🍻 BAB 84

7.8K 1K 168
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MATA memandang lima orang pekerja perhilitan yang sedang mengepung Lacci dengan alatan menangkap

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


MATA memandang lima orang pekerja perhilitan yang sedang mengepung Lacci dengan alatan menangkap.

Air mata jatuh!

Laju kakinya dibawa berlari ke arah Lacci. Salah seorang daripada mereka Elvien tumbuk sehingga jatuh dan Lacci yang mula mengamuk dipeluk.

Dia tidak mahu Lacci dibawa pergi. Tempat Lacci bukannya disini. Jadi mengapa mereka mahu membawanya ke zoo negara sedangkan dia mendapat kelulusan daripada Presiden United States.

"Tak payah ambil Lacci! Dia aku punya!" Elvien membentak marah. Tubuh Lacci dipeluk bersama air mata yang jatuh berjuraian. Cukuplah hanya Eddyna sahaja yang pergi, jangan sahaja Lacci yang dia jaga dari kecil hingga dewasa begini dibawa pergi begitu sahaja.

"Encik Elvien, maafkan kami. Tapi Lacci haiwan liar dan perlu diletakkan ke Zoo."

Elvien menggeleng tegas. Satu per satu wajah pekerja perhilitan dipandang tajam. Wajahnya merah dan air mata berterusan jatuh.

"TIDAK! LACCI BUKAN HAIWAN LIAR!" Elvien mempertahankan. Tubuh Lacci dipeluk seeratnya. Dia tidak mahu mereka berjaya mengambil Lacci.

"Lesen Encik tak sesuai untuk memelihara dia."

"DIA DARI USA! BUKAN MALAYSIA BODOH!" Elvien mengamuk sekencangnya.

Lacci hanya memandang sedih sahaja wajah merah Tuannya. Matanya sudah berair.

Ia umpama, kau menyayangi kucing peliharaan sendiri. Jika dia mati, maka tangisan menjadi raja. Begitu juga Elvien. Lacci adalah kesayangannya. Jika berpisah, tangisan menjadi raja keadaan.

Kepala Lacci menolak lembut pipi Elvien. Elvien memandang Lacci dengan sedih.

"Tak... Mana boleh Lacci... Kata takkan tinggalkan daddy... Janganlah..." Elvien merayu bersama kepala tergeleng tatkala Lacci berkata dia akan ikut sahaja asalkan Tuannya tidak akan diapa-apakan oleh pekerja perhilitan itu.

Mata Lacci memang berair. Bukan manusia sahaja mampu merasakan kesedihan. Haiwan juga turut sama mempunyai perasaan apabila harus berpisah dengan Tuannya yang telah lama dan setia menjaganya.

C | ELVIEN ANGELO R'ZEN √Where stories live. Discover now