🍻 BAB 35

9.6K 1.1K 129
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

EDDYNA cuba memproses sebelum tersenyum kelat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

EDDYNA cuba memproses sebelum tersenyum kelat. Dari duduk, dia berdiri menghadap Elvien. Seperti yang Elvien buat, dia juga lakukan.

"Eddyna Qisyra. Dua puluh. Asal Malaysia. Salam perkenalan." kepala ditunduk.

Elvien tersenyum sebelum berdiri dengan betul setelah mengangkat kepala.

"Salam perkenalan diterima." katanya sebelum batang leher diusap. Rasa malu pula menyerang jiwa.

Eddyna mengangkat wajah dan tayang senyum buat Elvien.

"Lepastu ?"

"Kita... Kita... Kita... K-Kita jadi kawanlah..." ucap Elvien penuh debaran. Takut dan malu bukan main.

Eddyna ketawa. "Baiklah. Habistu, kita bukan musuh ?"

"Tidak. Kau nak buat aku jadi musuh lagi ?" datar mata Elvien melihat Eddyna. Wah, si bulu keteknya ini mahu menjadikannya sebagai musuh pula ?

"Hehe... Mestilah tidak.. Lagipun, kita kan dah mula perkenalan baru..."

"Hm. Dah lewat. Tak nak balik ?" soalan Elvien mendiamkan Eddyna. Dia tahu sudah lewat,  tapi belum masanya lagi dia mahu pulang. Alasan adalah mahu mengelak. Takut andai Tunku Rash mencarinya.

Kerusi kembali diduduk. "Nantilah saya balik..."

Elvien turut kembali duduk. Mata tidak lepas dari memerhatikan wajah Eddyna yang tampak pasrah akan sesuatu setelah dia bertanya tadi.

"Kau ada masalah ?"

"Tak. Saja je tak nak balik. Nak ambil angin dulu.." ujarnya perlahan. Kepala didongak melihat bintang yang penuh menghiasi langit malam. Berkelipan.

"Kau dan Tunku Rash, gaduh lagi ?" soalan tiba-tiba yang Elvien ajukan membuatkan Eddyna kelu lidah.

"Aku bukan mahu sibuk tepi kain kau dan Tunku Rash. Tapi aku perasan jugalah kau dah tak jumpa Tunku Rash. Tunku Rash pun—"

"Bukan gaduh... Tapi lebih baik berundur kalau yang beria hanyalah saya seorang." laju sahaja Eddyna memintas ayat Elvien. Dia tidak mahu tahu akan ayat seterusnya yang akan lelaki itu katakan. Takut kalau ayat Elvien membuatnya tidak senang duduk.

C | ELVIEN ANGELO R'ZEN √Where stories live. Discover now