10

82 14 0
                                    


"Weh, kau keluar ni suami kau tak marah ke?" Jeongin berbisik di telinga Chaeyoung. Supaya Yiren tak dengar. Nasib baik Yiren sumbat airpod di telinganya.

"Aku dah bagitau dia kat KaTalk tadi."

"Hah! Bisik apa tu?"

Jeongin menjauhkan dirinya dari Chaeyoung apabila disergah Yiren. Terus mereka berdua mencari topik lain untuk dibualkan bersama. Yiren mencabut airpod di telinganya.

"Chaeyoung-ah. Aku dapat rasa kau sorok something dari aku. Baik kau bagitau aku. Kau sorok apa? Kalau tak, tak tenang kau nak jawab exam minggu depan." Yiren memeluk tubuh sambil matanya memandang tepat ke arah Chaeyoung yang bereaksi santai.

"Aku? Aku sorok apa?" Chaeyoung berlagak seperti tiada apa yang dirahsiakan dari Yiren. Jeongin di sebelahnya sudah mengemam mulut.

"Hah, Jeongin! Kau tahu kan apa yang Chaeyoung sorok? Cepat bagitahu aku."

Chaeyoung meramas kuat tangan Jeongin. Melarang Jeongin untuk bagitau Yiren. Jeongin faham dan menggeleng kepalanya sebagai balasan.

"Dah, kau kata nak masuk Hanguk University kan? Study tu. Tak payah sibuk benda yang tak mendatangkan faedah kau." Jeongin mengubah topik. Yiren menayang muka tak puas hati dan mencebik.

"Chae, semalam aku pergi rumah kau. Tapi, orang lain yang keluar. Bukan abang kau lah yang pasti. Takkan lah pulak aku tak kenal abang kau en. Tapi, masa tu dia sibuk angkat keluar barang. Handsome. Siapa dia? Sepupu kau ke?" Yiren berkata sambil memangku tangan. Chaeyoung menggigit bibir bawahnya. Gelisah. Pasti dia datang waktu dia dan Lee Know mahu ambil barangnya di rumah semalam.

"Oh, tu orang-"

"Chae, dah lambat do. Kau kena balik sekarang. Nanti Mommy kau bising. Jom, aku hantar kau balik." Jeongin cuba menyelamatkan Chaeyoung dari pelbagai soalan Yiren.

"O-oh. Yelah. Bye, Yiren-ah. Esok kalau nak study sama-sama lagi bagitau je aku. Tak payah jemput aku. Kau hantar je location, okay?" Chaeyoung mengemas barangnya dan melambai ke arah Yiren yang sudah cemberut. Pantas sahaja mereka berdua keluar dari cafe.

Yiren mencebik. Tak puas hati.

"Kenapa diorang berdua macam nak sorok sesuatu dari aku? So, suspicious. Nak kena siasat ni. Tapi, siasat lepas habis exam nantilah."

"Jeongin, thank you tau selamatkan aku dari soalan Yiren

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Jeongin, thank you tau selamatkan aku dari soalan Yiren. Aku kalau dah cuak nak tipu pun tak boleh." Chaeyoung tergelak. Itulah Chaeyoung tak reti nak menipu depan Yiren. Pasti Yiren dapat menghidu juga nanti.

"Yiren tu selagi tak dapat jawapan yang dia nak selagi tulah dia paksa orang tu jawab soalan dia. Aku dapat rasa nanti dia akan cari tahu sendiri. Siap-sedia lah nak menjawab bila dia dah tahu." Jeongin pun turut tergelak.

Chaeyoung berhenti apabila sudah sampai di hadapan rumahnya bersama Lee Know. Kelihatan kereta milik Lee Know sudah terparkir elok di luar rumah. Motorbike milik Lee Know pun ada. Bermaksud Lee Know sudah berada di rumah.

"A-aku masuk dulu." pamit Chaeyoung. Jeongin mengangguk dan melambai.

Di dalam rumah, Lee Know mengintai Chaeyoung bersama seorang lelaki di luar rumah mereka berbual mesra. Entah apa lah yang diborakkan.

"Tak sedar diri ke dah berkahwin? Masih lagi nak hangout dengan lelaki lain sampai suami sendiri kat rumah pun dah tak hairan." Lee Know mengutuk. Riak wajahnya langsung tiada perasaan. Dingin sekali riak wajah yang dia pamerkan. Kedengaran passcode pintu rumah di tekan. Lee Know mengambil tempat di sofa. Berpura-pura menonton televisyen.

"Saya dah balik." beritahu Chaeyoung kepada penghuni dalam rumah. Lee Know menutup televisyen dan menuju ke arah Chaeyoung yang baru masuk itu.

"Balik dari dating dengan lelaki lain? Kau sedar tak yang kau tu dah ada suami, Chaeyoung? Kat dapur tu, kosong. Macam tak berusik. Kau buat apa kat rumah?" Lee Know membentak tiba-tiba. Membuatkan Chaeyoung kecut.

"Saya keluar untuk study dengan kawan-kawan. Bukan dia saja ada di sana. Saya dah beritahu awak pun. Saya tak sempat nak masak. Lepas awak keluar kerja tadi, saya ada urusan di sekolah. Balik dari sekolah, saya terus pergi ke library cafe untuk study group." jujur Chaeyoung. Lagipun dia sudah bagitau Lee Know sebelum dia keluar dari rumah tadi.

"Saya ingat awak balik malam. Jadi, saya bergegas balik nak siapkan makan malam untuk makan bersama awak. Saya pun tak makan apa-apa sejak tengahari tadi. Maafkan saya, saya pergi masak sekarang." tambah Chaeyoung lagi. Lalu, meninggalkan Lee Know yang masih mempamerkan riak dinginnya itu.

Chaeyoung yang kelaparan itu memaksa dirinya untuk memasak. Sejak balik tadi pun dia sudah berasa lapar. Jeongin ajak dia pergi makan dimana-mana pun dia menolak. Katanya, dia perlu masak untuk suaminya.

"Tak payah masak. Aku pergi makan luar." Lee Know membatalkan pergerakan Chaeyoung. Dia mengambil kunci keretanya dan keluar dari rumahnya. Sempat dia melepaskan geram pada pintu.

Chaeyoung mencari bahan yang dia boleh masak. Tiada. Baru dia teringat. Dia lupa nak beli barang dapur sebelum balik tadi. Aduh. Dia nak masak apa? Nak order makanan dia tiada duit. Sudahnya dia ambil saja ramen yang ada dalam kabinet dan masak. Buat alas perut. Memandangkan Lee Know sudah makan di luar.

Chaeyoung menyiapkan sarapan untuk dirinya dan Lee Know

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Chaeyoung menyiapkan sarapan untuk dirinya dan Lee Know. Pada awalnya, dia tak tahu nak masak apa. Jadinya, dia hanya membuat sandwich sahaja memandangkan tidak banyak bahan untuk dibuat.

Kedengaran tapak kaki Lee Know menapak turun. Chaeyoung pantas menghidangkan makanan untuk Lee Know.

"Minho, saya dah buat awak sarapan. Kalau awak taknak makan kat rumah saya boleh pack kan untuk awak." Chaeyoung mencuba nasib untuk mengajak Lee Know makan bersama.

"Aku tak teringin nak makan makanan kau. Terima kasih." Lee Know tidak memandang ke belakang sedikit pun dan meneruskan aktivitinya memakai kasut. Chaeyoung berlari anak ke arah Lee Know dengan bekal di tangan.

"Sekurangnya makan sikit. Nanti awak tak bertenaga nak buat kerja." Chaeyoung tetap menghulurkan bekas makanan itu. Lee Know hanya pandang dan menghiraukan saja. Terus dia buka pintu dan keluar dari rumah.

Chaeyoung hanya tercegat di depan pintu rumah yang sudah ditutup oleh Lee Know. Chaeyoung berasa sedikit sedih. Tapi, salahnya juga.

"Eh, aku lupa nak bagitau dia. Aku nak keluar beli barang."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Precious Cinderella | Lee KnowWhere stories live. Discover now