22

48 9 0
                                    

- edited

Memandangkan Han Jisung berjumpa dengan Lee Know berkaitan dengan kerjanya, Lee Know mengajak Han makan selepas siap bertemu dengan klien.

"Aku ingat Hyunjin yang akan turun padang bila Changbin kata dia tak dapat nak turun. Rupanya kau." Han hanya tersenyum.

"Saya baru 2 minggu bekerja dengan Changbin hyung after tangguhkan belajar haritu. Ini pun saya tinggal dengan Hyunjin."

Han terluah depan Lee Know. Aduh.

"Err- hyung. Lupakan apa yang saya cakap tadi."

"Kenapa kau tangguh belajar? Dan kenapa kau duduk dengan Hyunjin? Bukannya office Changbin tu jauh pun dengan rumah Mommy."

Han enggan membuka mulut. Taknak menceritakan masalah keluarganya pada Lee Know. Seharusnya, Lee Know tak patut tahu hal ini.

Han menghiraukan soalan Lee Know dan menjamah makanan yang terhidang di hadapannya. Sebaiknya dia tutup mulut tentang hal ini.

"Han Jisung"

"Minho hyung, pasal client tadi dia nak spacious kan lagi ruang belakang tu dengan bedroom 2." Han sengaja ubah topik. Enggan beritahu Lee Know hal sebenar. Taknak abang iparnya khawatir.

"Jangan berdalih. Jawab soalan aku, Han."

Han mengeluh. Kalau dia buka mulut nanti pasti Lee Know makin benci adiknya. Kalau dia tak buka mulut mau ada yang jadi crispy jap lagi. Han menelan liur apabila memandang mata helang Lee Know.

'Hyunjin! Selamatkan aku, Hyunjin!'

"Jawab, Han Jisung. Beritahu aku hal sebenar. Kalau aku tanya pada Chaeyoung mesti dia taknak jawab."

Han mengeluh. Lambat laun Lee Know pasti akan tahu juga.

"Sebenarnya....."

Sebaik sahaja masuk ke rumah, Lee Know terduduk di sofa berhadapan dengan televisyen dengan pandangan kosong

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sebaik sahaja masuk ke rumah, Lee Know terduduk di sofa berhadapan dengan televisyen dengan pandangan kosong. Kalau ada yang melihatnya tak tau wajah apa yang cuba di eksperesikan olehnya. Perasaannya gundah. Bercampur baur.

Chaeyoung yang perasan figura Lee Know di ruang tamu cuba menegur. Lelaki itu memandang tv yang kosong itu bagai nak tembus. Tak tau apa yang ditenungnya.

"Minho, awak nak air? Saya buatkan."

Pertanyaan dari Chaeyoung langsung tidak didengari oleh Lee Know. Chaeyoung mendekati Lee Know dan mencuit sedikit tangan Lee Know.

"Awak okay, Minho?"

"Huh?" Lee Know bagaikan tersedar dari lamunan. Tak sedar langsung bila masa Chaeyoung ada di sebelahnya.

"Awak okay?"

Chaeyoung bertanya sekali lagi dengan riak risau. Lee Know memandang wajah risau Chaeyoung itu dengan perasaan yang bercampur-baur.

"O-okay. Err-aku naik ke bilik dulu."

Chaeyoung mengikut langkah Lee Know menggunakan anak matanya sahaja. Chaeyoung cuba berfikiran positif. Mungkin Lee Know tertekan di tempat kerja.

Chaeyoung menatap gelang tangan miliknya yang dia jumpa di dalam bilik Lee Know sewaktu dia mengemas bilik tadi. Dia nak tanya pasal gelang tangan tu tadi tapi Lee Know macam tiada mood. Jadi, dia batalkan niatnya.

 Jadi, dia batalkan niatnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Precious Cinderella | Lee KnowWhere stories live. Discover now