🍻 BAB 36

9.1K 1.1K 152
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TUNKU RASH hanya memerhati tajam akan kehadiran Eddyna yang baru memasuki bangunan hotel bersama Mikael dan Arn di sisinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TUNKU RASH hanya memerhati tajam akan kehadiran Eddyna yang baru memasuki bangunan hotel bersama Mikael dan Arn di sisinya. Rasanya, dia perlu membawa Eddyna untuk berbincang mengenai hal semalam.

Kaki dihayun ke arah Eddyna. Tanpa salam, lengan Eddyna terus disambar mengejutkan mereka bertiga.

Terbuntang mata Eddyna melihat kehadiran Tunku Rash. Tiba-tiba sahaja datang dan tiba-tiba sahaja menyambar lengannya tanpa sapaan. Wajah kacak yang sedikit merah dipandang pelik.

Lengan cuba ditarik namun dipegang kuat oleh tangan kekar itu.

"T-Tunku... A-Apa ni ? L-Lepaslah..." pinta Eddyna yang masih menarik lengannya. Lelaki itu mencengkam lengannya terlalu kuat.

"Ikut aku." tegasnya dan menarik lengan kanan Eddyna kuat agar mengikuti langkahnya untuk keluar daripada bangunan hotel tanpa sempat Mikael dan Arn bersuara apatah lagi menghalang.

Eddyna meronta bila ditarik paksa. Matanya sudah berair. Sakit bukan kepalang cengkaman yang Tunku Rash berikan!

"LEPASLAH!" lengan kekar itu dipukul marah. Tunku Rash masih mengabaikan.

"SAYA REPORT POLIS!" ugut Eddyna dan ugutannya berjaya menghentikan langkah Tunku Rash. Mereka berdua sudah berada di hadapan pintu masuk bangunan.

Tunku Rash mengeluh. "Tak payah memalukan diri boleh tak ? Ikut aku." masih bertegas.

"ISH! TAK NAK! MASA BEKERJA AKAN BERMULA!" Eddyna juga turut bertegas.

Kerana malas melayan, langkah diteruskan bersama cengkaman dilengan Eddyna diketatkan. Risiko untuk Eddyna merasa sakit tidak difikir baik olehnya kerana rasa amarah dan terburu-buru melupakan segala niatnya untuk tidak menyakti Eddyna.

"Kau nak bawa dia pergi mana ?" soalan itu membantutkan lagi pergerakan Tunku Rash. Lengan Eddyna cuba ditarik untuk merapat. Namun lain jadinya tatkala pergerakan Eddyna tidak dirasakan.

Kerana pelik, Tunku Rash berpaling. Wajahnya berubah tegang saat mata terpandangkan lengan kiri Eddyna kini dipegang oleh Pengarah Hotel Diamond Bee.

C | ELVIEN ANGELO R'ZEN √Where stories live. Discover now