🍻 BAB 80

8.5K 1K 190
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"KAU kenapa masuk bilik aku ?!" pagi-pagi lagi Khai dah naik angin disebabkan oleh Lacci memasuki biliknya begitu sahaja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"KAU kenapa masuk bilik aku ?!" pagi-pagi lagi Khai dah naik angin disebabkan oleh Lacci memasuki biliknya begitu sahaja.

Kepala hanya dijengukkan sedikit bagi melihat Lacci yang sedang mengaum dihadapan bilik air. Sudahlah dia baru habis mandi, haiwan ini pula gatal mahu memperkosanya diawal pagi begini.

"Grrr..." Lacci terus duduk. Dia yang mengaum kini berubah menjadi rengekkan. Jelas wajah haiwan itu berubah sedih.

Khai kerut dahi. Apalah yang Lacci mahukan darinya ? Sudahlah dia tidak faham apa yang Lacci cakapkan. Elvien tu okeylah. Memang dah faham bahasa haiwan.

Lama Khai menanti agar haiwan itu berlalu. Tapi Lacci masih juga duduk dihadapan bilik air dengan wajah sedih. Mata haiwan itu berair melihatnya. Seakan mahu meminta sesuatu.

Eleh, waktu senang cari gaduh. Waktu susah cari Khai.

"Lacci, keluarlah. Angelo tak bangun lagi ke ?" Khai bertanya. Dia mahu keluar daripada bilik air untuk memakai baju pun susah. Takut sahaja andai tubuh tidak berbajunya itu dicakar!

Bukan setakat cakar, gigit lagi!

"Grrhm..." terkebil-kebil Khai melihat haiwan itu. Dia nak apa ?

"Hey anjing! Angelo mana ?" bukan menjawab, malah Lacci berguling-guling dihadapan Khai seakan mahu memberitahu sesuatu.

"Cakap dengan kau, macam cakap dengan setan. Keluar! Aku nak pakai bajulah setan!" Khai mengamuk. Dia mahu cepat untuk sediakan sarapan mereka. Lacci buat hal pula. Elvien ni memang tak boleh tengok dia senang.

Lacci terus berdiri dan masuk ke dalam bilik air. Khai membulatkan matanya. Niat mahu menutup pintu terhalang bila tubuh haiwan besar itu sudah melangkah masuk.

Matilah dia jadi santapan anjing yang disumpah ini.

Tuala yang dipakai oleh lelaki itu, Lacci gigit dihujungnya sebelum ditarik.

"Eh gatal kau!" laju sahaja Khai menarik semula tualanya daripada jatuh. Jika jatuh, pasti sahaja harta pusakanya digigit nanti jika Lacci nampak!

"Grrr!" Lacci masih menarik tuala itu untuk dibawa keluar. Khai dan Lacci berperang. Sorang berusaha untuk lepaskan gigi Lacci dari menarik tualanya untuk dibawa keluar. Seekor pula berusaha membawa tuala itu keluar. Seakan dia mahu meminta bantuan daripada manusia.

C | ELVIEN ANGELO R'ZEN √Where stories live. Discover now