BAB 11

882 87 28
                                    

Jet dalam mode self-drive. Syafiq menaikkan ibu jari tanda keadaan dalam terkawal. Azka, Leo, Ayyan, Ad dan Shah sudah lengkap dengan suit payung terjun.

" Atmosfera sekarang ni dalam keadaan terkawal, angin memang menghala kearah utara. " Jerit Syafiq.

Pintu belakang jet sudah dibuka. Berderu-deru angin masuk.

Ayyan menjelirkan lidah kearah Ad yang mula menelan air liur.

" Kau takut ke? " Ayyan menyengih.

" Diamlah kau! " Marah Ad. Dia kurang mahir dalam terbang-terbang ni. Walaupun sudah memegang tittle mafia, bab-bab menggunakan payung terjun sungguh dia lemah.

" Ready? " Soal Azka.

" Ready!! " Jerit mereka kecuali Ad.

Mereka mula beratur. Azka mendahului mereka.

" Dalam kiraan 3 korang boleh blah tau! " Jerit Syafiq.

Azka sudah bersiap sedia dengan tangan didada. Mengimbangi diri adalah satu teknik bila mana kita mahu memulakan terjunan.

Leo dan Shah sudah pun bersiap sedia. Ayyan sempat menyedut pord flavour grape dan menghembus ke muka Ad.

" 1.." Syafiq mengerling kearah radar Jet.

" 2.." Ad menjeling tajam pada Ayyan yang menghampiri Leo dan Shah.

" 3 ! "

Azka menutup mata dan mula terjun kebawah. Diikuti Leo, Shah dan Ayyan.

" Ya Allah, kau selamatkan aku Ya Allah. Kau panjangkanlah umur aku Ya Allah. Aku masih lagi banyak dosa Ya Allah.. " Syafiq menjulingkan mata keatas.

Ad masih lagi menadah tangan. Kaki dan lututnya menggigil.

" Weh Ad! Diorang semua dah turun. "

" Fiq..boleh tak kau parking bawah? " Syafiq menghampiri Ad.

" Kawasan mana kau nak suruh aku parking? " Ad membawa Syafiq kehadapan sedikit.

" Kawasan tu..." Ad menuding jari kearah bawah. Gelap!

Kawasan mana yang dia tunjuk? Syafiq merenung muka pucat Ad.

" Yelah..kejap. " Syafiq acah-acah melangkah pergi.

Baru sahaja Ad ingin menarik nafas lega, terasa seperti belakangnya ditolak. Dia yang berhampiran dengan pintu serasa tubuhnya sudah pun melayang.

" Bye Ad!!! " Jerit Syafiq.

Ad tersedar yang sekarang ni dia sudah pun berada diawangan. Sekelip mata sahaja dia sudah terjun.

" Babi kau Syafiq!!! Aku doakan kau biar bontot hitam macam bontot Ayyan!!! " Jerit Ad.

Syafiq sudah terkekek kekek ketawa. Kesian budak muda itu mudah tertipu.

Ad meneguk air liur. Tangannya sudah bersiap sedia dengan tali pembuka. Dia cuba menenangkan diri dan cuba mengawal rasa debarnya.

" Open it!! "  OY mereka sudah bergema dengan suara Syafiq.

Mereka berlima serentak menarik tali pembuka dan mengawal payung terjun masing-masing.

Teknologi yang diciptakan oleh Luna sangat canggih sehinggakan bila mana mereka berada dalam misi penting diawangan mampu berfungsi dengan baik.

Setibanya mereka ditanah lapang, mereka semua meniarapkan diri untuk masuk kelaluan hutan dibahagian Utara.

" Kami selamat mendarat! " Nuna memberi maklum balas.

" Fahmi, masuk! " Arah Azka.

" Ehem!  Arah utara boleh gerak tapi ready dalam 500 meter ada 5 orang yang jaga bahagian sempadan. "  Tenang Fahmi memberitahu rakan-rakannya.

CDTM 2Onde as histórias ganham vida. Descobre agora