BAB 8

1K 98 17
                                    

Leo menyelinap masuk kedalam sebuah rumah berhampiran dengan hutan dijalan Semarak. Dia sudah dapat mengesan identiti perempuan yang sudah mencuri fail penting projek Mation seperti mana yang Fuad ceritakan.

Matanya meliar dikawasan itu. Sunyi dan gelap! 

Beberapa orang yang keluar masuk kedalam rumah itu sambil mengekek ketawa dan ada beberapa perempuan yang mengenakan pakaian seksi seakan-akan menarik beberapa pasang mata untuk membelek tubuhnya.

Ya! Ini adalah tempat pelacuran yang disembunyikan dari pandangan mata orang luar. Tempat ini juga tidak begitu popular dan hanya VVIP sahaja yang tahu lokasi ini. 

" Fahmi! Ada berapa orang kat pintu masuk? "Leo tidak dapat melihat dengan jelas memandang kawasan itu gelap.

" 20 orang.. " Jawab Fahmi.

" Yan! Ad! Masuk! " Leo menghubungi Ayyan dan Ad untuk cover dia.

Dalam beberapa minit Ad muncul disebelah Leo. Macam biasa pakaian Ad. Bila jadi penembak terhandal, mask hitam dan hoodie hitam menjadi pilihannya.

Barret M82A1 50 ditangannya diletakkan dipasang. Pemilihan tempat diatas bukit memudahkan lagi kerjanya.

" Mana Ayyan? "

" Dia malas nak masuk. " Jawab Ad selamba.

" Babilah si cacat ni! " Punat headphone ditekan. OY didekatkan ke mulut Leo.

" Yan! Yan! " Senyap!

" Ayyan Iskandar! " Panggil Leo lagi.

" Hurmm..kenapa sayang? " Suara Ayyan yang serak-serak basah itu memenuhi headphone setiap orang yang memakai.

" Kepala otak kau sayang! Kau tido eh?! Apa bangang sangat kau ni? Aku suruh cover aku kat bahagian baratkan? "

" Aku penatlah..baru je lepas berak. Berak aku keras.. " Jawab Ayyan malas.

" Lah babi! " Gumam Ad.

" Huh kau ni!! Tak pernah nak seriuslah kau ni! " Dengus Leo.

Dia menarik nafas. Sabar. Bawa budak terencat memang macam tu!

" Ad! Aku gerak..kau cover. " Ad mengangguk. Dia meniarap disebalik semak. Dan mata kanannya diacukan diteropong snipernya.

Leo berjalan maju kehadapan. Pistol sudah diselitkan dibahagian kaki.

" Berhenti! " Leo tersenyum.

" Kau buat apa kat sini?! Aku tak pernah nampak pun muka kau.. " Ujar lelaki yang bertubuh besar. Lagi besar dari Leo.

" Oh! Aku nak langgan pelacur kat sini. Dah lama aku tak tunjuk kehebatan aku.." Pancing Leo. Langgan pelacur? Macam bodoh je cara aku berlakon. Confirm kena out dengan Sheila Rusli ni.

" Weh Leo..aku pun nak gak! Asal tak cakap awal-awal kau nak serang tempat pelacur? " Suara Ayyan bergema.

Muka seperti tercekik halkum sendiri. Bodoh!

" Suara siapa tu?! " Soal lelaki tadi sambil meliarkan mata kearah sekelilingnya.

Leo menepuk dahinya. Bodohlah si barua ni! Pergi on speaker apahal babi?!

" Kau ni bukan orang kanan Mation ke?! " Datang seorang lagi memerhatikan Leo atas bawah.

" Err..betullah tu! " Jawab Leo tanpa rasa bersalah. Leo memetik jari keatas memberi isyarat pada Ad.

Zup! Zup!

Lelaki dihadapan Leo sudah tumbang. Berlubang leher mereka!

Leo tersenyum lalu membuka langkah apabila muncul lagi berpuluh orang. Tumbukan padu dan sepakan berserta tembakan dari Ad membuatkan kawasan itu huru hara.

CDTM 2Where stories live. Discover now