🍻 BAB 52

8.5K 1K 91
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MAKANAN tengah hari dipandang tidak tertarik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


MAKANAN tengah hari dipandang tidak tertarik. Sudah dua hari dia berada di dalam rumah berbesi.

"Hoi budak baru!" Elvien memandang sekilas pada lelaki yang boleh dikatakan agak sedikit tua daripada dia. Beza beberapa tahun mungkin.

"Kau tak makan ?" soalnya lagi.

"Kau makanlah." pinggan makanannya ditolak ke arah Zack.

"Tak nak sudah... Aku makan.." pinggan makanan Elvien diambil. Dah orang bagi, kena makanlah. Rezeki. Elvien yang mula termenung dilihat tertanya-tanya. Sejak lelaki itu masuk ke dalam sel besi yang sama dengan dia, termenung sahaja kerjanya. Dibawa bercakap, macam cakap dengan dinding.

"Kau termenung apa budak baru ?"

"Stop panggil aku budak baru. Aku ada nama." Zack yang tayang wajah tidak peduli dijeling. Sejak masuk ke sini, budak baru sahaja yang Zack memanggilnya. Tahulah dia baru masuk asbab dia tidak melakukan kesalahan pun.

"Nama kau apa ?" Zack terus bertanya.

"Angelo."

"Angelo. Sedap nama kau. Apa kes masuk sini ?" nampaknya Zack seakan berminat mahu mengetahui dan berkenalan dengan lelaki muda itu.

Elvien mengeluh. Kakinya yang terlunjur diangkat dan dipeluk. Malas rasanya mahu memberitahu. Dia masuk ke sini pun sebab bukti yang agak tidak jelas.

"Makan."

Zack menggeleng. Sombong betul budak baru ni. Pinggan yang masih terisi nasi Elvien dibawa mendekati lelaki muda itu. Zack duduk disebelah Elvien. Pinggan milik Elvien disua kepada lelaki itu.

"Makan." kata Zack namun pinggan tersebut ditolak.

"Aku tak makan. Kau habiskanlah..."

"Kamon Angelo. Kau tak rasa lapar ke sejak masuk sini ? Atau kau tunggu makanan sedap ? Sedarlah ni penjara, bukan mamak. Tak ada makanan sedap kalau duduk sini." jelas Zack dan pinggan masih setia disuakan pada Elvien. Kesian juga dia melihat lelaki ini. Senyap, diam dan termenung.

"Ambil." terpaksa juga Elvien mengambil semula pinggan makanannya. Rimas bila dipaksa begini.

Elvien duduk ke tepi sikit. Dia perasan Zack mahu duduk dekat dengannya.

C | ELVIEN ANGELO R'ZEN √Where stories live. Discover now