16

72 15 8
                                    

Chaeyoung termenung walaupun Jeongin sedang rancak bercerita dengannya. Setelah Jeongin perasan tiada reaksi langsung dari Chaeyoung dia memandang muka Chaeyoung.

"Yah, Han Chaeyoung. Kau kenapa? Aku tengah syok cerita dengan kau pun boleh termenung." Jeongin menyentuh lembut tangan Chaeyoung membuatkan Chaeyoung tersedar.

"Huh?"

"Kau okay? Cuba cerita sikit kenapa? Apa yang mengganggu fikiran kau? Nak kata exam, kita dah habis exam dah tinggal nak graduate je, Chaeyoung." Jeongin mengusap lembut tangan Chaeyoung. Chaeyoung membalas dengan senyuman pahit.

"Aku dah cerita hal sebenar dekat suami aku. Mungkin lepas ni dia akan lepaskan aku, Jeongin. Kalau dia lepaskan aku, mesti aku akan menyusahkan abang aku lagi. Tapi, aku nak sambung belajar. Boleh ke aku sambung belajar? Duit aku pun tak berapa nak cukup kalau aku dapat sambung, Jeongin."

Again. Her overthinking. Jeongin mengambil tempat di sebelah Chaeyoung. Tadi dia duduk berhadapan kini bersebelahan. Dia menarik Chaeyoung rapat dengannya.

"Chae, kau yakin ke dia akan tinggalkan kau? Hm? Kau belum kenal Minho hyung tu sepenuhnya. Kau dah cakap bukan-bukan. Positive please. Kau boleh sambung belajar. Abang aku kan ada? Sedia membantu kau. Aku pun ada tau. Bab duit tu kau jangan lah risau. Kita sama-sama cari duit. Kalau suami kau tak bagi kerja, tu aku tak boleh tolong."

"Tapi, betul ke dia takkan tinggalkan aku?"

Soalan dari Chaeyoung itu membuatkan Jeongin mengeluh. Dia memberikan senyuman manis palsunya.

"Tak, Chae. Aku yakin."

Walaupun sebenarnya aku tak yakin, Chae. Kalau dia tinggalkan kau, aku masih ada untuk kau. Jeongin memeluk Chaeyoung dan mengusap lembut rambut Chaeyoung.

Chaeyoung hanya membiarkan Jeongin memeluknya.

"Hyung, kau okay tak ni? Asal muka hyung pucat ni?" Felix menegur Lee Know yang kelihatan tidak bermaya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Hyung, kau okay tak ni? Asal muka hyung pucat ni?" Felix menegur Lee Know yang kelihatan tidak bermaya itu. Semalam okay je. Kenapa harini tak bermaya?

"Hyung tak sarapan ke pagi tadi?"

Ish, Lee Felix ni banyak tanya betullah. Takkan lah aku nak bagitau dia yang aku berjaga malam tadi sebab nak pantau Chaeyoung kut lah dia menangis tengah malam.

"Dah sarapan. Cuma tak cukup tidur je. Dah, pergi buat kerja kau sana."

Lee Know menghalau Felix keluar dari ruangannya. Felix masih risau dengan keadaan Lee Know.

"Kalau hyung pening panggil je aku, okay?"

"Ye, jangan risau-"

Lee Know hendak menghalau Felix tapi diri sendiri rebah. Terbeliak mata Felix apabila Lee Know pengsan.

"Hyung!"

Felix membawa Lee Know ke hospital

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Felix membawa Lee Know ke hospital. Nasib baik lah doktor bagitau bahawa Lee Know kurang rehat dan cuma stress sahaja.  Sehingga kini Lee Know masih belum sedar.

Telefon milik Lee Know bergetar. Felix melihat notification di screen. Banyaknya mesej dari Chaeyoung.

Lee Chaeyoung
Minho, awak balik pukul berapa?
Harini awak balik lambat ke?
Selalunya waktu ni awak dah balik rumah.
Awak nak saya tunggu awak balik?
Saya dah siap masakkan makan malam untuk awak.

Felix mengeluh. Dia pun satu bukan nak bagitau Chaeyoung suaminya di hospital. Felix meninggalkan Lee Know dan menuju ke rumah Lee Know.

 Felix meninggalkan Lee Know dan menuju ke rumah Lee Know

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Chaeyoung setia menunggu Lee Know di ruang tamu. Semalam bukan main awal Lee Know balik. Harini dah nak masuk hari esoknya pun Lee Know belum balik. Hatinya berasa tak sedap.

"Minho tak pernah lagi balik lambat sampai macam ni sekali. Dia pergi mana? Atau dia memang dah tinggalkan aku?"

Hatinya mula berasa gelisah. Chaeyoung menggigit ibu jarinya. Dia mula rasa tak tenang.

"Tak, Jeongin kata dia takkan tinggalkan aku. Tapi, dia bukan sayangkan aku pun. Kau siapa je dalam hidup dia? Memang salah aku pun sebab asyik menyusahkan hidup dia."

Chaeyoung memeluk lutut. Dia menangis sambil menutup mulutnya. Dia benci bila perasaan ini menyerangnya.

"Please, dont blame yourself, Lee Chaeyoung. Kau tak salah apa pun."

Suara lembut Lee Know kedengaran di telinganya. Dia mencari suara itu. Tetapi itu hanya sekadar halusinasinya.

"Minho-- mana awak? Betul ke awak tinggalkan saya, Minho?"  teresak-esak Chaeyoung menangis.

Manakala di luar, Felix sudah sampai di hadapan rumah milik Lee Know dan Chaeyoung. Kelihatan rumah mereka masih terang. Chaeyoung mesti tunggu Lee Know hyung balik. Felix menekan doorbell rumah.

Chaeyoung terdengar doorbell rumah dan segera mengelap air matanya. Dia menuju ke screen dimana tempat untuk melihat orang yang berada di luar rumah.

"Kenapa Felix ada dekat sini?"

Chaeyoung segera ambil hoodie dan sarungkan ke tubuhnya. Memandangkan cuaca di luar sejuk.

"Chaeyoung, awak kena ikut saya ke hospital sekarang. Sebab Lee Know hyung ada kat sana."

"Huh?"

"Saya minta maaf tak bagitau awak petang tadi."

"Minho kenapa?"

"Dia demam panas,"

Kenapa Minho boleh demam panas? Bodoh kau Chaeyoung sebab tak ambil tahu pasal dia pagi tadi. Padahal kau dah nampak pun muka dia agak lesu pagi tadi.

"Chaeyoung? Awak okay? Jom, masuk kereta."

Felix menarik lengan Chaeyoung untuk masuk ke kereta. Perasaan gelisahnya makin kuat dia rasa.

"Minho okay saja kan?"

"Chae, Lee Know hyung demam panas je. Janganlah terlebih risau."

Chaeyoung bermain dengan jarinya. Air matanya ditahan agar tak jatuh. Taknak Felix perasan.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Precious Cinderella | Lee KnowWhere stories live. Discover now