BAB 12

859 85 15
                                    

Fahmi tergamam mendengar bibit kata dari mereka semua. Dia merenung kedalam wajah Zahra yang tidur bertongkatkan tangan.

Dari tadi bibir wanita itu tidak berhenti dari berdoa. Fahmi meraup muka perlahan. Panggilan dimatikan.

Kau kena tolong tenangkan Zahra. Aku dengan Mimo uruskan auntie Has dan Lutfi. Leo, Ayyan dan Shah uruskan Azka dengan..

Kata dari Ad tadi mmmbuatkan hatinya dipagut rasa sedih teramat.

Dia merenung jauh skrin dihadapannya. Apa perlu dia lakukan?

" Fahmi? Diorang dah on the way balik ke? " Zahra mengambil tempat disebelah Fahmi. Dia menenyeh matanya dan menahan diri dari menguap.

" Haah..diorang tengah on the way balik. " Fahmi dengan tenang memusingkan badan memandang Zahra.

" Semuanya ke? " Soal Zahra lagi. Tiba-tiba dia rasa tidak sedap hati.

" Auntie Has kena tahan wad. " Tenang sahaja lagak Fahmi.

" Hah?! Wad? "

****

Fahmi memakirkan kereta dan Zahra terkocoh-kocoh memasuki lobi Hospital. Fahmi hanya mengekor dari belakang.

" Boleh saya tanya, dimana wad Puan Hasnah? " Zahra tidak duduk diam. Makin lama dia dihospital makin menjadi-jadi jantungnya berdetak.

" Puan Has ditempatkan diwad 3A. " Zahra berlari ketingkat 3.

Dari jauh dia sudah nampak Kitten, Mimo dan Nuna.

" Kitten! " Panggil Zahra. Mereka semua terkedu melihat Zahra dihadapan mereka. Wajah gusar itu ditatap.

" Macam mana keadaan mak? " Zahra menanti jawapan dari mereka bertiga.

" Auntie Has okay, cuma dia demam panas. " Jawab Kitten.

" Alhamdulillah. Mak tak ada cederakan? "

" Tak ada Zahra.. " Mimo mencelah.

" Macam mana dengan twins? " Mereka semua saling berpandangan.

" Lutfi, Alhamdulillah..dia okay. " Jawab Nuna lambat-lambat.

Zahra sudah melebarkan senyum. Hatinya rasa sedikit lapang.

" Lutfi dengan Lut sama wad ke? Zahra nak tengok diorang. Zahra rindu nak tengok muka diorang. " Zahra tersengih memandang mereka semua.

" Zahra.. " Mimo menarik nafas.

" Iye? " Zahra merenung kedalam mata Mimo.

" Azka dengan Lut ada di wad lain. " Zahra mengerutkan dahinya.

" Wad mana? "

" Meh, Fahmi bawakan. Kita jumpa diorang semua. " Ajak Fahmi. Zahra mengikut Fahmi. Walaupun mukanya jelas nampak tenang namun hatinya kembali berdebar.

Ayyan memandang Zahra yang menghampiri mereka semua.

" Zahra.." Zahra tersenyum sebaik sahaja Ayyan memanggil namanya. Baju putih Ayyan yang penuh dengan darah dipandang.

" Mana Azka? Lut? Mimo kata diorang kat wad lain. Kenapa Azka masuk wad? " Leo, Shah, Ayyan, Ad dan Dani saling berpandangan.

" Leo? " Zahra mula pelik. Kenapa semua diam?

Leo menundukkan kepalanya. Tak sanggup terus merenung muka polos Zahra.

" Shah? Mana Azka dengan Lut? Kenapa semua diam? " Soal Zahra lagi.

" Azka dalam bilik operation. Dia kehilangan banyak darah. Banyak kesan luka kat kepala dia. " Seakan-akan terhenti bumi ini dari berpusing.

Lututnya lembik. Namun cepat sahaja tangannya berpaut didinding.

CDTM 2Where stories live. Discover now