SETELAH menghabiskan dinner mereka, satu patung hamster berwarna ungu diletakkan dihadapan Elvien. Berkerut dahi jejaka itu melihatnya. Itu patung hamster yang dia belikan untuk Eddyna. Namun mengapa gadis itu memberikannya semula ?"Bulu ketek. Kenapa bagi aku ?"
Eddyna ukir senyum. "Awak ambil lah. Kan hamster ni berpasangan. Saya bagi awak satu, saya punya pun satu. Ia ibarat kita berdua yang dulu bersama tetapi kini sudah berpisah." tenang nada Eddyna menuturkan bicara. Pada malam ini, dia tidak boleh menangis kerana hari ini adalah hari untuk dia bergembira bersama Elvien Angelo.
Mungkin untuk terakhir kalinya ?
Elvien mengangguk. Hamster ungu diambil lalu dipegang bersama senyuman diukir.
Comel je patung hamster yang dia beli ni.Keadaan diam seketika. Elvien dengan dunia sendiri. Sibuk merenung patung hamster ungu itu sedangkan Eddyna ralit melihat dirinya.
"Vivien..." Eddyna yang memanggil segera menyedarkan Elvien dari dunianya. Segera gadis itu dipandang.
"Ya ?"
"Saya dengar, awak akan kembali ke negara asal awak. Betul ke ?" Elvien diam mendengarnya. Tetapi, senyuman cuba diukir baik. Jika dia menangis, rosak pula malam mereka. Malam ini, mereka harus bergembira meluangkan masa sahaja daripada menangis membazirkan masa.
YOU ARE READING
C | ELVIEN ANGELO R'ZEN √
Teen FictionPernah dengar nama Angelo ? Siapa dia ? Sisi jahat Tengku Azhar Azeem ? Bukan, itu lain lagi. ELVIEN ANGELO adalah jejaka yang tak kena dengan umur. Umur dah besar panjang, tapi perangai dia, kalah budak-budak. Straight dalam berbicara dan menjawab...