BAB 9

915 103 11
                                    

Zahra mengalihkan badannya kearah Azka. Dia membongkokkan sedikit tubuhnya untuk mendapatkan keselesaan sepanjang malam itu.

Namun masih sama rasa sakitnya. Dia mengalihkan tubuhnya membelakangi Azka. Sakit mencengkam dibahagian ari-ari sehingga terkapit antara gigi atas dan gigi bawahnya.

Dia berpusing semula menghadap Azka. Airmata menahan sakit mengalir perlahan ditubir mata. Nak kejutkan suaminya, rasa tak sanggup. Kesian Azka, sudahlah siang berkerja, malam kena layan kerenahnya.

Zahra cuba menguatkan dirinya untuk bangun. Dia duduk bersandar di kepala katil. Tak terfikir pulak malam-malam macam ni akan adanya senggugut. Sudahlah ubat angin diletakkan jauh dari katil.

Dia mengatup mata. Airmata dibiarkan mengalir. Rasa sakit tak tertanggung. Tak larat untuk dia berjalan pergi ke almari untuk mengambil minyak angin.

Terasa sesuatu yang hangat mengusap pipinya lembut. Zahra membuka mata dan dihadapannya kini suaminya yang tenang merenungnya.

" Kenapa kau tak kejut aku? Nak tahan sakit sampai esok ke? " Azka melangkah kearah almari untuk mengambil minyak angin.

" Saya tak sampai hati nak kejutkan awak. " Azka membuka baju Zahra. Dia menyapu lembut minyak angin diperut isterinya.

Berkerut-kerut dahi Zahra menahan sakit. Tapi ada rasa kurang sedikit memandangkan tangan suaminya mengurut dibahagian perut bawa ke bahagian atas ari-arinya.

" You feel better baby? "  Soal Azka. Zahra mengangguk.

" Biasalah..senggugut ni ambil masa dalam sehari. Dah sapu minyak angin ni, dia rasa kurang sikit.. "

" Macam manalah nak hilangkan senggugut ni? Tak sanggup aku nak tengok kau sakit. Every month baby..time period, kau mesti sakit. "

" Nak buat macam mana awak..dah keistimewaan saya sebagai perempuan. "

" Next time, kejut. Jangan rasa tak sampai hatilah apalah. Aku ni yang tak sampai hati tengok kau tu terbongkok-bongkok sebab sakit. " Zahra mengangguk.

" Thanks ayang.. " Ucap Zahra.

" Most welcome honey.. "  Dengar sahaja perkataan Honey, Zahra mengecilkan matanya.

" Siapa hani? "

" Kaulah.."

" Tak pernah-pernah awak panggil saya honey tiba-tiba honey ni kenapa?! "

" Aik? Panggil honey pun salah? Sweet apa.." Azka mengerutkan keningnya.

" Bagi awak manislah! Bagi saya pahit! Kenapa mesti honey?! Kenapa bukan sayang ke, cinta ke, intan payung ke apa ke?! Why honey?! "  Bentak Zahra.

Ah sudah! Azka mengaruk tengkuknya. Zahra dah buat hal tak normal.

" Yelah, sorry.. Aku tak panggil kau honey..nanti aku panggil orang lain honey.. "

" Azka! "

" Wow, wow! Relax baby..aku gurau je! Sensitif betul dengan honey ni.." Azka cuba menenangkan isterinya.

" Mestilah! Awak jangan cuba nak macam-macam eh! Jangan sampai honey dengan awak saya hentak pakai kayu besbol! " Zahra sudah memberi amaran.

Azka menghamburkan ketawa. Isterinya ini akan jadi hulk bila period. Marah bukan main lagi, macam dia buat kesalahan paling besar.

" Baiklah permaisuriku..beradulah kamu sebelum kamu diberadukan. " Zahra menjeling tajam melihat Azka masih lagi dengan sisa tawanya.

Azka membaringkan tubuhnya menghadap Zahra. Tangannya masih lagi diperut Zahra dn diurut perlahan.

CDTM 2On viuen les histories. Descobreix ara