🍻 BAB 70

8.7K 1K 201
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ELVIEN tersenyum sahaja melihat ke arah Eddyna yang sedang memakan nasi goreng bandar buatannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ELVIEN tersenyum sahaja melihat ke arah Eddyna yang sedang memakan nasi goreng bandar buatannya. Selalunya kampung, kita uplah sikit pergi bandar.

"Comot betul lah kau makan bulu ketek." Elvien menegur seraya tisu diambil sebelum dilap pada pipi Eddyna. Makan pun sampai sos boleh melekat dipipi. Tahulah nak tapaukan untuk Ael.

Eddyna tersengih. "Kau tak nak makan ke ?"

"Diet." Eddyna buat muka menyampah. Diet konon. Bukannya Elvien terlalu berisi. Nak diet-diet konon!

"Vien, ingat lagi tak tentang game kau dulu ?"

"Game ? Game apa ?"

"Siapa yang fall in love antara kita, dikira kalah. Dan punishment about this game akan diberikan nanti." Elvien ketap bibir apabila berjaya mengingati kembali ayat itu. Ed copy paste bulat-bulat ye ayatnya dulu.

"Pastu ?" riak datar sengaja ditayang.

"Awak kan fall in love dengan saya, jadi... Punishment tu sayalah kan yang berikan ?" Eddyna tayang sengih jahat membuatkan Elvien rasa tidak selamat. Berharaplah agar Eddyna tidak memcabuli dirinya.

Lain macam betul pemikiran kau.

"Tak..." Elvien menggeleng perlahan.

"Punishment tu pemenang yang berikan! Jadi, saya nak awak botak!" jerit Eddyna sehingga semua yang duduk berdekatan mereka menukar perhatian kepada mereka berdua.

Elvien tahan malu. Manalah nak letak muka. Si bulu keteknya ini pun mahu juga berkata kuat! Kan malu jadinya anak R'zen ini.

"Cakap tu biarlah perlahan. Aku bukan pekak." Eddyna yang ketawa itu dijeling tajam. Memalukan betul lah! Nasib sahaja kekasih. Ehem—

"Hehe... Bolehlah... Botaklah Vivien..." Eddyna memujuk.

"Tak nak. Tukar lainlah... Aku tak nak botak..." Elvien separuh merayu berharap agar Eddyna menukar permintaan. Dia tidak mahu botak. Lagi pula, lain sungguh mukanya tatkala kehilangan rambut.

Baginya, rambut adalah nyawa kedua. Tanpa rambut, gagal lah mahu menjadi lelaki hot!

Eddyna mencebik. "Kalau macam tu, ajak saya jalan-jalan then belanja saya! Boleh tak ?"

C | ELVIEN ANGELO R'ZEN √Where stories live. Discover now