3

73 14 0
                                    


"Mrs Han. Saya terima proposal syarikat awak tu. Dengan syarat, awak ikut apa yang saya dah tetapkan dalam syarat tu. Kalau awak rasa amount  tak cukup lagi dengan apa yang saya nyatakan dalam tu, boleh minta saya lagi." Tuan Lee berkata kemudian menghirup sedikit kopi panas.

Puan Han melihat amount yang diberikan oleh Tuan Lee. Senyumannya cuba disorok sedaya upaya. Agar tidak begitu kelihatan.

"Cukup tuan. Terima kasih sangat-sangat tuan. Terima kasih juga sudi bergabung dengan syarikat saya," ucap Puan Han dengan nada gembira.

Bukan main suka lagi apabila dia melihat amount duit yang tertera di atas kertas putih hitam itu. Putih mata jadinya.

'Memang tak rasa bersalah ke jual anak sendiri? Mana sikap berperikemanusiaan engkau wahai manusia? Betullah orang kata duit dapat menggelapkan mata manusia!' bisik Tuan Lee. Dia sangat bersalah apabila membuat jual beli manusia bukannya barang sebagai gantian.

Berharap sangat anaknya dapat menerima perempuan yang 'dibeli' dari kliennya sebentar tadi. Apa lah perasaan orang yang 'dijual' apabila dapat tahu dirinya dijadikan bahan jualan syarikat emaknya untuk mendapatkan keuntungan syarikat sendiri?

👑💍

Mommy is calling....

Chaeyoung menatap hairan ke arah handphone miliknya. Dah kenapa Mommy call? Sedangkan selama ni dia call ibunya itu susah mahu dijawab jauh sekali untuk menelefon dia. Tanpa rasa sangsi, Chaeyoung menekan icon hijau untuk mengangkat panggilan.

"Hoi, perempuan. Kau kat mana? Memang tak tahu jalan balik dah ke?"

Tanpa bagi kata sapaan, langsung terjah ke topik yang ingin dikatakan. Chaeyoung menelan perit ludahnya sendiri. Patutkah dia bagitahu jawapan sebenar? Lama dia memikirkan.

"Kau dah tak reti nak bercakap ke, hah?! Bisu ke! Aku tanya jawablah, Han Chaeyoung! Jangan sampai penampar aku kau dapat bila kau sampai rumah nanti!"

Chaeyoung bermain dengan jarinya. Takut untuk mengatakan perkara sebenar.

"Han Chaeyoung! Kau tak jawab aku lempar laptop baru kau tu ke tingkat bawah!  Jangan sampai aku buat! Susah sangat ke nak jawab pertanyaan aku?! Buang masa, buang duit aku je nak bayar bil telefon semata nak tunggu kau bagitahu kau kat mana-"

Ye. Susah. Untuk Chaeyoung bagitau keberadaan dirinya.

"Chaeyoung tengah bekerja, Mommy." perlahan suara Chaeyoung menjawab.

"Siapa suruh kau pergi bekerja?! Kerja kau kat rumah ni belambak tak terbuat kau pergi bekerja pulak! Hey, kau sedar tak mak kau ni CEO syarikat. Kau sengaja nak malukan diri aku kan, Han Chaeyoung! Kau memang sengaja, Han Chaeyoung!  Kau balik sekarang!"  Puan Han menengking Chaeyoung dengan keras. Terhincut bahu gadis itu apabila mendengar tengkingan ibunya.

"Tapi, Mommy yang suruh Chae cari duit sendiri-"

"Kau balik sekarang! Tak payah nak bagi beribu alasan pada aku! Menempah  kaki aku betul lah kau ni!"

Tut! Panggilan dimatikan oleh ibunya sendiri. Chaeyoung memandang jam digital yang tergantung cantik di dinding membelakanginya.

"Ada lagi 30 minit untuk aku habiskan shift harini. Boleh ke aku balik awal? Kalau aku balik siapa nak jaga kaunter?" Han Chaeyoung mengeluh. Dia menyambung mengisi makanan yang sudah sedia kosong di rak.

Precious Cinderella | Lee KnowWhere stories live. Discover now