20

56 11 0
                                    


"Bye, Chae." Jeongin melambai Chaeyoung yang hendak masuk ke rumah. Jeongin menghantar Chaeyoung dari party di rumah mereka. Lee Know tidak ikut kerana ditegah oleh Chaeyoung dan Felix petang tadi.

"Terima kasih, Jeongin." Chaeyoung membalas dengan senyuman.

"Chae." tak sempat Chaeyoung hendak buka pintu rumahnya. Memandang semula ke arah Jeongin.

"Take care. Kalau ada apa-apa call je aku."

Chaeyoung hanya membalas dengan anggukan dan senyuman manisnya. Setelah itu, Jeongin melihat belakang Chaeyoung. Menghantar Chaeyoung masuk ke rumah menggunakan anak matanya.

Jeongin melepaskan keluhan. Dan membawa diri pulang ke rumah dengan hati yang lara. Plan untuk meluahkan isi hatinya pada hari graduasi punah begitu sahaja setelah dia dapat tahu dan pergi ke majlis kahwin Chaeyoung tempoh hari.

"Nak menyesal pun takde guna. Move on Jeongin! Dia dah ada suami."

Lelah betul tadi menjawab segala persoalan Yiren yang tak henti-henti itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lelah betul tadi menjawab segala persoalan Yiren yang tak henti-henti itu. Betulkah dia sudah berkahwin? Bila dia berkahwin? Kenapa berkahwin tak diberitahu? dan seangkatan dengannya. Kalau dilayan lagi sampai ke besok hari tulat tak tentu lagi habis. Nasib saja Felix call dia beritahu dia ada hal dan tak dapat nak jaga Lee Know.

Chaeyoung menapak menuju ke bilik Lee Know. Dia mengetuk dulu pintu bilik sebelum masuk. Takut kalau Lee Know marah.

"Minho, saya dah balik. Maaf balik lambat." perlahan saja Chaeyoung bercakap. Takut Lee Know terjaga. Dia menghampiri Lee Know yang sedang enak tidur. Dia melekapkan belakang tangannya di pipi dan dahi Lee Know.

"Much much much better."

Perbuatannya itu membuatkan Lee Know terjaga dari tidurnya. Chaeyoung mengetap bibir.

"Maaf, saya tak sengaja ganggu awak. Tapi, awak dah makan ke Minho? Saya tengok bubur dalam mangkuk ni tak terusik pun."

Lee Know menggeleng sedikit. Dia terjaga pun sebab dia lapar. Felix ada mengejutnya tadi sebelum keluar. Supaya makan bubur yang telah dia masak. Lee Know cuba untuk duduk dari baringnya.

"Bubur ni pun masih hangat. Awak makan ye? Nanti makan ubat ni sekali. Saya nak ke bilik tukar baju." Chaeyoung berkata dengan lembut. Perasaan takutnya pada Lee Know makin hari semakin hilang. Dia semakin berasa selesa dengan Lee Know semenjak hari kejadian. Ataupun sebab Lee Know tidak dingin seperti selalu kerana dia sedang sakit....mungkin?

"Tapi aku nak kau suap aku." mood mengada Lee Know sudah datang. Perangai betul bila sakit. Tadi Felix jadi mangsa kena layan mengadanya kini Chaeyoung pula.

"Tapi, saya-"

"Kalau camtu malas la nak makan. Biar aku kebulur sampai bila bila. Kau kan suka aku mati." Lee Know merajuk. Chaeyoung mengeluh perlahan. Susah juga kalau dia dah datang rajuk dia.

"Okay, saya suap. Duduk lah balik. Jangan lah baring." Chaeyoung menarik lembut tangan Lee Know cuba memujuknya.

Dengan muka mencuka Lee Know duduk seperti tadi. Merajuk kononnya. Chaeyoung menahan tawa melihat muka rajuk Lee Know. Rasa nak cubit. Comel!

"Kau gelak apa? Cepat lah aku lapar ni." lah marah orang pulak.

"Maafkan saya." Chaeyoung mengambil mangkuk berisi bubur itu dan menyuap Lee Know. Mengada betul bila tengah sakit ni.

Lee Know terjaga pukul 3 pagi kerana tekaknya terasa kering

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Lee Know terjaga pukul 3 pagi kerana tekaknya terasa kering. Dengan perlahan Lee Know bangun dari baringnya. Hendak bangun menuju ke meja yang diletakkan jag air dan gelas.

Terkejut Lee Know apabila nampak Chaeyoung tidur merengkot di lantai dengan tangannya di alaskan sebagai bantal. Lee Know cuba mengejut Chaeyoung tetapi Chaeyoung langsung tidak beriak.

Sudahnya, Lee Know tarik bantal dan selimut. Tidur di lantai bersama dengan Chaeyoung. Pada kesempatan ini, Lee Know mengambil peluang memeluk Chaeyoung. Niatnya untuk menghangatkan tubuh Chaeyoung. Yelah tu.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Precious Cinderella | Lee KnowWhere stories live. Discover now