25

47 8 0
                                    


p/s: its not end until its the very end. hehe

Setelah 6 bulan Chaeyoung dan Minho menjadi suami isteri yang sah dan bukan hanya suami isteri atas kertas. Dalam masa 3 bulan itu juga masing-masing mula untuk mengenali hati budi dan perasaan.

Dan dalam masa itu juga Yiren mengetahui status sebenar Chaeyoung daripada Jeongin. Hasil desakannya Jeongin menceritakan hal sebenar. Terpaksa! Sudahnya Yiren merajuk dengan Chaeyoung.

Tapi sekejap je rajuk dia apabila berjumpa dengan pekerja suaminya Chaeyoung, Lee Felix. Terus menggatal nak tanya semua benda pasal Felix. Gedik betul.

Jeongin? Masih menjadi orang yang sama. Tetap menyimpan perasaan pada Chaeyoung walaupun hakikatnya dia tahu dia takkan dapat Chaeyoung.

"Memandangkan umur Chae dah cecah 20 tahun, Daddy nak Chae pegang jawatan di syarikat Daddy. Di China. Tempat pengeluaran gelang Mommy kamu. Seperti mana yang kami sign contract as ambil kamu jadi isteri Minho. Kamu setuju?"

Chaeyoung terdiam. Kalau dia masih berstatuskan bujang dia tak kesah untuk bekerja di mana-mana sekali pun. Lagipun dia memang berminat bekerja berkaitan dengan bracelet ni.

"Daddy, bukan Chae taknak. Tapi, Chae rasa Chae perlu belajar dulu sebelum bekerja. Takkan Chae nak tinggal Minho di sini. Chae percaya mesti Minho bangkang cadangan Daddy. Maafkan Chae, daddy."

"It's okay sweetie. Your choice on your hands. Daddy tak paksa pun."

"What if, abang Chae yang ganti?"

"Chae lupa ke? Jisung dah ambil alih sepenuhnya syarikat Mommy kamu yang terbengkalai tu. Lupa ke?"

Baru dia teringat. Abangnya Jisung dah ambil alih cawangan di Korea ni. Bahkan Hyunjin juga bekerja bersamanya. Mereka tak lagi bekerja di Seo's ID.

"Kalau kamu bersedia bagitau je daddy. Ingat, daddy tak paksa."

:   )

Chaeyoung asyik memikirkan perbualannya bersama Daddy siang tadi. Patut ke dia suarakan hal itu pada Lee Know?

Lagipun dia berminat dengan cadangan Daddy.

"Kalau rasa nak belajar sambil bekerja beh saja. Lagipun kamu apply University di Sydney bukan? After kamu habis belajar boleh terus focus on your work. "

Chaeyoung mengeluh kecil. Sampaikan Lee Know duduk sebelahnya pun dia tak perasan.

"Baby, apa yang awak fikirkan tu? Sampai abang sebelah awak pun tak perasan, hm?" Lee Know mengelus lembut pipi Chaeyoung. Ditariknya Chaeyoung terus masuk ke dakapannya.

Chaeyoung meletakkan kepalanya manja di atas dada Lee Know. Buat masa ni baik dia simpan dulu apa yang dia nak bagitau pada Lee Know.

"Babe, why?" Lee Know bertanya dengan nada lembut. Dia mengelus lembut rambut Chaeyoung.

"Nothing. Just thinking about the university. Kalau saya betul dapat sambung belajar luar negara abang nak ikut saya tak? Saya taknak pergi tanpa abang."

Lee Know tergelak kecil. Lucu dengan perangai clingy isterinya. Manja betul!

"Sayang, kalau saya ikut awak nanti siapa nak jaga firma saya? Yongbok tu? Dia mana boleh harap."

Chaeyoung memuncungkan mulutnya. Lee Know mencubit pipi Chaeyoung. Geram sebab comel sangat.

"Tapi saya taknak duduk jauh dengan abang. Nanti saya nak peluk siapa waktu tidur. Mungkin saya dapat universiti awam je. Tak payah la saya jauh dengan abang."

Chaeyoung sambung peluk Lee Know. Sebenarnya dia menutup rasa sebenar dalam dirinya. Andai saja Lee Know tahu cadangan daddy mesti Lee Know bergaduh dengan Daddy. Sudah lah hubungan dua beranak tu tak pernah baik.

;))

"Yiren aku tak berani lah nak bagitau Minho hal tu. Aku takut dia dengan Daddy gaduh. Aku taknak."

"Apa kata kau cuba? Tak salah bukan? Kalau kau tak bagitau dia lagi teruk dia gaduh dengan bapak dia." Yiren cuba untuk menenangkan rasa gelisah Chaeyoung. Sebenarnya Chaeyoung yang risau tentang dirinya sendiri bukan pasal Minho.

"Kau sebenarnya risaukan yang kau kena duduk jauh dari suami kau kan? Ajak lah sekali suami kau tu. Biar dia buka firma kat China."

"Senang je kau cakap. Kalau suami aku ke sana kau kena ingat Felix tu pun akan ikut dia ke sana. Kau tu yang merana nanti."

Eh kita pulak yang dia masukkan. Yiren membuat muka menyampah. Alahai China tu apa lah sangat.

"Ha mengutuk aku dalam hati. Elok sangat lah tu perangai."

"Eh, asal aku dah lama tak dengar khabar Jeongin? Since graduate haritu lagi. Itu last aku nampak dia." Chaeyoung bertanyakan tentang kawan baiknya. Jeongin langsung hilang berita setelah graduate beberapa bulan lalu.

"Aku tanya abang angkat dia. Dia pun tak duduk serumah dah dengan Jisung dan Hyunjin semenjak dorang dua tu pindah. Katanya nak duduk jauh dari Seoul. Dia bawa diri la tu kot frust sebab kau-"

Eh terlajak pulak perahu ni. Undur sikit jangan terlebih risau mak.

"Lupakan. Conclusion, dorang berdua pun tak tau mana Jeongin. The End."

Sudahlah haritu dia pergi begitu je lepas Lee Know datang. Lepastu hilangkan diri. Yang Jeongin kan aku dah kata kat kau jangan suka aku. Aku taknak kau sakit sendiri, I.N .


')

Precious Cinderella | Lee KnowWhere stories live. Discover now