🍻 BAB 76

7.4K 986 83
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TUAN ELSHIEN yang mahu menaikkan tangan untuk kali ketiga dihalang oleh tangan Khai yang sempat memegang lengannya daripada hinggap pada pipi anaknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


TUAN ELSHIEN yang mahu menaikkan tangan untuk kali ketiga dihalang oleh tangan Khai yang sempat memegang lengannya daripada hinggap pada pipi anaknya.

Dapat dilihat yang Elvien sudah memejamkan matanya bahawa bersedia untuk menerima tamparan lagi sekali.

"I'm sorry Mr Elshien. But, please don't hurt Elvien Angelo." Khai berkata lembut. Sakit hatinya tatkala mendengarkan pergaduhan Tuan Elshien dengan Elvien Angelo dari bahagian dapur. Suara mereka memekak amat kuat dan jelas didengari oleh Khai.

Tuan Elshien menepis tangan Khai dari lengannya. Rengusan kasar terluah dibibir.

"Aku suruh jaga anak aku baik-baik. Jangan sampai dia terpengaruh. Kau buat atau—"

"Tak payah marah Khai!" lengan Khai ditarik bagi berlindung dibelakangnya. Dia tidak mahu Khai terlibat sama dalam hal ini.

Khai hanya terkedu. Dia hanya mahu menyelamatkan Elvien dari tamparan hebat itu. Dia mahu mempertahankan Elvien daripada terus dimarah habis-habisan oleh Tuan Elshien. Namun lelaki itu pula mahu melindunginya dari dimarah oleh Tuan Elshien.

Tuan Elshien ketap bibir. Mereka berdua berbalas pandangan. "Ingat sikit siapa yang besarkan kau."

"Ingat sikit siapa anak kandung dan anak angkat kau." Tuan Elshien tersentap.

Lama mata membalas pandangan mata anaknya. Khai yang tidak senang duduk dibelakang Elvien hanya dibuat tidak endah.

"Khai, before I end your contract with my son, change him for the better. Hapuskan pengaruhnya dari perempuan buruk tu."

Elvien ketap bibir. Ah, sekali lagi.

"Watch your mouth Mr Elshien. Aku masih bersabar dengan kau. Jangan sampai anak aturan kau ni jadi pembunuh." tajam mata biru itu memandang wajah Tuan Elshien seperti tidak peduli akan kata darinya.

Tidak membalas ujaran anaknya, Tuan Elshien berkata lagi. "Sebelum daddy balik, datang rumah for dinner. If you don't mind, bring her. Daddy nak jumpa dia lagi sekali." Tuan Elshien tersengih. Bahu anaknya ditepuk sebelum langkah diatur untuk keluar daripada rumah anaknya setelah memberikan pernyataan.

C | ELVIEN ANGELO R'ZEN √Where stories live. Discover now