7

70 11 0
                                    


"Hyunjin. Aku nak balik rumah. Asal kau tak hantar aku balik rumah?" Han mencebik. Dah kenapa Hyunjin tidak menghantarnya terus ke rumah. Sebaliknya, terus menuju ke rumahnya.

"Alahh. Aku ngantuklah. Kau kan macam tau-tau je besok aku dapat cuti." Hyunjin mencebik. Masih tak puas hati Han mengacau waktu tidurnya.

"Lah. Kau boleh je kata kau taknak ambil aku. Aku boleh je tunggu teksi balik rumah. Aku call kau tadi sebab teksi mana nak muncul waktu begini."

Hyunjin mengeluh. Yelah.

"Eh, baik pulak Changbin hyung bagi kau cuti." pelik juga. Insan yang bernama Seo Changbin itu kata Hyunjin kedekut nak bagi cuti.

"Oh. Klien dia jemput pergi wedding. Aku yang tak semena-mena ni pun kena ikut dia pergi wedding. Dah lah masuk. Esok aku nak tengok adik kau kahwin-" tanpa sedar Hyunjin terlepas cakap. Cepat-cepat dia memekup mulutnya.

"Cuba kau ulang balik apa yang kau cakap. Ayat last tu." Han menahan Hyunjin dari terus berjalan. Hyunjin menekup mulutnya sambil menggeleng.

"Hwang Hyunjin." nada suara Han semakin keras memaksa Hyunjin untuk memberitahu. Tangan Han menarik tangan Hyunjin dari menekup mulutnya.

"Han. Aku ngantuk. Please." Hyunjin cuba untuk melepaskan diri. Nasib baik Jeongin takde kat ruang tamu waktu ni.

"No. Selagi kau tak ulang balik apa yang ksu cakap tadi." Han menarik Hyunjin duduk di sofa yang berdekatan. Tanpa Hyunjin sedar, Jeongin sedang lena di lantai berhadapan dengan tv.

"Fine. Disebabkan aku terlepas. Aku terpaksa cakap. Ye, adik kau nak kahwin dengan klien Changbin hyung. Diorang kahwin harini. Petang nanti. Fuh." Hyunjin menepis tangan Han di pergelangannya. Sesak dibuatnya kalau tidak beritahu Han.

"Kenapa dia tak bagitau aku? Aku call dia langsung tak angkat, Hyun. Aku ni abang dia, Hyun. Asal dia tak bagitau aku," Han menundukkan mukanya. Perasaannya sebak secara tiba-tiba.

"Mommy kau larang dia untuk dia bagitau kau, Han. Dia tak bagi Chae call kau. Katanya, Mommy kau saja taknak masukkan duit dalam acc kau minggu ni sebab taknak kau balik Seoul. Bukan dia taknak bagitau. Dia nak sangat, Han. Tambahan pula, kau seorang je abang yang dia ada," Hyunjin menepuk bahu Han. Suara menangis kedengaran. Hyunjin gelabah.

"Han, jangan lah nangis. Aku tak reti pujuk orang lah," Hyunjin menepuk kuat bahu Han. Kononnya hendak tenangkan Han.

"Sakitlah! Bukan aku yang nangis, gila." Han menunjukkan penumbuknya. Tak rilek langsung lah Hyunjin ni.

"Habistu siapa?" Hyunjin memandang kiri kanan. Berasa seram sejuk pula. Lantas dia memeluk Han.

"Woi, kunyit. Jangan peluk aku nyah. Tu, Jeongin yang nangis. Penakut lah kau ni, nyah."

Jeongin? Hyunjin menepuk dahinya. Aduh, sudah terbongkar semuanya! Maafkan oppa, Chae! Jerit hatinya.

"Hyung....betul ke, hyung...." makin teresak Jeongin menangis. Dia berjalan menuju ke arah Hyunjin yang duduk di sebelah Han.

"Iyen-ah. Hyung-" tak sempat Hyunjin nak habiskan ayatnya Jeongin menangis di sebelah Hyunjin. Hyunjin menarik Jeongin masuk ke dakapannya.

"H-hyung."

"Hm?"

"B-boleh tak nak ikut hyung pe-petang nanti?"

Hyunjin tersenyum tawar. Kesian Jeongin. Hyunjin mengusap lembut kepala Jeongin dan menepuk belakangnya lembut.

"Boleh. Aigoo, uri iyennie." Hyunjin mengelap air mata Jeongin dengan hujung bajunya. Jisung juga sibuk nak mengusap bahu Jeongin.

"Haih, nangis pun comel."

👑💍

Chaeyoung menatap skrin telefon miliknya. Banyak betul missed calls dari abangnya. Mesej? Lagilah. Banyak tak terkira.

한 Jisung

Chae, kenapa tak angkat call aku?

Chae, kau okay tak?

Chae, angkat please call aku. Jangan buat aku risau.

Chae, aku dah cukup duit nak fly ke Seoul. Happy tak? Tunggu aku balik, Chae.

Chae! Aku dah beli tiket!

Chae, aku dah sampai Seoul. Aku call kenapa semua orang tak angkat?

Chae, angkat lah call. Aku nak  balik rumah ni.

Chae, angkat lah! Jangan buat aku risau!

Chae, kau okay je kan?

Chae, aku nak sangat peluk kau sekarang ni. Aku rindu kau.

Chae, aku harap kau okay.

Kalau kau baca mesej ni, please call aku.

Chaeyoung membaca setiap mesej yang Han hantar dari 2 hari lepas. Dimana, dia menghiraukan segala mesej yang masuk dan call dia. Chaeyoung menangis membaca mesej dari abangnya.

"Jisung. Aku nak minta maaf, Jisung. Aku pun rindukan kau, Jisung. Aku harap sangat kau ada kat sebelah aku, harini. Iring aku." Chaeyoung tidak dapat menahan lagi. Air matanya laju meluncur keluar.

"Kalau boleh, aku nak lari dari sini, Jisung. Aku nak pergi dekat kau. Aku nak ikut kau pergi Jeju." Chaeyoung menangis tersedu-sedan seorang diri. Ketika tiada orang di bilik pengantinnya, barulah dia berani untuk meluahkan segalanya.

"Miss. Jangan lah nangis. Nanti rosak make up. Meh, sini saya betulkan make up." jurumekap pengantin itu touch up balik make up Chaeyoung.

"Pengantin perempuan, standby. Kejap lagi majlis dah nak mula,"

Semua yang in-charge menghias diri Chaeyoung membetulkan apa yang dah senget, atau rosak.

"Jom, miss." ajak orang yang bertanggungjawab menjaga pengantin perempuan. Orang itu memegang kain belakang Chaeyoung yang panjang dan berjalan mengikuti Chaeyoung ke ballroom.

Setelah pintu dibuka, Chaeyoung berjalan dengan nervous sambil menggenggam erat bunga ditangannya. Dia memandang ke arah Lee Know yang sudah berdiri tegak di hadapan paderi.

Tetamu yang datang mula memuji kecantikan dan kekacakan raja sehari pada hari itu. Semasa Chaeyoung berjalan di atas karpet merah, orang yang berada di tepi kiri dan kanan sepanjang perjalanannya membaling bunga ke arah Chaeyoung. Chaeyoung memaksa dirinya untuk senyum apabila tiba di hadapan Lee Know.

"Lee Minho, do you agree that to take Han Chaeyoung as your wife for your entire of my life? Also take the responsibility as her husband? Promise to not hurt her and abuse her. And give her happiness?"

Rela dalam paksa Lee Know mengangguk setuju.

"May god bless your marriage. Now, you may kiss your bride,"

Chaeyoung sudah menundukkan mukanya. Malu tahap gaban. Dia belum bersedia untuk semua ini! Han Jisung tolong aku!

Lee Know mendekatkan mukanya dekat dengan Chaeyoung. Dia membisikkan sesuatu di telinga Charyoung sebelum mencium pipi Chaeyoung.

"Dont hope any soul from me. You cant get any, and never."

Setelah dia mencium pipi Chaeyoung, dia memandang semula ke arah tetamu dan memberikan senyuman manis.

Chaeyoung sudah takut mendengar ayat yang Lee Know kata kepadanya sebelum mencium pipi milik Chaeyoung. Kenapa dia rasa dia takkan pernah keluar dari kehidupan yang menyeksakan? Dia berharap sangat Lee Know dapat menarik dirinya keluar dari kehidupan yang menyakitkan.

👑💍

Precious Cinderella | Lee KnowWhere stories live. Discover now