🍻 BAB 49

8.7K 1.1K 108
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TUNKU RASH melihat tajam segala pergerakan Eddyna yang keluar daripada belakang bangunan hotel

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TUNKU RASH melihat tajam segala pergerakan Eddyna yang keluar daripada belakang bangunan hotel. Sudah berapa hari dia tidak bertemu dengan Eddyna sejak kejadian di fun fair. Dia tahu ke mana arah tujuan gadis itu.

Sebelum Eddyna memanjat motornya, laju kaki Tunku Rash dibawa mendekati Eddyna dan lengan kiri itu disambar tiba-tiba mengejutkan gadis itu.

"L-Lepaslah!" dalam terkejut, Eddyna memberontak. Dipukul hebat lengan kekar Tunku Rash. Lelaki tak ada adab betul! Ingat dia ni apa nak main sentuh tiba-tiba!

"Ikut aku." tegas Tunku Rash dan menarik paksa Eddyna agar mengikuti langkahnya. Memandangkan tidak ada sesiapa di kawasan parking untuk pekerja, ini adalah peluang keemasannya untuk berbincang dengan Eddyna.

"Tak nak!" bantah Eddyna. Tunku Rash memang keras kepala. Tahu menyakiti dirinya sahaja!

"AKU DAH CAKAP, HARAM JUMPA EDDYNA!"

BUK!

Serentak itu, Tunku Rash terundur tiga langkah ke belakang tatkala satu tumbukan mengejut tiba di rahangnya. Eddyna yang sudah ditarik oleh Arn untuk berada dibelakang kedua lelaki itu dipandang tajam. Shit!

Mengapa kedua lelaki ini perlu masuk campur dalam halnya yang melibatkan Eddyna ?!

"Haish... Hal ni tak ada kaitan dengan kau. Bagi Ed balik." rahangnya diusap. Rasa kebas sahaja bila tumbukan itu mengena.

"Bagi balik ? Wow! Nampak Ed macam barang ke nak bagi sana bagi sini ?" sinis Arn. Matanya sengaja dibulatkan untuk mengejek Tunku Rash.

"Ed. Hak. Aku. Bagi semula." jelas Tunku Rash satu per satu berkata.

Mikael ketawa. "Hak kau ? Dah buang Ed, kau cakap hak kau ? Sedang melakonkan watak kurang siuman untuk TV3 ke ?"

"Jangan masuk campur. Bagi aku Ed dan semua akan selesai."

"Bagi Ed untuk apa ? Untuk sakitkan dia ? Wah, cukuplah nangiskan Ed. Kalau bagi sekalipun, tak akan selesailah." kata Arn bengang.

Tunku Rash menjilat bibir bawahnya. Ini yang dia terlalu malas mahu berhadapan dengan Mikael dan Arn. Ada sahaja mahu digaduhkan. Dia hanya mahu meminta Eddyna semula, tetapi susah sangatkah mereka mahu memberikannya ?!

C | ELVIEN ANGELO R'ZEN √Where stories live. Discover now