BAB 6

1K 113 25
                                    

Zahra memakirkan kereta dihadapan rumah. Bukan tidak mahu masukkan kereta ke garaj bawah, tapi disebabkan dia terlampau penat dia membiarkan kereta dihadapan.

Mengenangkan pelanggan tercerewet itu, Zahra mengeluh lagi. Punyalah bernanah telinganya apabila artis itu memarahinya kerana kain lace yang dijahit bertentangan dengan permintaan artis itu.

Ini semua salah PA artis itu, Zahra sudah memberitahu bahawa kain lace itu susah untuk didapatkan, dan PA artis itu sendiri kata pakai je kain lace yang sesuai dengan warna baju itu.

Dan akhirnya Zahra juga yang dipersalahkan. Terkincit dia nak mencari jawapan pada setiap soalan pelanggannya. Haihlah..

" Assalamualaikum.." Pintu ditutup. Dia menarik senyum pada Azka yang menghampirinya.

" Waalaikumusalam sayang.." Azka menghulur tangan dan dia menguncup dahi Zahra.

Zahra memeluk Azka. Tiba-tiba sahaja dia rasa sayu melihat wajah suaminya.

" Hey..what's wrong baby? Ada apa-apa yang terjadi ke? " Pelik dia dengan kelakuan Zahra.

" Nothing bae..but hari ni Zahra kena marah dengan client.." Adu Zahra perlahan.

" Lah yeke? Kau tu baik sangat. Cuba tegas sikit, mesti diorang tak berani nak cakap apa-apa. "

" Ish! Awak tu bukak syarikat besar. Orang yang cari awak. Saya ni meniaga buka butik, saya yang kena cari pelanggan. " Luah Zahra.

Azka tersenyum.

" Baby..kalau macam tu kau kenalah kentalkan hati kau. Sabar..nak hadap berjuta orang ni bukannya senang. Lainlah kalau berjuta orang tu ada selera yang sama. Tak adalah kau pening kepala nak layan kerenah diorang. Tapi bayangkan kalau sejuta orang tu ada selera yang sama..mestilah kau bosan nak hadap benda yang sama. Sebab tulah lain orang lain caranya kau kena layan. Baru hidup tu mencabar sikit.." Terkebil-kebil mata Zahra mendengar tazkirah Azka.

" Lagipun..inilah dikatakan pengalaman. Pengalaman mengajar kita supaya akan datang kita dah tahu step by step apa yang kita perlu buat..understood baby? " Hidung mancung Zahra dicuit.

" Faham Tuan.. " Zahra memeluk pinggang Azka erat.

Anak-anaknya merangkak menarik seluar Zahra minta didukung.

" Alololo sayang mama..meh sini. " Zahra mengangkat Lut dan Luf.

" Diorang menangis tadi sebab rindu mama dia. " Kata Azka sambil mencium dahi Zahra lagi sekali.

Walaupun siang mereka jarang untuk bertemu tapi setiap masa yang diperolehi oleh mereka digunakan sebaik-baiknya untuk meluangkan masa bersama.

Zahra merenung lembut pada wajah Azka yang melayan kerenah kembar mereka. Wajah Azka selepas berkahwin lebih kepada ceria. Tak ada lagi strok yang macam mereka katakan.

Lagi-lagi sekarang ini Azka sudah pandai melawak ataupun mengusik. Itu tak ditambahkan lagi dengan kenakalan Azka, manja Azka lagi. Kadang-kadang Zahra sendiri tak larat nak layan kenakalan Azka.

****

Leo menguap. Ayyan pula melekatkan sellotape pada kedua-dua kelopak matanya supaya matanya tidak terkatup.

Ad pula tersenguk-senguk ditepi Fahmi. Shah pula sibuk menyelak kertas-kertas maklumat untuk mencari bukti tentang Ain Nadirah.

" Dapat! " Ujar Fahmi perlahan. Ad tersedar lalu mendekatkan mukanya ke skrin komputer Fahmi.

" Yazis.." Baca Ad perlahan.

" Weh! Cuba korang tengok ni! " Panggil Ad. Shah segera mendekati Fahmi dan Ad.

CDTM 2Место, где живут истории. Откройте их для себя