BAB 30

535 48 22
                                    

Zahra tersenyum saat melihat Azka mengesat peluh didahi. Dia hanya merenung sahaja wajah gusar Azka yang meriba anak mereka. Jari Azka digenggam. 

" Siapa yang ajar kau untuk letak fake blood kat celah seluar ? " soal Azka perlahan. Risau sampai dipendengaran Puan Has. 

" Hehehe..Ayyan and the geng. " Jawab Zahra sambil menahan ketawa. 

Azka melepaskan keluhannya perlahan. Punyalah dia terkejut saat mendapat panggilan dari ibu mertuanya yang mengatakan Zahra dikejarkan kehospital. 

Berialah Ayyan, Leo dan Shah mengatakan bahawa Zahra mempunyai masa selama 60 saat sebelum ditidurkan. Kata mereka, Zahra kehilangan darah dan rahim milik Zahra terkeluar sebab tu Zahra punya seluar berdarah. 

Rupanya...

" Awak janganlah risau, kan saya okay je ni.. " 

" Memanglah kau okay. Kalau benda tu betul-betul terjadi..apa aku nak jawab dengan mak kau?" Kata Azka.

" Jadinya awak takut dengan mak lah ? Saya pelik dengan awak sejak akhir-akhir ni. Kenapa nak kena fikir pasal mak ? Sedangkan sebelum ni okay je saya tengok. Awak ada sembunyikan apa-apa dari saya ke Tuan Muda Azka ? " 

" Tak ada apalah.. Dah kemas cepat-cepat baju kau tu. Jangan macam madam besar lak baring macam mak dugong. " Azka berlalu pergi meninggalkan Zahra yang terkedu. Dugong ?!

Zahra mengerutkan keningnya. Kenapa entah dia rasa lain dengan Azka. Dia cuba untuk berfikiran positif tapi cara Azka itu membuatkan tanda tanya sering berlegar dalam fikirannya. Apa yang Azka cuba sembunyikan ? Ada kaitan dengan Puan Has ke ? 

*****

Ayyan melangkah masuk kedalam pejabatnya. Fail resume yang tersusun elok diatas mejanya diselak berkali-kali. 

Haura
Ain nabilah
Bella
Fizz
Faizah

" Faizah ? Owner beras cap faizah ke ? " Gumamnya perlahan. 

Tangannya menyelak lagi dan lagi. Tiba disatu kertas berwajah masam. Nama tertera besar diatas profil diri. Chempaka Rose. 

" Apahal bunga-bunga pulak ni? Mak dia dah tak ada nama lain ke selain nama bunga? Kalau peminat bunga pun letak jelah nama bunga terus. Siti Nur Bunga ke apa ke ini nama Chempaka Rose. " Bebel Ayyan perlahan. 

Entah apa yang terjadi hari ni sampai rajin untuk dia menyelak satu persatu fail resume. Dan rajin untuk dia baca nama-nama didalam fail itu. Namun dia berpatah balik semula kepada kertas bernama Chempaka Rose. 

" Ad! " Jerit Ayyan. Ad segera masuk kedalam bilik Ayyan. Dia mengangkat keningnya. 

" Bulan depan kau kutip budak ni. Aku nak ambik dia kerjakan aku. " Ayyan mengenyitkan matanya. 

" Kutip ? Dia nak intern je awak. No kerja kerja. " Ad menyelak fail resume yang diberikan tadi. Chempaka Rose. Berumur 23 Tahun. 

" Hah! Intern ke apa ke, aku nak dia kerja jadi kuli batak aku. " Ujar Ayyan selamba. 

" Baiklah badak ! Akan ku turut perintahmu wahai raja bersiang. " Ad melangkah keluar mendapatkan Hana yang merenung komputer riba. 

" Nah! Boss kau nak budak ni. Pastikan budak ni intern kat sini bulan depan. Jangan kau tak call pulak budak ni, kang tak pasal-pasal si badak tu mengamuk..habis semua orang dia nak sondol." 

" Kau nak aku sondol bapak kau ke? " Sampuk Ayyan yang tiba-tiba muncul. Ad tersengih sambil berlalu pergi. 

" Aku kan Ad, pikir kau sepupu aku je..kalau tak dah lama aku buang kau dari Malaysia ni. " Ayyan menyelak rambut yang menutupi matanya.

CDTM 2Où les histoires vivent. Découvrez maintenant