🍻 BAB 82

8K 987 66
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KEPALA Tunku Rash terangkat bersama mata membulat sejurus Eddyna berkata benda yang tidak waras

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


KEPALA Tunku Rash terangkat bersama mata membulat sejurus Eddyna berkata benda yang tidak waras.

"Kau cakap apa ?"

"Aku nak kahwin dengan Elvien!" Tunku Rash menggeleng apabila Eddyna mengulangi semula.

"Ed. Kau gila ?!" Tunku Rash menengking.

"Ya! Aku gila! Kenapa ?!" jawab Eddyna.

Tunku Rash meraup rambutnya. Adiknya ni memang terlalu gila!

"Jangan disebabkan anak kepada penolong presiden United States, kau nak tinggalkan agama kau! Fikir waras Ed!"

"Tapi salahkah untuk aku bersama dia ?" suara Eddyna perlahan mengendur. Kepalanya menunduk. Dia mahu bersama Elvien, tetapi agama mereka menghalang.

Tunku Rash menggeleng. "Salah. Wanita Islam, tidak boleh berkahwin dengan lelaki bukan Islam. Ed please, berhenti melihat ke arah gereja."

"Tapi aku sayang Vivien..." dapat didengar kalau suara tangisan Eddyna sudah mula kedengaran. Tunku Rash meraup wajahnya sebelum tubuh adiknya dipeluk bagi menenangkannya.

"Ed, lupakan dia. Berhenti melihat ke arah gereja. Elvien tidak ditakdirkan untuk bersama kau. Lupakan dia." kepala Eddyna diusap bersama ayat penenang diberikan. Dia mahu tenangkan hati adiknya yang kala ini, memang terlalu terluka.

Cinta berbeza agama pasti sahaja sakit. Sudah mencintai lebih mendalam maka pada akhirnya, perpisahan menjadi jalan terbaik untuk dua pihak.

Tunku Rash hanya mampu menenangkan dan kembalikan akal waras Eddyna. Dia tidak mahu adiknya membuat keputusan yang salah semata mahu hidup bersama Elvien Angelo yang jelas lagikan nyata apakah agamanya saat ini.

"Maafkan abang sebab tak bagitau... Abang nampak kau bahagia je dengan Angelo. Aku tak sanggup nak bagitau adik aku. Maafkan abang..."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
C | ELVIEN ANGELO R'ZEN √Where stories live. Discover now