🍻 BAB 31

9.8K 1.1K 242
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HELAAN nafas berat terhembus

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HELAAN nafas berat terhembus. Penat. Tubuh badannya amat letih. Fikirannya juga tidak kalah letihnya. Asyik memikirkan sesuatu.

Mata yang terpejam dibuka perlahan menampakkan iris birunya yang amat cantik apabila dipandang.

Bahagian lehernya dipegang tiba-tiba. Terasa ada sentuhan pada bahagian itu walhal tidak ada sesiapapun di dalam bilik tidurnya kala ini.

"Aish, meremang." luah Elvien seram. Batang lehernya diurut seketika.

"Ed." nama itu meluncur secara tiba-tiba daripada bibir merahnya. Tubuh badan Elvien mengeras. Dia teringat akan Eddyna. Dan,

situasi di mana dia menyelamatkan Eddyna pada malam yang akan menjadi perosak maruah pekerjanya itu.

Elvien terdiam. Ingatannya terus terimbas akan hal itu. Eddyna. Sentuhan. Serta-merta rengusan marah terluah daripada bibirnya.

"Kenapa aku bantu dia ? Kenapa aku biarkan dia sentuh aku ?" persoal Elvien pada diri sendiri. Bila diingat, kemarahannya naik. Ketahuilah bahawa dia amat anti akan sentuhan. Tidak ada sesiapapun yang boleh menyentuhnya.

Termasuk ahli keluarganya sekalipun.

Kerana dia tidak suka.

"Aku dah agak, Ed mesti nak perangkap aku! Dia mesti dah lama teringin nak sentuh aku! Kan ?" tuduh Elvien tanpa soal siasat. Kalau Tunku Rash dengar, mesti dah kena luku.

"Tapi, kenapa aku bantu dia ? Aku boleh je biarkan dia sendiri—" menjeda. Elvien berfikir.

"Jap. Kalau aku biarkan dia, mesti dia dah dirogol oleh orang tua tu kan ?" polos sahaja nada yang digunakan olehnya. Seakan budak kecil yang baru mahu memasuki dunia remaja.

Kepala Elvien tergeleng laju. Adalah tu yang difikirkan olehnya.

Rambutnya dikusutkan rimas. Tubuh terus dijatuhkan ke atas tilam empuknya. Mata memandang kosong pada siling biliknya.

"Maruah dan sentuhan. Aku rasa, sentuhan lagi penting daripada maruah." kata Elvien selamba.

"Tapi sesetengahnya menganggap sebagai maruah itu adalah hal remeh. Jadi, patutkah aku meninggikan maruah seorang perempuan ?  Iya atau tidak aku bingung. Haih, susah jadi perempuan." keluh Elvien sebelum baring secara mengiring ke kanan. Ruang yang kosong di sebelahnya dilihat bersama senyuman.

C | ELVIEN ANGELO R'ZEN √Where stories live. Discover now