🍻 BAB 92

27.3K 1.7K 1.1K
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ELVIEN mengerling Eddyna yang duduk disebelahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


ELVIEN mengerling Eddyna yang duduk disebelahnya. Gadis itu mahu menemaninya menunggu masa untuk berlepas.

Sedih sahaja wajah itu. "Ed, jaga diri eh. Jaga maruah. Jangan banyak makan manis. Kalau boleh, kurangkan makan aiskrim. Nanti berat naik." Elvien menasihati.

"Awak pun. Jaga diri. Jangan skip makan. Jangan stress-stress." Eddyna juga turut menasihati.

Elvien tersenyum. "Iyalah bulu ketek. Kau kena jaga diri eh. Mikael dan Arn pun belum sihat lagi."

Eddyna diam. Elvien terus memandang ke hadapan melihat orang-orang yang lalu lalang yang sedang mengejar masa berlepas mereka.

Saat ini, hanya mereka berdua sahaja duduk dikerusi menunggu bersama beberapa orang. Sedangkan daddy-nya, Khai dan Lacci ada ditempat kerusi menunggu yang lain.

Mrs Aekka dan Lessy pula sudah berlepas dahulu ke Switzerland. Anaknya juga mahu pulang, dia pun perlulah pulang. Mahu lakukan apa lagi untuk duduk lama disini ?

"Ed, mummy dan daddy akan bersama semula. Tahu tak aku happy gila!" Elvien berkata ceria namun itu disambut dengan anggukan sahaja.

Elvien hairan. "Bulu ketek, kau tak suka ke berita aku ?"

"Suka. Baguslah kalau Tuan Elshien dan Mrs Aekka kembali. Itu memang impian awak dari dulu kan ?" Eddyna memandang Elvien bersama senyuman cuba diukir.

Elvien mengangguk. "Ya. Tu memang impian aku. Kau kenapa senyap ? Sakit perut ke ?"

"Tak. Mana ada. Cuma sedih sikit sebab anak monyet akan pergi." Elvien tersenyum tawar.

"Ed, janganlah macam ni."

"Sedih je. Tapi dapat terima kenyataan." Eddyna berkata lemah. Dikala dia berkeras mahu mengikuti Elvien, habis telinga dan hatinya dimasukkan oleh kata-kata Tunku Rash.

Tunku Rash menyedarkan dia daripada mengikuti orang yang bukan datang dari hamba Allah. Tunku Radh pula berusaha memujuknya untuk membetulkan niat.

Kahwin dengan lelaki yang bukan beragama Islam adalah haram hukumnya. Eddyna patut sedar.

C | ELVIEN ANGELO R'ZEN √Where stories live. Discover now