BAB 27

1.2K 125 44
                                    

Zahra mengecilkan matanya dan mengacukan pistol kearah hadapan. Hampir sebulan sahaja Azka melatih dirinya menggunakan senjata.

" Tembak! " Jerit Azka.

Pang!

Hanya sekali tembakan sahaja, peluru dari pistol Zahra tepat mengenai dahi patung yang dikhaskan untuk menembak.

Kitten, Mimo dan Nuna terkedu seketika. Zahra yang baru sahaja sebulan belajar sudah tepat pelurunya menembusi dahi patung itu sedangkan mereka semua ambil masa dalam 2 bulan.

" Bapak ar! Hebat gila Zahra. " Kitten menepuk tangan. Mimo dan Nuna bersahut tanda seronok.

Zahra memasukkan soket peluru untuk menggantikan soket yang sudah kosong.

Terasa tangan menjalar dipinggangnya. Wangian badboy memenuhi ruangan hidung Zahra. Siapa lagi kalau bukan suaminya.

" Hebatnya isteri aku ni. Lepas ni aku dah ada musuh. " Bisik Azka.

" Haah! Musuh terbaru awak, Zahra si dungu. "

" Dungu bukan sebarang dungu. Dungu-dungu tulah yang Tuan Muda sayang. " Azka melekatkan bibirnya kepipi Zahra.

" Weh! Hormat sikit kakak-kakak kau ni. Nak bersawet pergi jejauh. " Perli Kitten.

" Jeles? Sebab laki kau pergi outstation?" Balas Azka.

" Ceh! Tak jeles pun! Aku dengan dia 10 kali ganda lagi bersawet dari korang. Cuma sekarang aku rindu dia..huarghh!" Kitten berpura-pura teriak.

Mimo menyiku lengan Nuna dan menarik mimik muka menyampah. Sungguh kakak mereka yang satu ini kaki drama.

Iphone Azka berdering menandakan panggilan masuk.

" Hello. "

" Hello Tuan muda! Amacam kepala kau? Dah okay? "

" Ni siapa? " Azka mengerutkan keningnya.

" Hahahaha! Lupa pulak nak kenalkan diri. Aku Farid! "

Azka mengetap bibir! Tentu sahaja nama itu sangat familiar sampai kehari ini.

" Senyap pulak..Oh! Ke kau masih ingat cara anak kau mati? Sedih? Hahahaha! Kesian kau! Jadi bapak pun tak guna. "

Azka menekan punat kecil pada remote control ditangannya. Kitten faham apa yang Azka isyaratkan dengan mata.

Satu peranti yang secara automatik keluar dari meja panjang dibilik itu.

Zahra terpegun dan sama menyibuk dengan apa yang Kitten lakukan. Mimo pula mengambil alatan speaker yang boleh mengakses lokasi si pemanggil.

" Aku tak ada masalah dengan kau. Apa lagi yang kau nak? "

" Tak minta banyak. Aku nak bini kau."

Langsung mata Azka tersorot pada susuk tubuh Zahra. Dia menggengam penumbuk.

" Kau jangan cabar aku! " Urat yang mulai timbul didahi tidak dikisahkan. Ini sudah melampau!

" Cabar? Kau tahu aku dah suka Zahra  tu sejak dulu lagi! Kenapa eh kau pulak yang kahwin dengan dia?! "

Walaupun setiap butir bicara antara Azka dan sipemanggil tidak didengari tapi Nuna dapat rasakan yang Azka sedang menahan amarah.

" None your business! Kalau kau usik keluarga aku lagi, it's mean kau menempah maut, bumi dah tak terima kaki busuk kau terus menapak atas tanah. Aku akan pastikan kau mati. "

" Tuan Muda, tuan muda! Untuk pengetahuan kau, anak kau lagi sorang tu tengah main bola dengan adik ipar kau. Syaf! Comel je aku tengok, rasa macam nak tembak je dahi dia. " Azka tergamam!

CDTM 2Where stories live. Discover now