🍻 BAB 51

8.6K 1.1K 218
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

WAD 134 dipandang sedih

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


WAD 134 dipandang sedih. Dia baru dapat tahu bahawa kedua rakannya sekarang ini berada dihospital. Khai memberitahunya setelah sejam Elvien dibawa ke balai.

Noel yang berdiri disebelahnya menepuk bahu Eddyna lembut. Pasti gadis itu merasa sedih. Tiba-tiba sahaja kedua rakannya dimasukkan ke hospital. Bukan asbab kemalangan, tapi seperti seseorang yang melakukan.

Semuanya berlalu dengan perkataan tiba-tiba yang menjadi kenyataan.

"Masuklah... Saya tunggu sini..." kata Noel lembut.

Eddyna mengambil nafas dalam untuk berhadapan dengan kedua rakannya. Haraplah bila melihat, tidak teruk.

Pintu wad ditolak sebelum melangkah masuk. Bibir Eddyna terketap dan airmata yang mengering tadi, kini memenuhi tubir mata. Hati terasa sedih tatkala mata memandang dua tubuh terbaring tidak bermaya di atas katil hospital.

Kedua tubuh mereka dipenuhi wayar.

Dengan langkah yang teramatlah lemah, kaki diatur kuat mendekati katil mereka berdua. Hatinya sakit melihat dua tubuh itu dipenuhi lebam, luka yang amat dalam. Airmata tidak mampu ditahan, ia jatuh membasahi pipi. Terasa lemah bila kedua semangatnya yang selalu ada untuknya kini terbaring lemah.

"Ael... Arn..." panggil Eddyna ditengah katil mereka. Silih berganti dipandang tubuh mereka. Pucat sahaja. Wayar pula sana sini memenuhi tubuh.

Tangan Mikael dipegang. Sejuk. "Ael... Si-Siapa buat ?" soal Eddyna walaupun tahu persoalan yang dia tujukan tidak akan mendapat jawapan.

"Ael... Ke-Kenapa baring ? K-Kenapa sejuk ? K-Kenapa pucat ?" tidak perlu dipersoalkan, pipi Eddyna sudah banjir. Dia hanya ada mereka berdua, tapi mereka berdua juga yang terlantar lemah di atas katil hospital bersama.

Wajah Mikael yang pucat melemahkan Eddyna. Eddyna pergi ke arah Arn pula. Sama sahaja mereka.

Rambut Arn dirapikan olehnya. Kenapa dua-dua perlu masuk hospital bersama ? Siapa yang lakukan ? Siapa yang buat kedua sahabat yang paling disayangi olehnya terlantar dengan tubuh badan teruk dikerjakan ?

C | ELVIEN ANGELO R'ZEN √Where stories live. Discover now