🍻 BAB 48

9.3K 1.1K 47
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BICARA Eddya mati bila Elvien Angelo memanggilnya tiba-tiba

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


BICARA Eddya mati bila Elvien Angelo memanggilnya tiba-tiba. Tubuh dipusingkan ke belakang bagi melihat Pengarahnya itu.

Eddyna tersengih. "Hehe. Hello director!" sapa Eddyna.

Elvien menjeling Eddyna sekilas sebelum lelaki yang berdiri statik dibelakang Eddyna direnung tajam dan penuh amaran. Begitu juga dengan Noel yang hanya membuat tak endah sahaja dengan pandangan tajam Elvien.

Eddyna yang perasankan bahawa kedua lelaki itu saling merenung berpendapat, mungkin mereka berdua mahu mengenal antara satu sama lain namun malu yang ada membatasi perkenalan.

"Director. Kenalkan, Noel Anderson. Noel, ni anak monyet saya merangkap director. Pengarah Elvien." kata Eddyna memperkenalkan mereka berdua. Selamba pula tu memanggil Elvien dengan anak monyet.

"Ada aku suruh kau kenalkan ?" datar Elvien bertanya. Tidak adapun dia suruh bulu keteknya ini memperkenalkan mereka berdua.

"Tak apalah. Eratkan silaturrahim." balas Eddyna bersahaja.

Noel tersenyum. Tangan kanan terhulur ke hadapan sebagai tanda dia mahu menyambut tangan Pengarah hotel ini.

Tangan itu dipandang kosong oleh Elvien sebelum Noel yang masih tayang senyum yang amatlah penuh muslihat hanya dipandang bengang. Mengapa lelaki ini perlu jejakkan kaki ke bangunan hotelnya ?

"Noel... Turunkanlah... Pengarah anti sentuhan orangnya." jelas Eddyna seraya tangan yang terhulur Eddyna jatuhkan. Tidak mahu Noel menunggu lebih lama. Elvien memang tidak akan menyambut tangan itu.

Sementara Elvien, hatinya menahan perasaan marah bila Eddyna selamba sahaja menurunkan tangan Noel dihadapan matanya pula tu!

"Erm... Pengarah, memandangkan saya tak ada kerja, saya nak lepak dengan Noel—" belum sempat habis percakapan Eddyna untuk meminta izin, Elvien Angelo memotong laju.

"Arn panggil. Pergi bantu dia cuci kentang." Eddyna yang tergamam dipandang garang.

"Go Qisyra." Elvien bertegas. Dapat didengar kalau Eddyna mengeluh kecil sebelum mengorak langkah meninggalkan mereka berdua.

C | ELVIEN ANGELO R'ZEN √Where stories live. Discover now