15

65 15 22
                                    


Lee Know pulang awal dari kebiasaan. Entah apa yang merasuki dirinya pulang awal harini. Biasanya dia sengaja balik lambat walaupun kerjanya sudah selesai awal.

Sebaik sahaja dia masuk ke rumah, dia terdengar suara Chaeyoung dari arah dapur. Lee Know berjalan dengan perlahan. Nak curi dengar apa yang Chaeyoung cakap seorang diri.

"Jisung. Kau jujur dengan aku sekarang. Kau kata kau takde duit tapi kenapa kau bayar jugak yuran sekolah aku? Tengok aku dah menyusahkan hidup kau lagi."

Lee Know nak bagitau Chaeyoung bahawa dia yang lunaskan hutang sekolahnya itu. Tapi dia  hanya simpan saja.

"Kalau bukan kau, siapa yang bayar? Hyunjin oppa? Aku tak pernah bagitau Jeongin pasal yuran aku yang tertunggak tu."

Kedengaran Chaeyoung mengeluh. Lee Know berjalan dengan perlahan memasuki ruang dapur tanpa pengetahuan gadis itu.

"Kalau betullah dia yang bayarkan, aku memang menyusahkan hidup dia. Aku nak bekerja dekat tempat lama untuk ganti duit dia balik. Aku suka menyusahkan orang, Jisung. Memang patut pun Mommy bunuh aku dulu. Memang kerja aku menyusahkan orang."

Lee Know tak tahan apabila Chaeyoung menyalahkan dirinya berterusan. Kedengaran Han sedang membebel dan menenangkan Chaeyoung.

"Han Chaeyoung." Lee Know memanggil Chaeyoung apabila dia terlihat Chaeyoung seperti gelisah.

"Jisung. A-aku letak dulu. Bye."

Tangan Chaeyoung menggigil. Dia bukan takut tapi penyakitnya sedang menyerangnya ketika ini. Lee Know memandang tepat mata bundar gadis dihadapannya.

"Stop blaming yourself, Han Chaeyoung. Kau tak bersalah. Kau tak menyusahkan sesiapa pun."

Disebabkan Lee Know tahu Chaeyoung ada penyakit dia cuba untuk menolong Chaeyoung. Dia cuba untuk meletakkan egonya ke tepi. Waktu begini Chaeyoung tak boleh ditengking. Dia bersalah kerana menengking Chaeyoung tempoh hari tanpa mengetahui bahawa Chaeyoung sedang melawan penyakitnya ketika itu.

"Minho-"

Nafas Chaeyoung mula tak teratur. Dia cuba kawal dirinya dari bertindak luar kawalan. Lee Know mengambil ubat Chaeyoung yang terletak berdekatan dengannya.

"Chaeyoung. Calm down. Inhale, then lepas. Slowly." Lee Know menarik Chaeyoung duduk di kerusi dan menenangkan Chaeyoung seperti yang diajar Jisung tempoh hari.

Anak mata Chaeyoung menggigil. Dia takut. Kalini, dia tak menyebut nama Jisung. Dia mengetap bibirnya. Menjauhkan dirinya dari Lee Know yang cuba mendekatinya untuk menenangkan dirinya.

"J-jangan dekat. Kau-"

"Jangan takut, Chaeyoung. Aku takkan pukul kau. I want to be your cure for your pain, Han Chaeyoung. Kalau kau takut, selalu ingat aku ada untuk kau."

Chaeyoung teragak-agak dengan ayat Lee Know. Air muka Lee Know tampak begitu ikhlas dan concern. Tidak kelihatan sedikit pun kebohongan dari ayatnya.

"Come here. Dont be afraid of me. Am not the monster who you afraid of." Lee Know menarik Chaeyoung lembut masuk ke dakapannya.

"Th-thank you, Minho."

Lee Know tersenyum nipis. Dia mengusap belakang Chaeyoung. Kini, badan Chaeyoung sudah tak menggigil seperti tadi.

"Please. Jangan asyik salahkan diri kau." Lee Know berbisik dengan lembut di telinga Chaeyoung.

Lee Know berjaya menenangkan Chaeyoung. 

"Erm, Minho

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Erm, Minho. Sorry. And thank you."

Setelah keadaan sudah reda, Chaeyoung menjauhi Lee Know. Takut kena marah. Dah la tadi gedik main peluk-peluk Lee Know.

"Memang tugas aku pun sebagai suami kau. Terima kasih tu untuk apa pulak?" suara dingin Lee Know kembali. Tadi elok je cakap lembut-lembut.

"Sebab bayarkan hutang sekolah saya." Chaeyoung berkata dengan nada perlahan sambil bermain dengan skirt sekolahnya.

"Kenapa kau tak mintak je kat aku? Aku ni siapa bagi kau, Han Chaeyoung? No, sekarang ni nama kau Lee Chaeyoung."

"Saya minta maaf. Kalau saya minta kat awak nanti saya menyusahkan awak, Minho. Saya ni dahla berkahwin dengan awak sebab Mommy jual saya pada ayah awak."

Tanpa sedar, Chaeyoung terbongkarkan rahsia. Chaeyoung menepuk mulutnya kerana terlepas cakap. Aduh, kau ni Chaeyoung apahal! Kan dah janji jangan bagitau Minho!

"A-awak. Abaikan je apa yang saya cakap. Saya cuma cakap merapu je. Jangan hiraukan apa yang saya cakap." Chaeyoung memegang tangan Lee Know supaya percaya dengannya.

"Lee Chaeyoung. Jujur dengan aku sekarang. Aku benci orang menipu, Chaeyoung."

Lee Know menggenggam tangan Chaeyoung kuat sehinggakan Chaeyoung terasa sakit. Chaeyoung cuba lepaskan pegangan erat Lee Know.

"Minho, sakit. Tolong lepaskan saya," Chaeyoung merintih kesakitan. Dia takut untuk memandang muka Lee Know yang tegang itu.

Telefon milik Chaeyoung berdering. Tertera nama Hwang Hyunjin di screen. Dia agak tu pasti Jeongin yang menelefonnya menggunakan telefon Hyunjin.

Lee Know dengan pantas mengambil telefon milik Chaeyoung dan menekan butang merah.
Diletakkan semula telefon milik Chaeyoung tu di atas meja.

Chaeyoung semakin gerun dengan Lee Know. Kalau badannya sudah menggigil pasti tak jadi apa. Kawal, Chaeyoung. Jangan jadi macam tadi.

"Lee Chaeyoung. Cerita sekarang. Aku nak kau cerita memandangkan kau dah terlepas tadi."

Chaeyoung mengeluh. Kalau dia tak cerita mesti dia kena pukul. Dia taknak kena pukul. Dia dah serik kena bantai dengan ibunya sendiri sebelum ni.

"Selepas saya cerita ni, awak rasa nak buang saya. Boleh. Lepaskan saja saya kalau awak rasa saya ni jijik dimata awak lepas ni. Tapi, please jangan lepaskan geram awak pada saya. Saya taknak kena pukul lagi."

"Cerita sekarang." suara Lee Know mendatar.

Chaeyoung menceritakan segalanya dari ibunya mengatakan dirinya dijual dan Tuan Lee bersetuju untuk membeli Chaeyoung. Mereka cuba menutup niat sebenar mereka dan menyuruh dirinya dan Lee Know berkahwin.

Padahal mereka langsung tidak kenal langsung apatahlagi berjumpa. Semasa hari mereka dirancang itulah hari pertama Chaeyoung berjumpa dengan Lee Know.

"Kalau awak rasa peretemuan kita ni banyak menyusahkan awak, saya minta maaf. Saya cuba untuk jadi isteri terbaik untuk awak walaupun awak tak minta. Saya tahu dari mula kita dipertemukan awak benci saya. Saya, dah cerita pada awak segalanya. Awak rasa nak lepaskan saya, terserah. Saya naik atas dulu." Chaeyoung mengambil telefonnya dan meninggalkan Lee Know keseorangan.

Rupanya selama ni, dia dijual. Bukan sahaja dia dipaksa berkahwin. Sebenarnya, dia dijual? Apa masalah daddy sampai nak membuat perdagangan manusia ni? No. Kenapa ibunya sendiri menjual dia pada Daddy?

"Kau belum cerita sepenuhnya, Chaeyoung. Aku tahu ni baru separuh dari cerita sebenar. Aku nak dengar dari mulut kau sendiri."

Pada masa yang sama, dia geram dengan orang tuanya kerana tak beritahu cerita sebenar. Lee Know bersimpati dengan Chaeyoung.

Dia menukar fikiran. Dia akan tetap jaga Chaeyoung dan takkan lepaskan gadis itu. Walaupun pada mulanya, dia nak sangat gadis itu cepat-cepat keluar dari hidupnya.

 Walaupun pada mulanya, dia nak sangat gadis itu cepat-cepat keluar dari hidupnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Precious Cinderella | Lee KnowWhere stories live. Discover now