BAB 19

1.1K 122 32
                                    

Zahra membancuh air untuk mereka semua. Dia keseorangan dibahagian cafe memandang Syaf masih lagi membantu Firash membersihkan cermin. Ayyan, Shah, Ad dan Leo sama-sama membersihkan butik Zahra dan segala stok disusun disetiap bahagian yang disediakan. 

" Zahra.." Zahra terkejut sebaik sahaja suara garau itu menegur. 

Zahra berlagak biasa, sahut pun tidak ya pun tidak. Dia meneruskan membancuh air. Namun pergerakannya terbatas apabila sepasang tangan memeluknya dari belakang. 

" I'm sorry baby.." Zahra terlopong. Ehem! Okay hati jangan cair! I said don't cair!! 

Azka mendekatkan hidungnya dibahu Zahra. Lama dia dia menghidu wangian dari tubuh perempuan itu. 

" Aku mintak maaf pasal semalam.." Zahra hanya mendiamkan diri. Cuba keraskan hati walaupun hati sudah mula berair. Hehehehe.

Azka meletakkan dagunya diatas bahu Zahra. Zahra merenung dinding putih cafe. Tangannya masih lagi memegang dulang. 

" Aku tak dapat kawal marah aku semalam sampai aku terrr rogol kau. " 

" Rogol?! " Mata Ayyan terbuntang. Azka dan Zahra sama-sama menoleh kearah Ayyan. 

" Kau buat apa kat sini? " Azka berdehem. Zahra pula menyorok dibelakang Azka. Bodoh! Malu siot! 

" Hehehehe..aku dengarlah tadi. Kau rogol Zahra eh? Hm, hm? " Ayyan mengangkat keningnya sambil menyengih. 

" Kau boleh diam? " Azka merenung tajam pada Ayyan. 

" Kau marah ke? LEO !!! " Ayyan mula menjerit. 

" Diamlah babi!! " Marah Azka. 

" Oh..maki aku. SHAH!!! " Ayyan menghamburkan ketawa. Azka mengecilkan matanya kearah Ayyan yang masih lagi ketawakan mereka. 

" Dahlah, bak sini dulang tu dungu..bercintalah korang puas, puas. " Ayyan mengangkat dulang air dan ingin berlalu namun sempat dia memerli Azka.

" Jangan nak rogol Zahra kat sini pulak. Pegi balik umah! " Azka menjulingkan mata keatas. 

Baru sahaja Zahra ingin berlalu, Azka menarik tangannya. 

" Kau nak pergi mana? " 

" Lah, nak ke depan lah. Kenapa? " Zahra menayang wajah tanpa beriak. Azka baru perasan bahagian pergelangan Zahra dan muka Zahra ada kesan merah. 

Azka merenung mata Zahra. Kecewa! 

" I'm so sorry babe..Aku minta maaf kat kau sebab buat kau. Sampai macam tu sekali.." Azka menarik tangan Zahra. 

" Tak apa, sikit je. Lagipun memang itu tanggungjawab saya. " Jawab Zahra. 

" Aku janji tak kan buat macam tu lagi. " 

" Tak perlu berjanji Tuan, kalau Tuan sendiri pun tak tahu apa yang Tuan janjikan. " Azka terkesima. Zahra meninggalkan Azka yang terkedu mendengar jawapannya. 

Zahra melabuhkan punggung dihadapan Shah. Dia tersengih apabila Shah mengangkat kening sebelah. 

" Macam mana Azka boleh ingat? " Shah tergelak bila teringat kejadian tadi. 

Flashback 

.......

Ayyan melangkah masuk dan Ad sama-sama membuntuti langkah Ayyan. Shah dan Leo sudah pun terlebih dahulu masuk kedalam rumah. 

Azka memberi arahan supaya mereka semua berkumpul dirumahnya untuk menceritakan keadaan sebenar. 

" Weh Ad! Apa kata kita tunjuk dekat diorang kayu besbol yang kita ubah suai untuk Zahra. " Ad berfikir. 

" Ala! Lambat macam siputlah kau ni.." Ayyan merungut. 

" Nanti Azka si strok tu tahu macam mana? Kau rasa dia bagi ke Zahra tu berlawan? " Ayyan mengeluh. 

" Penat jelah mak kau hantar kau pegi sekolah sama dengan aku. Aku pandai kau tak pandai pun..bodoh tak boleh bawa bincang. Padahal sekolah sama je.. " Ad menarik muncung. 

" Dah, dah tak payah merajuk. Kita cakaplah besbol tu untuk Team Hayders. Tak adalah si strok tu fikir yang bukan-bukan. " 

Leo dan Shah hanya menggelengkan kepala bila mana Ad dan Ayyan sama-sama memperkenalkan senjata baru. 

" Kau beli kat mana? " Suara garau itu mula menyoal. 

" Beli? Kayu je kitaorang beli, corak ni kitaorang buat. " Ujar Ayyan. 

" Macam girl punya je.." Kutuk Azka. Ayyan mengecilkan matanya. Lama dia memerhatikan kayu besbol ni. Dan Azka. 

" Aku nak try, kuat tak kayu ni. " Ayyan menghayunkan kayu bebsol itu dan.. 

Buk! 

" Argh!! " Azka memegang kepalanya. Leo yang baru sahaja ingin menyedut air kotak Dutch Lady perisa strawberry segera mendapatkan Azka. 

Darah pekat mengalir dari kepala Azka. Ayyan terlopong. Kuat ke dia hentak? Rasanya tadi perlahan. 

" Weh! Apa ni Yan? " Shah mengerling kearah Ayyan. 

" Aku tak sengajalah..sikit je tu. " Ad menekap kain didahi Azka. 

" Nasib baik luka sikit je..kau ni pun. " Leo menggelengkan kepala. Ayyan menyengih. 

" Azka, sakit tak? " Soalnya. 

" Bangang! Sakitlah sial! Kau nak aku mati ke? " Bentak Azka. Ayyan ketawa. 

" Haah..sebab aku nak Zahra jadi janda. " Semua menghamburkan ketawa. Azka pula berkerut-kerut dahinya menahan sakit. 

End flashback

........

Zahra ketawa menggelengkan kepala. Kelakar! Memang patut pun Ayyan pukul kepala Azka. 

" Lepas tu kitaorang cerita pasal Ain buat taik, itu yang dia ingat. Tapi kalau pasal korang berdua, masih samar-samar lagi. " Cerita Shah. Zahra hanya tersenyum. 

" Tak apa, nanti Zahra pulak yang hentak kepala dia. " Jawab Zahra lurus. Kata Zahra telah mengundangkan tawa Shah. 

Tiba-tiba sahaja Azka melabuhkan punggung disebelah Zahra. Tangannya pada pinggang Zahra. 

" Muncul dari mana ni? " Shah berkerut dahi. 

" Dari cafe..kau dah siapkan laporan? " Shah mengemam bibir. 

" Eh! Leo panggil..aku pegi sana dulu. " Cepat-cepat Shah menyelinap keluar dari soalan paling susah diabad ini. Kalah Add Math. 

" Kalau kau marah kat aku, tak payah buat aku jeles. " Zahra mengerutkan kening. 

" Jeles? Siapa yang buat Tuan jeles? Jangan nak perasan. " 

" Habis, yang kau tergelak-gelak dengan Shah kenapa? " 

" Dah kelakar, saya gelaklah! Tak kan benda kelakar saya nak menangis? " 

" Oh really? Aku tak suka! " 

" Tak suka kenapa? " 

" Sebab kau dengan diorang bukan main mesra lagi. Dengan aku kau tak ada pulak nak gelak-gelak. " Suara Azka mula menjauh. 

" Lah..sebelum ni kita tak gelak-gelak ke? " 

" Gelak. " 

" So? "

" Tapi aku jeles. " Zahra tersenyum. 

" Tak apalah, saya sayang awak sorang je..diorang tu saya anggap macam abang. " Zahra memeluk lengan Azka. 

" Kau dah tak marah aku? " 

" Tak..tak apalah, lagipun itu bukan salah awak. " Ucap Zahra dengan lembut.

Azka tersenyum. Beruntung dia memiliki Zahra. Walaupun itu adalah salahnya namun Zahra tetap mengatakan itu bukan salah dia. Zahra memang seorang yang lurus dan mudah memaafkan. 

Tapi Azka tahu yang apabila hati seperti Zahra sekali terluka sampai mati akan tetap menjadi luka walaupun ianya sudah dirawat. 

Dia mengharapkan selepas ini dia akan menjaga kata-kata dan perbuatannya untuk memastikan yang wanita ini tidak akan merasai erti kesakitan yang tiada ubatnya. 

CDTM 2Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon