21

48 11 0
                                    


Badan Chaeyoung terasa pegal dan sakit kerana tertidur di lantai bilik Lee Know. Chaeyoung hendak bangun tetapi ada satu tangan yang menghalangnya untuk bangun.

Chaeyoung melihat dirinya berselimut dan.... Lee Know nyenyak tidur di sebelahnya. How can? Bagaimana? Kenapa?

Kenapa Lee Know tidur di lantai....bersama dengannya? Mereka hanya berkongsi satu bantal? Sepanjang malam?

This is insane! Stupid you Han Chaeyoung! Tidur lagi kat bilik orang tak memasal orang tu tidur dekat bawah juga. Chaeyoung memukul dirinya. Menyalahkan dirinya lebih tepat. Eh? Tapi kenapa Lee Know tidur di bawah? Chaeyoung memandang muka pucat Lee Know.

"Minho," Chaeyoung mengejut Lee Know untuk sambung rehat di atas katil. Masih tidak beriak. Dicuba sekali lagi. Ada reaksi dari Lee Know.

"Oh, Chae. Dah bangun?" Lee Know bangun dari baringnya. Duduk berhadapan dengan Chaeyoung.

"Kenapa awak tidur di bawah? Awak tu daha tak sihat lagi. Lantai kan sejuk." Chaeyoung ambil temperature dan meletakkan di dahi Lee Know. Chaeyoung mengeluh.

"Kan, tengok ni. Suhu awak makin naik dari malam tadi. Maafkan saya sebab tak jaga awak betul-betul Minho. Memang...ish! Tak guna betul awak dapat isteri tak guna macam saya ni. Tak pasal-pasal suhu awak naik balik."

Chaeyoung memukul dirinya. Bersalah dengan apa yang dibuatnya. Kalau lah dia tidak tidur di lantai dan pergi ke biliknya untuk tidur pasti Lee Know sudah kebah dari demam. Bukannya semakin teruk seperti sekarang! Tapi, kalau dia pergi ke biliknya apa-apa yang terjadi pada Lee Know juga salahnya! Argh!

Chaeyoung mengetuk kepalanya. Dia tak dapat kawal dirinya. Kawalan pernafasannya juga mulai tak teratur. Lee Know segera memegang tangan Chaeyoung dari terus memukul dirinya.

"Chae, tenang. Calm down. Breath in, then breath out. Do it 3 times." Lee Know cuba menenangkan Chaeyoung. Dia mengusap lembut belakang Chaeyoung.

Seketika kemudian Chaeyoung terlihat tenang. Kawalan pernafasannya juga semakin teratur. Lee Know mengeluh. Lee Know memegang bahu Chaeyoung dan memandang tepat ke arah muka Chaeyoung yang menunduk.

"Bukan salah kau, Chae. Aku yang tak sampai hati nak  kejut kau untuk bangun dari tidur malam tadi. Kau nampak penat sangat. Aku decide untuk tidur je sebelah kau. Jadi, bukan salah kau. Berkali-kali aku bagitau kau. Jangan terus menerus salahkan diri kau. Aku sakit tengok kau sakit, Chae. Aku akan tolong kau. Aku akan heal kan penyakit kau ni."

"Tapi saya tak sakit-"

Lee Know menarik Chaeyoung dalam dakapannya. Mengusap lembut rambut Chaeyoung.

"Mulai harini. Saat ini. Detik ini. Kau kena tidur dengan aku. Bukan di lantai. Tapi atas katil ni. Bersama. Jadi, ini bilik kita. Okay?"

Lee Know melepaskan Chaeyoung dari dakapannya. Ingin melihat balasan dari Chaeyoung. Tetapi, Chaeyoung hanya menundukkan wajahnya.

Lee Know mengangkat dagu Chaeyoung. Melihat Chaeyoung dengan lebih dalam. Memandang terus ke anak mata Chaeyoung.

"Aku akan tolong kau, Chae. Aku akan pulihkan kau." Lee Know berjanji sambil mengelap air mata Chaeyoung di tubir matanya menggunakan ibu jari.

"Terima kasih, Minho"

Kalini Chaeyoung pula memeluk Lee Know. Tersenyum Lee Know seketika dan membalas pelukan Chaeyoung.

'Aku dah mula sayangkan kau, Han Chaeyoung.'

Precious Cinderella | Lee KnowWhere stories live. Discover now