🍻 BAB 81

8.2K 1K 131
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEBAIK sahaja pulang dari hotel Diamond Bee, tujuan Tunku Rash sekarang adalah hospital

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


SEBAIK sahaja pulang dari hotel Diamond Bee, tujuan Tunku Rash sekarang adalah hospital. Dia mahu menjumpai Eddyna.

Ditempat kerjanya, tidak ada pula adiknya masuk kerja. Yang menghairankan sekali, Pengarah hotel tersebut juga tidak ada. Ada banyak benda kotor bermain di fikiran kala ini.

Janganlah Elvien melakukan hal buruk terhadap adiknya itu.

Sudahlah hubungan adik-beradik mereka belum pulih sepenuhnya. Eddyna kerap sangat menjauh tatkala dia mahu menjumpai.

Masuk sahaja di wad Mikael dan Arn, Tunku terus mendekat. Sedikit terganggu cerita mereka berdua.

Kedua lelaki itu menatap hairan pada Tunku Rash, jarang sungguh mahu melawat awal pagi. Selalunya petang asbab pagi lelaki itu akan kerja.

"Tak kerja ke Tunku ?" Arn bertanya apabila masuk sahaja lelaki itu ke dalam wad, diam pula mulutnya.

Tunku Rash menggeleng. "Rehat. Ed ada pergi sini ?"

Mikael menggeleng. "Tak. Dia belum datang. Kan dia kerja."

"Tak ada." Tunku Rash menjawab ringkas. Mikael dan Arn bungkam.

"Pengarah ?" soal Arn.

Geleng.

"Betul Ed belum datang sini ?" soalan Tunku Rash mendapat anggukan. Rambut diraup seketika.

"Cuba Tunku pergi rumah dia." Mikael mencadangkan. Risau pula bila mendapat soalan serta jawapan begitu. Eddyna bukan jenis tak datang kerja. Dia selalu datang.

Kali ini, tak datang bersama director mereka pula. Ada apa-apa yang terjadi ke ?

Jika dia dan Arn tidak duduk dihospital, pasti sahaja mereka tahu akan kejadian yang menimpa sahabat perempuan mereka itu.

Ini tak, duduk ditempat serba putih bersama ubat-ubatan tanpa tahu bagaimana keadaan Eddyna diluar sana.

Tunku Rash mengangguk. "Aku pergi. Kalau Ed datang sini, call aku." selesai memesan, Tunku Rash keluar. Dia perlu mencari adiknya itu. Takut jika cubaan membunuh diri untuk kali kedua berlaku.

C | ELVIEN ANGELO R'ZEN √Where stories live. Discover now