4

68 10 0
                                    


Belum sempat Chaeyoung masuk ke dalam rumah dengan betul dirinya sudah ditarik oleh ibunya dengan kasar. Puan Han merentap kuat tangan Chaeyoung.

"Mommy, sakit!"

"SAKIT LAGI HATI AKU NI KAU TAU TAK! KAU KAN SUKA BETUL SAKITKAN HATI AKU!" dilemparnya badan Chaeyoung ke lantai menyebabkan kepalanya terhentak pada kaki kayu meja.

"Mommy, Chae minta maaf. Chae salah. Chae tak tanya izin Mommy pun dulu untuk bekerja. Tapi Chae perlukan duit, Mommy." Chaeyoung menggosok tangannya meminta ampun. Kepalanya berdenyut dengan kuat akibat dari hentakan tadi.

"Lain kali berfikir dulu sebelum buat tu. Bebal sangat kenapa kepala kau ni? Bodoh sangat eh? Kalau orang syarikat aku nampak kau bekerja dekat kedai tu, DIORANG MENGATA AKU KAU FAHAM TAK?! JANGAN NAK TUNJUK SANGAT LAH YANG KAU TU MISKIN TAKDE DUIT! KALAU AKU TAHU KAU MINTAK JISUNG DUIT LAGI AKU TARIK TARIK RAMBUT KAU SAMPAI BOTAK KAU NAK?!" rambut panjang Chaeyoung direntap kuat membuatkan Chaeyoung melaung kesakitan.

"LAIN KALI, BERANI MENIPU AKU LAGI! KAU KATA KAU PERGI LIBRARY NAK BELAJAR KAN?!  BELAJAR APA HAH?! KAU TAK PAYAH NAK BELAJAR SANGAT SEBAB KAU TU MEMANG DAH BENGAP NAK BELAJAR!" diterajangnya gadis itu sampai lemah nak duduk dengan betul. Chaeyoung memegang pinggangnya yang sakit akibat diterajang oleh ibunya. Badannya menggigil hebat. Kalau ada Jisung pasti dia menarik Chaeyoung menjauh dari ibunya.

"Mommy, sakit." adu Chaeyoung walaupun dia tahu ibunya tidak pernah kesah dengan aduannya. Yang dia tahu Chaeyoung adalah punching bag dia.

"Diam. Jangan nangis." tak cukup rentap rambut Chaeyoung, dilempang pula gadis yang sedang menangis kesakitan itu.

"Sakit, Mommy."

"Mengadu lagi sakit tu mengadu! Aku cukup stress harini dengan masalah yang tak pernah habis dekat syarikat tu. Bertambah pulak dengan perangai degil kau ni tau tak!" Puan Han jerit macam orang gila. Dia tidak berhenti mendera Chaeyoung. Sampai terkulai badan Chaeyoung di ruang tamu dia buat.

"Dengar sini, besok kalau kau pergi lagi kerja kat kedai tu, lebih dari ni aku kerjakan kau. Balik dari sekolah, jangan nak merayap. Aku tahu kau tak balik sampai waktu malam kau siap. Lebih dari ni aku buat. Faham?" ditunjal-tunjalnya kepala gadis itu.

Chaeyoung hanya mampu menangis meratapi dirinya yang malang itu. Pergelangan tangannya berbekas biru. Kepalanya yang berdenyut bertambah kuat denyutannya. Pinggangnya sakit tidak terkata. Digagahkan juga dirinya masuk ke biliknya menaiki tangga sambil memegang pinggangnya yang sakit.

👑💍

"Jisung, tolong aku. Aku takut," Chaeyoung menangis di sudut biliknya sambil memeluk lutut. Badannya menggigil ketakutan. Dia tidak boleh tidur kerana bracelete yang diberi abangnya hilang.

Dia menyedari gelangnya hilang apabila dia nak masuk tidur. Puas dia mencari gelang itu di merata tempat. Tapi, tetap juga tiada.

"Chaeyoung. Kau kena tidur esok kau ada exam," Chaeyoung berkata kepada dirinya sendiri. Kemudian, dia menggelengkan kepalanya. "Tapi, aku nak Jisung." Chaeyoung sambung menangis. Kalau ada yang melihatnya ketika ini pasti orang akan menganggap dia kurang waras.

Telefon yang berada di sebelahnya bergetar. Nama Jisung tertera di skrin. Terus dia mengangkat panggilan dari abangnya.

"Han Chaeyoung. Kau belum tidur lagi? Kau buat apa? Jangan kata kau study sampai lewat malam. Pergi tidur sekarang. Dah pukul 2 pagi ni, Chae. Aku tahu kau tengah exam week sekarang ni," Jisung membebel setelah Chaeyoung menngangkat panggilannya.

Precious Cinderella | Lee KnowWhere stories live. Discover now