BAB 28

1.4K 101 35
                                    

Ayyan tersenyum manis melihat Zahra yang menepuk tangan tanda menyokong kumpulan dia.

" Kumpulan black bloode! " Ayyan menjerit suka dihadapan barisan ahli mation.

" Ini Adam. " Adam yang mengenakan hoodie menutup sebahagian muka dengan mask merenung jauh kehadapan.

" Ini Fury. " Fury yang mengunyah gula-gula getah hanya melemparkan pandangan kosong kearah ketua mafia.

" Dan ini Yoyo. " Lelaki yang berpakaian seperti ingin ke masjid hanya menganggukkan kepala tanda hormat pada Azka.

" Zahra pandai main yoyo! " Ucap Zahra kepada Ayyan.

" Puan dungu, itu yoyo mainan. Ini yoyo yang boleh bagi para wanita mengandung." Ayyan tersengih.

" Kau kemana tadi Yoyo? Berbaju melayu, bersongkok elok ni? " Soal Shah.

" A..ak..aku, pe..gi, mas..jid. " Lama juga nak tunggu si Yoyo ni buka mulut.

Baru sahaja Zahra ingin buka mulut, Azka membisikkan sesuatu ditelinga Zahra.

" Jangan tanya dia gagap ke apa. Tapi dia memang gagap. " Zahra menekup mulut.

" So Ayyan? Kau nak tunjuk apa kat aku dengan Zahra? " Dingin. Sedingin salju dikutub utara.

" Kitaorang nak tunjuk skill baru kitaorang. Tulah kau, asyik sibuk terperap je kat office sampaikan kitaorang ada skill baru pun kau tak tahu." Ujar Ayyan sambil matanya dijulingkan keatas.

" Dah tu, nak hadap muka kau je ke? " Soal Shah pula.

" Kau diam boleh tak sayang? " Ayyan menjilat bibirnya seakan-akan ingin menggoda Shah.

Ahli kumpulan Mation semua menyimpul senyum. Ayyan memang tak boleh pakai.

" Geli sial ! " Shah menekup mulut. Tak selera langsung apabila melihat Ayyan menjilat bibir ingin menggodanya.

" Dah! Mulakan. " Ujar Azka.

Matanya bukan pun fokus pada perlawanan ahli kumpulan Ayyan. Ada sesuatu yang menarik minatnya untuk meliar kearah Zahra.

" Sayang.." Azka membisik ke telinga Zahra.

Zahra segera menoleh kearah suaminya. Dia menaikkan keningnya.

" Aku nak berak. Teman aku. " Bisik Azka lagi.

" Alah..awak pergi jelah berak. Saya tengah tengok Ayyan berlawan ni. "

" Eh! Aku ni suami kau ke atau Si gila tu suami kau? "

" Awaklah suami saya. "

" Dah tu?! " Soal Azka kembali.

" Yelah, yelah.." akhirnya Zahra mengalah. Bukan boleh tolak pun kalau dah nama pun Tuan Muda.

Kadang-kadang suaminya ini terlalu romantis sampai tahap nak belah dadalah apalah, kalau tiba angin kus-kus bercakap pun tak nak pandang.

Mereka berdua bangun. Dan semua mata tertoleh kearahnya. Ayyan dan ahli kumpulan secara serta merta berhenti dari berlawan.

" Kau nak kemana Tuan Muda dan Cik Dungu? " Soal Ayyan. Pelik melihat dua ekor burung gagak ini berdiri secara tiba-tiba.

" Battle war tamat. Aku malas nak duduk sini lama-lama. Lagipun Zahra minta aku bagi benih untuk tumbuh dalam perut. "

" What the- " Shah menepuk dahi.

Ayyan terlopong mendengar jawapan Azka. Benih? Apa tu?

" Semua boleh cau, kalau nak teruskan, just go on. Aku dengan Zahra nak tanam pokok. " Azka menarik tangan Zahra lalu beredar dari situ.

CDTM 2Where stories live. Discover now