BAB 35

395 51 10
                                    

Ayyan, Shah dan Leo melorotkan mata kearah gadis-gadis ditepi pantai. Cuaca yang elok harus diguna sebaik-baiknya.

" Rugi Ad tak ikut kita. Dapat tengok dugong-dugong terdampar tepi pantai ni lupa sekejap Malaysia. " Ujar Ayyan.

" Jom berenang!! " Shah membuka bajunya sehingga terpusing kepala minah salih melihatnya. Shah yang kulit hitam manis, memilik badan yang menawan mampu menyukurkan gadis-gadis Brazil.

Ayyan dan Leo tidak kurang juga. Namun apa mereka hiraukan sangat dengan gadis-gadis ini, yang mereka mahukan mandi air laut Brazil.

Ad ditinggalkan dirumah sewa sementara lelaki itu sedap dibuai mimpi. Shah melepaskan ketawa apabila Ayyan merendam Leo dengan sengaja. Namun matanya tertancap pada satu susuk tubuh yang merenung mereka dari jauh.

Ain melemparkan senyum sinis saat bertentang mata dengan abang sepupunya. Dia menghembuskan asap rokok ke ruang udara.

Shah langsung berdiri tegak dan cuba mengejar Ain, namun sekali sekelip mata sahaja perempuan itu hilang. Kelibat Ain langsung tidak kelihatan. Shah mulai rasa tidak sedap hati.

" Weh jom balik! Aku rasa tak sedap hati. " Shah meninggalkan Ayyan dan Leo yang memandangnya pelik.

****

Zahra melepaskan tumbukkan yang terakhir kearah punching bag. Fafa melemparkan senyuman saat melihat Zahra yang sedang mengelap peluh.

" Hai Zahra! " Sapa Fafa lembut.

" Hai Fafa! Lambat hari ni. " Tegur Zahra manis.

" Haah, jalan jemlah. Aku dah sampai awal dah tapi parking tak ada. By the way, how your day ? Everything okay ? "

" Errrr..." Zahra menggaruk pelipisnya.

" Fafa! Hanim kena belasah lagi dengan boyfriend dia! " Jerit Mya dari arah belakang Fafa.

Semua didalam gelanggang boxing itu melirik kearah Mya. Fafa berlari mengikuti langkah Mya. Begitu juga dengan Zahra.

Dari jauh kelihatan Hanim menundukkan kepala tanpa berani bertentangan mata dengan Daus.

" Berani eh kau datang sini lagi ? " Jerit Fafa. Mya menarik Hanim ke tepi. Muka Hanim dibelek dan Fafa ternampak kesan luka tepi bibir dan dahi.

" Eh perempuan! Korang blah lah! Ini antara aku dengan Hanim! Tak payah sibuk dengan urusan aku! " Bentak Daus. Matanya tertancap pada berpuluh-puluh wanita yang mula mendekatinya.

" Mestilah sibuk! Hanim ni ahli kami! " Mya menyampuk.

" Korang tak payahlah nak jadi gengster! Korang tu perempuan, buat jelah cara perempuan. Hey Hanim! Kau tu perempuan, tak payahlah buang masa nak masuk kelas boxing ni! " Daus masih lagi berdegil. Dia cuba menarik Hanim namun Hanim merentap tangannya.

" Hanim nak belajar boxing! Hanim suka berlawan! Awak tak payahlah sibuk urusan saya! Lagipun kita dah tak ada apa-apa! "

" Eh! Kau melawan aku ?! Memang nak kena ni! " Baru sahaja tangan Daus ingin memukul kepala Hanim, sepasang tangan menahan dari tersentuh muka Hanim.

" Kau jangan ganggu Hanim lagi! " Fafa memusingkan tangan Daus sehingga berbunyi 'krak'

" Arghhh!! " Kawan-kawan Daus yang berada didalam kereta cepat-cepat turun mendapatkan Daus.

" Weh ! Hang pa ni dah pasaipa ? Hang pa ni perempuan ka ? Lelaki ? " Ujar kawan Daus.

" Pukul diorang semua! " Arah Daus.

Mya melayangkan tumbukkan ke muka lelaki berkulit gelap. Seorang demi seorang mula memukul lelaki tersebut. Zahra hanya melihat keadaan yang mula haru biru.

CDTM 2Where stories live. Discover now