu sedikit pun pasal isterinya.

"Chaeyoung menghidap PTSD sejak umur belasan tahun. Setelah kematian bapanya. Bila penyakitnya menyerang dirinya, sejarah hitam mula muncul dalam fikirannya membuatkan Anxiety sekaligus panick attack."

"Kalau ikutkan rekod kesihatan mental dia yang terbaru ni, gangguan dia makin teruk daripada sebelum ni. Kalau encik perasan di pergelangan tangannya memang dah banyak kesan toreh. Encik memang tak tahu langsung ke hal ni?"

Lee Know mengetap bibirnya. Ya, memang dia tak pernah ambil tahu sedikit pun tentang isterinya. Apatahlagi, penyakitnya.

Seketika kemudian dia teringat perbualannya bersama Han. Mereka berbual sebaik sahaja Chaeyoung sudah lena.

"Hyung, Jisung tahu hyung kahwin dengan adik Jisung pun sebab terpaksa bukan? Hyung tau tak hampir setiap malam dia call Jisung. Dia kata dia takut. Bayangan yang menghantui dia tu asyik datang. Jisung nak  hyung ada dengan dia waktu sakit dia menyerang. Boleh?"

Lee Know sendiri tak pasti dengan permintaan Han. Memang tak susah pun. Senang sangat. Masalahnya ego.

Dia membelek tangan Chaeyoung yang tidak berbalut. Banyak parut toreh di pergelangan tangannya. Bukan setakat itu, kesan lebam pun ada juga. Dia jatuh ke? Tapi, takkan lah lebam tu tak hilang.

Mata Lee Know tertancap pada gelang yang cantik terletak di wrist Chaeyoung. Macam familiar saja gelang yang dipakai Chaeyoung ni. Ada huruf terukir di atas gelang.

"HJS"

Haritu yang terjatuh tu HCY. Pattern sama. Tapi tulisan yang terukir berbeza.

"HJS. Stand for what?" 

Getaran telefon di poket seluar Lee Know membuatkan Lee Know berdecit. Siapa lah manusia yang mengacaunya pada tengah malam sebegini?

Iyennie
Chaeyoung-ah. Kau okay ke?
Jisung hyung bagitau tadi kau masuk hospital lagi.
Kalau kau baca message aku ni reply lah.
Aku risau ni.
Esok Yiren ajak study untuk last paper.

Choi Hyojun Saem
Han Chaeyoung.
Minggu depan pastikan kamu bawa duit yuran sekolah yang tertunggak.
Minggu depan dah last paper.
Kalau kamu tak dapat nak bayar lagi saya tak keluarkan sijil berhenti dan sijil graduate untuk kamu.
Ni amaran terakhir.

Ini bukan miliknya tetapi Chaeyoung. Telefon miliknya elok terletak di atas meja bersebelahan dengan laptop kerjanya. Lee Know terbaca message yang keluar dari notification secara tak sengaja.

Message dari guru Chaeyoung menarik perhatian Lee Know. Patutlah balik sekolah tadi wajah Chaeyoung sugul sahaja. Rupanya dia serabut memikirkan hutangnya dengan sekolah.

"Kenapa kau tak pernah minta aku duit yuran kau, Han Chaeyoung? Apa function aku sebagai suami kau." Lee Know bebel dengan nada perlahan. Chaeyoung nak bercakap dengan dia pun ngeri apatahlagi nak minta duit. Dingin kalah ais batu.

Message dari guru itu Lee Know tekan. Chaeyoung tidak letak sebarang password pada telefonnya. Memudahkan dirinya untuk membuka chat dengan Choi Hyojun saem.

Precious Cinderella | Lee KnowWhere stories live. Discover now