8

67 12 0
                                    


Sebaik sahaja Han bersama dengan Hyunjin dan Jeongin sampai ke tempat berlangsungnya perkahwinan Chaeyoung, Han terus mencari kelibat ibunya. Wajahnya ketika ini sangat tegang. Langsung tiada secalit senyuman di mukanya.

"Hyung, Han hyung tu nak ke mana?" Jeongin cuba mengejar Han yang semakin hilang di sebalik orang ramai yang berpusu-pusu masuk ke dewan.

"Biar dia. Jom, kita pergi masuk dewan terus."

Han sudah jumpa ibunya. Dia melajukan langkahnya. Ekspresi marahnya cuba dikawal sebaik mungkin. Ibunya pasti tidak tahu dia sudah pulang ke Seoul.

"Mommy," Han menepuk bahu Puan Han dari belakang. Puan Han menoleh. Terkejut dia melihat Han berada di hadapannya.

Han menundukkan kepalanya sambil tersenyum ke arah mereka yang lalu-lalang. Taknak pula dicop sombong.

"Jisung-ah. Bi-bila kamu sampai?" sampai tergagap Puan Han jadinya. Puan Lee yang berada di tempat kejadian memandang ke arah dua beranak itu.

"Puan Han, ni anak sulung Puan Han ke? Handsome orangnya." puji Puan Lee membuatkan Han tersenyum kembang. Eh.

"Hi, saya Han Jisung. Abang kepada Han Chaeyoung." tanpa ragu Han memperkenalkan dirinya pada Puan Lee.

"Mommy. Jisung nak cakap something dengan, Mommy." Han berbisik di telinga ibunya kerana keadaan ketika itu sungguh riuh dengan suara orang ramai.

"Tapi Jisung, Mommy-" tanpa menunggu ayat Puan Han habis Han menarik lengan ibunya keluar dari suasana yang sesak itu.

"Jisung, why? Jangan buat malu Mommy depan orang ramai boleh tak?" Puan Han memandang kiri kanan takut ada orang lalu lalang di kawasan itu.

"Why Mommy tak bagitau Jisung hal ni? Why? Jisung call Mommy tak angkat. Kalau lah tiada siapa yang bagitau Jisung harini Chaeyoung kahwin, sampai Jisung mati pun Jisung tak tahu, Mommy." Han menatap geram muka Puan Han. Memang dah tak boleh nak tahan dah. Muka Puan Han berubah dingin. Tubuhnya dipeluk. Dia tahu sangat siapakah orang yang bagitau Jisung.

"Budak bendul tu bagitau Jisung kan? Degil betul dia. Memang patut pun aku singkirkan dia. Patutnya, dari awal lagi." selamba sahaja Puan Han kata begitu. Langsung tiada rasa bersalah di hatinya.

"What do you mean, Mommy? Chae tu anak Mommy tau. She is your biological daughter not you adopt from the orphanage or your stepdaughter! Han Chaeyoung tu adik kandung Jisung! Kenapa Mommy langsung takde rasa belas kasihan pada dia? Mommy sampai jual dia. Mana kasih seorang ibu? Chae membesar langsung tiada rasa kasih sayang ibunya sendiri. Kenapa Mommy busuk hati sangat benci dia?!" Han menaikkan suaranya. Langsung menghamburkan kemarahannya.

"Han Chaeyoung tu anak sial. Pembawa sial. Sebab tu Mommy cuba pisahkan korang daripada bersama. Kalau Jisung duduk sama dengan dia, Jisung sendiri akan terkena sial dia."

Jisung menggenggam penumbuknya. Tiada guna kalau dia melepaskan amarahnya pada ibunya sendiri. Kalau boleh dia nak nangis pada saat ini. Sedih dengan perangai busuk ibunya.

"Kalau Mommy nak tahu, Jisung sedih Mommy buat Chae macam ni. Chae pun layak bahagia Mommy. Chae tak bodoh seperti yang Mommy sangka. Dia lagi bijak dari Jisung kalau Mommy nak tahu. Jisung tahu, Mommy takkan dengar Jisung cakap ni. Han Chaeyoung, sakit. She is suffering with PTSD and Panick Attack. Mommy tak kesah kan semua tu? Jisung tahu. Jisung cuma harap suatu hari nanti Mommy sekurangnya tunjuk sikit kasih sayang pada dia. Tak banyak pun takpe. Sikit pun jadi."

Han berlalu meninggalkan ibunya yang masih memeluk tubuh. Puan Han hanya menarik senyuman sengetnya. Macamlah dia akan termakan dengan kata simpati dari Han.

Precious Cinderella | Lee KnowWhere stories live. Discover now