BAB 24

1.2K 139 32
                                    

Hidungnya sudah mencucuk bau ubat. Dia cuba buka mata namun ada suara halus yang memanggilnya membuatkan dia batalkan niat untuk bangun dari tidur. Lama-lama muncul satu bayangan dihadapannya yang tersenyum manis kepadanya. Disebelah tangan kanan perempuan itu seorang budak lelaki sedang membebel kecil sambil mata memandangnya.

" Ayang!! " Suara itu! Azka mengecilkan matanya untuk melihat dengan lebih jelas.  

" Zahra? " Dia panggil lagi. 

" Saya teman Lut dekat sini. Awak jagakan Lutfi yee.." Ujar Zahra sambil memimpin tangan Lut. Makin lama makin jauh bayangan itu. 

" Zahra!! Zahra!! " Dia cuba mengejar susuk tubuh itu namun semakin lama semakin menjauh dan hilang dari pandangannya. 

Dia terjelepok jatuh. Dia cuba bangun. Kepalanya sakit! Dia menutup mata dan memegang kepalanya. Dia keseorangan! 

" Azka! " Leo mengejut Azka. Terkejut dia mendengar Azka menjerit nama Zahra. Laju sahaja dia masuk kedalam bilik Azka. 

Saat kakinya melangkah masuk, Azka sudah menggerakkan badan dan meraung-raung memanggil Zahra. 

" Azka! " Azka tersentak! 

Matanya terbuka luas. Syiling putih menjadi pandangan pertama dia. Langsung dia menoleh kearah Leo. 

" Zahra mana?! Lut mana?! " Azka gagahkan diri untuk bangun. Segala paip dan jarum ditangan ditarik keluar. Darah menitik terkena baju pun dia tidak endah. 

" Azka.." 

" Leo! Aku nak Zahra. Aku nak tengok anak-anak aku! " Leo menahan Azka. 

" Azka! " Azka terdiam. Leo merenung wajah Azka dengan riak yang sebak.

" Lut dah lama tak ada Azka...Lut meninggal malam yang kau nak selamatkan dia tu.." Leo mengenggam kemas bahu Azka. 

Azka tergamam. Malam itu!

Farid yang langgar Lut sehingga tubuh kecil itu terpelanting. Malam itu kepalanya dipukul dan dihentak beberapa kali oleh Farid. Segalanya kembali terlayar diingatannya. 

Kebahagiaan dia dan Zahra memiliki kembar. Selama ini dia sakitkan hati Zahra sepanjang dia hilang ingatan. 

" Ya Allah..Zahra.." Azka meraup wajahnya. Airmatanya sudah pun mengalir perlahan.

" Zahra kehilangan banyak darah. Dah tiga hari korang berdua tak sedarkan diri. " Beritahu Leo.

Sehingga kini Zahra masih tiada perkembangan apa-apa. Azka bangun dari pembaringannya.

Dia menapak perlahan mencari wad Zahra. Laungan dari Leo diabaikan.

Dia harus bertemu dengan Zahra! Satu-satunya permata hatinya!

Apa agaknya perasaan Zahra setelah tahu Lut meninggal? Apa persepsi Zahra terhadap dirinya.

Lama-lama langkah Azka longlai. Ingatannya terimbas kembali malam dia dengan Zahra. Malam ingin menyelamatkan anak-anaknya.

Dimana untuk kali pertama seorang Tuan Muda yang berpakej lengkap tumbang pada tangan musuh.

Azka menangis. Bayangan kecil Lut memenuhi kotak ingatannya. Dia sudah ingat segala-galanya.

Cara dia melayani Zahra ketika dia hilang ingatan. Zahra dalam keadaan serba salah semasa dia keluar dengan Ain.

Wajah sungul Zahra semasa menyambut Ain untuk bertemu dengan dia. Semuanya kembali terlayar dikotak ingatannya.

" Baby... Maafkan aku. " Azka terjelepok jatuh. Dia tidak menghiraukan mata-mata yang memandangnya pelik.

****

CDTM 2Where stories live. Discover now