27

45 5 0
                                    


Masuk harini dah seminggu Chaeyoung menumpang rumah Yiren. Dia taknak dah jejak rumah mereka.

Matanya sembap, mukanya cengkung. Seperti dah tak terurus selepas hari kejadian. Chaeyoung banyak termenung semenjak haritu. Sekejap dia mengeluh berat.

"Chae, Felix pun bagitau benda sama dekat aku. Minho tak bersalah. Perempuan tu yang bagi ubat tidur dekat suami kau. Kalau kau nak tahu haritu Minho tunggu kau kat kedai tu . Alih-alih si perempuan tu yang bagi Minho air katanya sementara tunggu kau. Dia bijak tak hulur sendiri tapi bagi dekat staff dia. Young-ri tu dah lama perhati korang dua lepas insiden Minho taknak kahwin dengan dia dan kau yang kahwin dengan dia."

Punya lah panjang lebar Yiren bebel hanya hm saja yang dibalas Chaeyoung. Bukan apa dia dah malas nak dengar Yiren pujuk dia setiap hari. Muak dia dengar.

"Kalau kau nak tau. Aku tak kesah pun. Aku keluar jap nak jumpa dengan Jisung."

Chaeyoung menipu Yiren. Bukannya dia keluar jumpa abangnya pun. Tapi, dia pergi jumpa ayah mertuanya. Dia dah fkir masak-masak dan dia nekad dengan cadangan ayah mertuanya untuk jaga branch di China. 

"Eh, bukan kau kata Jisung dengan Hyunjin kat Jeju ke haritu?"

Chaeyoung berlalu pergi meninggalkan Yiren tanpa menjawab persoalannya. 

"Han Chaeyoung!"

')

"Kau sorok Chae kan dalam rumah tu. Aku tahu Chae ada kat sini." Lee Know tetap menggesa Yiren supaya bawa Chaeyoung keluar. Yiren memeluk tubuh sambil mengeluh kasar.

"Berapa kali aku nak cakap? Bini kau takde kat dalam rumah aku ni. Dia pergi Jeju. Felix tolong translate balik pada Minho ni kalau-kalau dia tak faham. Penat betullah saya bagitau pada orang tak faham bahasa ni."

"Kau jangan nak tipu aku, Yiren. Untuk apa dia pergi Jeju kalau abang dia ada dekat sini? Eh kau panggil dia keluar! Aku nak jumpa dia kejap je la!"

Felix menahan Lee Know dari terus memukul pagar rumah Yiren. Aduh, Yiren pula menggigit bibir. Dia sendiri pun tak tahu la ke mana perginya Chaeyoung sebenarnya. Dia dapat rasakan Chaeyoung menipunya.

"Hyung, jangan mengamuk depan rumah orang, hyung! Sabar hyung! Sabar!"

"Kalau kau tak percaya sangat masuk lah!" Yiren membuka pintu rumahnya. Bagi jelah dia masuk biar dia cari pelosok rumah.

"Rumah aku bukan ada bilik nak sorok. Ceruk mana aku nak sorok, Minho? Rumah aku ni studio je."

Lee Know mengeluh kasar. Dia merehatkan dirinya di sofa. Yiren menjeling. Orang cakap taknak percaya! Felix menarik tangan Yiren menjauh dari Lee Know yang berada di sofa sambil menghadap telefon.

"Babe, memang Chaeyoung dekat Jeju ke?" tanya Felix separa berbisik.

"Saya pun tak tahu, awak. Dia bagitau saya begitulah. Tapi saya dapat rasa dia tipu. Betul kata Minho untuk apa dia ke sana sedangkan abang dia ada kat sini? Saya pun risaukan dia, Felix."

Felix memeluk Yiren menenangkan kekasihnya. Dia tahu Yiren sibuk memikirkan hal Chaeyoung.

'Perempuan sundal tu memang tak guna! Kau sabar sundal. Aku tahu nak balas perbuatan jijik kau ni bagaimana.'

Felix tersenyum sinis.

')

Chaeyoung yakin dengan keputusannya. Dia tak mahu ubah fikiran lagi. Memang dia dah masak habis fikir. Dia nekad!

"Daddy, Chae dah buat keputusan. Chae terima cadangan Daddy."

"Minho tahu hal ni?"

Chaeyoung menggeleng lemah. Dia taknak sesiapa pun tahu. Walaupun abangnya sendiri. Han Jisung.

"Chae taknak diorang tahu hal ni. Termasuk Minho. Chae minta Daddy rahsiakan tentang ni. Hanya kita berdua sahaja tahu. Boleh tak Daddy rahsiakan demi Chae?"

Tuan Lee mengangguk setuju. Kalau itu yang dipinta menantu kesayangannya, dia hanya menurut. Pasti ada sebab Han Chaeyoung taknak sesiapa tahu.

"Kalau begitu, esok Chae ke China. Accommodation semua Daddy dah siapkan."

"Thank you, Daddy."

"Welcome, jangan risau Daddy takkan bagitau sesiapa termasuk Mama."

Tuan Lee meyakinkan menantu perempuan kesayangannya. Dia juga pelik kenapa tiba-tiba sahaja Chaeyoung membuat keputusannya yang pada awalnya dia ragu-ragu untuk memberi kata putus.

Bagi Chaeyoung dia perlu menghilangkan diri dari Lee Know. Dia masih tak dapat melihat wajah Lee Know buat masa sekarang. Sangat benci!

')


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 30, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Precious Cinderella | Lee KnowWhere stories live. Discover now