BAB 14

859 94 46
                                    

Zahra tersenyum sahaja dihadapan Azka dan Ain yang bertukar-tukar cerita sesama sendiri. Walaupun agak kekok sebenarnya berada dihadapan dua pasangan bagaikan dunia ini hanya ada mereka berdua sahaja. 

Ain tidak melepaskan pandangan dari memandang Azka dan Azka juga begitu. Sama-sama tersenyum apabila menyingkap kisah lama mereka. 

" Err..korang boraklah. Zahra pergi buat air sekejap. " Azka hanya mengangguk dan Ain hanya membatukan diri. 

Zahra ke bahagian cafe untuk membancuh air. Tangannya menggigil. Depan mata sendiri suaminya bermesra dengan wanita lain. 

" Tarik nafas Zahra..hembus. Fuh! Sabar! Dia hilang ingatan. Kau kena sabar! " Seakan-akan memberi kekuatan pada diri sendiri. 

" So Atif hilang ingatan? " Zahra terkejut! 

Ain memasuki ruangan cafe Zahra. Matanya meliar merenung segala perabot dan cawan-cawan yang tersusun kemas. 

" Eh! Ain..duduklah kat depan. Aku buat air ni. " Zahra mengambil dulang. Tahu-tahu sahaja Ain sudah berdiri dihadapannya. 

" Aku tanya lain, kau jawab lain. Atif hilang ingatan ke? " Ain memeluk tubuhnya. 

Zahra terdiam. Perlu ke dia bagitahu semuanya pada Ain. Apa akan jadi sekiranya Ain tahu Azka hilang ingatan? 

" Haah..dia amnesia. " Zahra mengeluh perlahan. 

" Ops! " Ain menekup mulutnya. Wajah muram Zahra menarik lagi senyum sinisnya. 

" So, dia hilang ingatan..but kenapa dia kenal aku? " Soal Ain lagi. 

" Dia hilang separuh dari ingatan dia. " 

" Ouh! Kesian kau. Dia tak ingat yang kau isteri dia? " Zahra menggelengkan kepalanya. 

" Bagus! " Sorak Ain. Zahra mengangkat wajahnya. Ain cakap apa? 

" Maksud kau? " Zahra mengerutkan keningnya. Ain melepaskan ketawa sinis. 

" Lembab kau ni Zahra! " Ain melangkah mendekati Zahra dan lengan Zahra digenggam kasar. 

" Ain! Sakit! " 

" Diam! Kau dengar ni Zahra..aku tak sangka pulak akan lari dari apa yang dirancang..tapi the result sangat memuaskan! Sangat-sangat! " Zahra tergamam. Rancang? Apa maksud Ain?! 

" Kau tahu Zahra..Atif kalau kembali kepada perangai lama, dia akan jadikan aku orang yang paling utama. Dalam apa-apa perkara pun aku akan jadi yang pertama dalam semua benda. So, baguslah untuk aku right? " Ain menarik senyum sinis. 

" Maksud kau ini semua rancangan kau? " 

" Yelah Zahra..inilah satu-satunya untuk aku hapuskan kau. Aku nak sangat kau merana Zahra. Macam aku merana bila kau rampas Atif dari aku! " Ain menolak Zahra ke kabinet yang dikhaskan untuk menyusun segala kemudahan untuk memancuh coffee. 

" Ain apa kau cakapkan ni Ain? " Ain menolak kepala Zahra dengan kasar. 

" Kau jangan jadi naiflah Zahra! Macam nilah nak puaskan hati kita! Aku sakit hati tengok keadaan kau Zahra. Bahagia! Ada keluarga yang penyayang! Ada suami yang sayangkan kau! Ada segala-galanya! Kau tahu tak semua tu buat aku sakit hati?! " 

Airmata Zahra tak tertahan. 

" Alololo..menangis? Jangan risau. Game ni tak lama mana pun. Sekejap je..nak dera kau bukan senang Zahra. Inilah peluang yang bagus. Aku pinjam suami kau ye..aku dah lama gila tak he's touch. " Ain melangkah pergi sambil bibirnya melebarkan senyum. 

" Lagi satu, jangan cuba nak bagitahu apa-apa kat Atif kalau kau tak nak aku bunuh suami kau macam mana aku bunuh anak kau! " Zahra terkedu. 

" Bye Zahra..maybe malam ni Atif tidur kat rumah aku. Jangan tunggu dia tau! " Zahra menahan sedu. 

CDTM 2Where stories live. Discover now