2

73 13 0
                                    


"Chaeyoung, petang ni study group jom kat cafe biasa. Aku baru nak selak-selak buku ni sebab minggu depan dah exam. Huhu," Yiren mengajak kawan baiknya itu untuk study bersama. Maklumlah Yiren ni jenis buka buku last minute.

"Lain kali, bila orang ajak study ikut. Ni tak mengelat je kerja kau," Jeongin mencelah. Masing-masing bersedia untuk pulang ke rumah.

"Tapi Yiren, aku tak dapat nak ikut study group kut. Aku ada hal petang ni sampai malam," Chaeyoung menolak pelawaan kawan baiknya itu secara sopan. Takut Yiren terasa hati dengannya.

"Kau ada hal apa? Oh. Lupa kau kan Cinderella. Tak boleh lepa dari pandangan mak kau." Yiren mengangguk faham.

"Mommy aku tak pernah kesah aku ada tak kat rumah. Asal aku buat kerja rumah dah lah. Kalau tidak dia cari aku," Chaeyoung menafikan statement dari Yiren. Jam di tangan di pandang sekilas. Alamak, dah pukul 4 petang!

"Korang, aku balik dulu. Bye!" tergopoh-gapah Chaeyoung meninggalkan kelas. Membuatkan Jeongin dan Yiren hairan. Selalunya, seketul Han Chaeyoung paling malas nak balik ke rumah awal.

"Kau tak rasa ke dia pelik lately ni? Asal dah pukul 4 je mesti dia kelam-kabut nak balik. Selalunya dia lah manusia paling tak kesah bila dengar loceng balik," Jeongin bertanya Yiren yang juga sedang hairan.

"Right? Ataupun Mommy dia ada tetapkan waktu limit dia? Yelah, macam cerita Cinderella tu." Yiren membuat andaian.

"Aku rasa kau ni banyak sangat tengok cerita Cinderella pelbagai versi ni, Yiren. Dahlah jom, kata nak study kat cafe kan?" Jeongin menarik string bag milik Yiren membuatkan Yiren mengikuti langkah Jeongin.

"Yah! Yah! Lepas lah! Kau belanja en? Hehe,"

"Banyak cantik muka kau. Kau lah yang belanja." Yiren menjeling Jeongin. Jeongin hanya tertawa lucu melihat muka cemberut Yiren.

"Ye, aku belanja. Aigoo." Jeongin menyerabaikan rambut Yiren.

"Kau nak kena ke! Ish. Habis rambut aku! Nanti abang kat cafe tu tengok rambut serabai aku habis dia reject aku!" Yiren memukul bahu Jeongin. Rambut jangan main ek. Ada aku tarik balik kang rambutnya.

"Kesah pulak aku," lagi bertambah dia menyerabutkan rambut Yiren. Jeongin terus melarikan diri sambil ketawa riang.

"YAH! YANG JEONGIN! JANGAN NAK LARI! AKU DAPAT KAU SIAP KAU AKU BELASAH KAU! YAH!"

👑💍

Selesai menyiapkan kerja di rumah, Han Chaeyoung bersiap sedia ke tempat kerjanya. Buku mesti dibawa sekali. Sambil bekerja sambil study.

Mask mukanya tidak dilupakan untuk bawa sekali. Sebaik sahaja dia menapak ke bawah, Puan Han memandang ke arahnya dengan pandangan yang dingin seperti biasa.

"Kau nak ke mana?" sudah terbiasa dengan panggilan kasar dari ibunya. Dia yakin suatu hari nanti, pasti ibunya akan jadi seperti dulu.

"Chae nak pergi study kat library, Mommy." tipu Chaeyoung. Anak matanya menggigil menghadap muka tegang ibunya.

"Kalau kau belajar kuat mana pun, otak kau bodoh jugak sama je. Kau bukannya pandai sangat nak dibandingkan dengan abang kau tu." sinis sekali ayat yang dilemparkan kepada Han Chaeyoung. Tangan digenggam erat menahan diri dari menangis di hadapan ibunya. Nafasnya ditarik perlahan.

"Mommy, yuran sekolah Chae belum habis bayar. Abang pun tengah tak cukup duit nak bagi Chae. Boleh tak Chae nak minta sikit duit dari Mommy untuk bayar yuran sekolah?" Chaeyoung memberanikan dirinya untuk minta duit daripada ibunya. Semalam dia ada bagitahu Han Jisung tentang yuran sekolahnya. Sehingga kini, Han Jisung mendiamkan diri. Dia faham benar kalau abangnya sedang tiada duit ketika ini.

Precious Cinderella | Lee KnowWhere stories live. Discover now