🍻 BAB 85

8.2K 1K 156
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SUDAH sehari Elvien tidak lelap

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


SUDAH sehari Elvien tidak lelap. Air matanya tidak ada penghujung untuk berakhir. Kekal mengalir turun. Bibirnya bergetar menyebut nama Lacci berulang kali.

Matanya sudah merah kerana menangis terus tanpa rehat. Tidur pun tidak ada. Hanya memanggil Lacci sahaja.

Hatinya sakit.

Khai hanya tersenyum tawar. Bilik Elvien dimasuki bersama sarapan pagi. Saat ini, keadaan Elvien tidak terurus. Dia tidak ubah seperti orang gila.

"Angelo. Aku bawa—"

"Aku tak nak makan. Aku nak Lacci. Nak Lacci." kata Elvien. Bergetar nadanya berkata.

Khai hanya mengangguk. Dulang makanan diletak atas meja. Bahu kiri Elvien dipegang namun ditepis olehnya. Khai terkedu.

Elvien memandang tajam Khai. Matanya seakan menyimpan beribu dendam.

"Aku. Tak nak. Makan. Aku nak Lacci. NAK LACCI!" keras suara Elvien berkata sebelum menjerit geram.

"Aku tahu. Tapi makan dulu. Nanti kau sakit." Khai cuba memujuk. Elvien tidak pernah macam ni. Ini mungkin sebab tekanan yang Tuan Elshien berikan.

Elvien berdiri seraya menjauh daripada Khai. Kedua tangan mencengkam rambutnya. "Aku nak Lacci! Mana dia ?!"

"Elvien—"

"AKU CAKAP NAK LACCI! BUKAN NAK MAKAN! MANA LACCI AKU ?!" Elvien mengamuk sambil kepalanya ditumbuk ganas.

Mata Khai berair melihat Elvien begini. Dia mahu memeluk rakannya bagi menenangkan Elvien, tetapi silap langkah nanti, dia yang akan dibantai oleh lelaki itu.

"Nak Lacci!!!" Elvien meraung seraya tangisan yang ditahan terlepas. Suaranya makin kuat. Hatinya tidak dapat diubatkan walau bagaimana cara pun. Walau diubati, ia akan kembali terluka.

Elvien menangis sambil tangan masih setia menumbuk kepalanya. Dia tertekan. Dia sakit. Dia sedih! Sudah Eddyna pergi, Lacci pula dibawa pergi!

Tubuhnya perlahan jatuh ke atas lantai. Lemah lutut mahu menampung beban tubuhnya.

C | ELVIEN ANGELO R'ZEN √Where stories live. Discover now