BAB 10

1.1K 110 21
                                    

Punyalah terkejut saat kaki dia melangkah masuk kedalam bangunan Mation. Berselerak! Jelas dimata sendiri bungkusan mayat yang disusun pada satu ruangan untuk diambil oleh forensik bagi pembedahan.

Lima lelaki yang berada dibawah Mation sedang berdiri menanti ketua mereka untuk tindakan selanjutnya.

" CCTV? " Terus Azka menyoal dan membawa langkah masuk kedalam pejabatnya.

" Krek! " Jawab Ayyan pendek.

Fahamlah Azka maksud krek itu! Nampaknya mereka jalankan kerja dengan clear dan bijak.

Terpampang wajah Zahra dan anak-anaknya didinding bilik pejabatnya. Azka mengetap rahangnya.

" Dia ada tinggalkan note untuk kau. " Shah menghulurkan sekeping kertas yang sudah ada tompokan darah.

Sorry terlebih over pulak acting dalam bangunan Mation.

Ini baru permulaan. Just salam perkenalan.

Azka menggenggam kuat nota sehingga nota itu terkoyak.

" Ada tanda tak? " Azka cuba mengawal dirinya dari bertindak agresif.

" Setakat ni ada satu. Cincin tengkorak. " Ujar Leo.

" Aku nak korang dapatkan juga identiti orang yang serang Mation. " Arah Azka.

Kesan contengan merah pada wajah Zahra dan kesan contengan hitam pada wajah kedua-dua anak dia.

Dia sudah memastikan segala kelengkapan keselamatan untuk isteri dan anak-anaknya. Dia terpaksa buat macam tu sebab dia tak nak sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

****

Zahra mengatur langkah masuk kedalam butiknya. Sunyi! Ya, masih awal lagi untuk pekerja-pekerjanya datang. Zahra melewati lorong yang menyimpan beribu jenis warna kain untuk menyempurnakan lagi sentuhannya. 

Klak! 

Dia menoleh ke arah bunyi tadi. Dia mengerutkan keningnya tanda pelik. Benda apa yang berbunyi tadi? Rasanya dia seorang sahaja didalam butik ni. Awalnya Zahra buat tidak endah namun makin lama bunyi itu semakin kuat. 

Dia meneguk air liur. Serasa macam ada orang yang memerhatikan dia. Dia mencapai telefonnya dan dia menghubungi suaminya. Tak berangkat! 

Dum! 

" Arghh!!" Zahra berlari keruang hadapan. Degupan jantungnya berdetak dengan hebat! Berkali-kali dia menghubungi Azka namun masih lagi tidak berangkat. 

" Siapa tu?! " Zahra cuba memberanikan dirinya. 

Salah diakah buat butik sebesar rumah? Sampai ada penunggu? Zahra terfikir, kalau penunggu baik dari dulu lagi butiknya ini semacam tapi pekerja-pekerjanya tidak pun sekali mengadu hal-hal yang membuatkan bulu roma meremang.

Zahra melangkah keruang yang berbunyi tadi. Dia membuka kesemua suis lampu dan membiarkan butiknya menjadi terang. 

Bebola matanya menangkap kesan tompokan darah pada dinding dan dua pasang patung yang sama rupanya dipenuhi dengan darah. Automatik bayangan anak-anaknya terlayar dimatanya. 

Aku akan pastikan hidup kau merana.. lagi 5 saat anak-anak kau mati! 

 Menggigil dia setelah membaca nota yang ditulis sebesar-besarnya didinding bilik itu. Dia terkaku. Dia terpandangkan anak patung dan telefonnya berbunyi. 

" Hello? Puan Zahra! Lut dan Lutfi hilang!" Zahra terkedu. Lututnya menjadi lembik. 

" Hello? Puan?! " 

CDTM 2Where stories live. Discover now