BAB 22

987 99 23
                                    

DAY 1 

Zahra berdiri dihadapan Kitten dan Mimo. Hari ini dia akan belajar seni membela diri daripada kakak-kakak iparnya. Mereka berdua membawa Zahra berdiri dihadapan punching bag yang sudah kemas tergantung disitu. 

Zahra merenung punching bag dihadapannya. Cantik! Corak dia warna warni. Tak macam punching bag Azka yang berwarna hitam merah. 

" Kenalkan ini punching bag khas untuk Zahra. " Zahra mengangguk dengan apa yang Kitten beritahu. 

Mimo menghulur satu tali skipping kepada Zahra. Zahra mengambil lalu merenung pelik pada tali skipping tersebut. 

" Err..tali ni untuk apa? Bukan Boxing kita tumbuk-tumbuk je ke? " Mimo senyum senget. 

" Nope! Before kita nak belajar boxing, Zahra kena kekalkan stamina dengan kekuatan kaki. Sebabnya bila kita boxing pentingnya pada kaki dan stamina. Kena pergerakkan laju untuk tumbangkan musuh. " Zahra mengangguk tanda faham.

" Sarung tangan yang dipakai oleh pemain boxing. " Beritahu Kitten kepada Zahra. 

" Untuk permulaan macam Zahra kami memang akan jaga Zahra daripada tercedera sebab lambat laun juga Azka akan tahu yang Zahra belajar boxing ni. So, we are go to this! " Mimo menunjukkan topi keledar pada Zahra. 

Zahra mengerutkan kening. Helmet? 

" Belajar boxing kena bawa moto ke? " Soalan Zahra mengundang tawa dari Ad, Ayyan, Leo dan Shah yang baru sahaja melangkah masuk. 

" Weng weng~ " Ayyan mengejek. Dia acah-acah seperti sedang membawa motosikal. Ad sebagai pembonceng dibelakang Ayyan menggengam baju Ayyan kiri dan kanan. 

" Berhenti, berhenti! Awak kena saman sebab tak pakai helmet dalam bilik boxing. HAHAHAHA!" Bagai terasa diri seperti polis trafik Shah menahan Ayyan dan Ad. 

Leo seperti cameraman merakamkan detik-detik drama daripada jejaka-jejaka tak laku itu. Fahmi pula menggelengkan kepala melihat mereka. 

" Hey! Jangan raba tetek I! I saman you! " Ayyan menolak tangan Shah yang menahan dadanya. Mereka bertiga terkekek-kekek ketawa. 

" Lah korang datang sini untuk apa? " Mimo sudah bercekak pinggang. 

" Tak ada apa-apa pun, saja je nak datang melawat. Kot, kotlah kan kau buli Zahra. Kesian dungu kitaorang. " Mereka berlima melabuhkan punggung diatas pentas boxing. 

Zahra menyarung punch mitt dan memakai head guard untuk perlindungan. 

" Okay first Zahra kena tahu yang boxing ada 4 jenis pukulan asas. " 

Kitten berdiri dihadapan Mimo. Mimo memakai punch mitt. Kitten sudah berdiri lagak pemain boxing yang sebenar. 

Pukulan lurus dan cepat kearah punch mitt. 

" Zahra nampak? " Zahra mengangguk. Kitten menumbuk lagi kearah punch mitt. 

" Ini dinamakan Jab! Pukulan lurus kemuka dalam jangkaan masa pendek dan cepat. " Terang Mimo. 

" Yang kedua, Cross. Sama juga macam Jab cumanya dia akan tumbuk ke dagu ataupun bahagian bawah. " Zahra meniru cara Kitten melepaskan serangan. 

" Yang ketiga Hook! Hook ni memerlukan pergerakan kaki. Tak banyak tapi perlukan kekuatan otot. Penggunaan cara Hook ni bilamana musuh sedang push push Zahra. So, Zahra kena gerak macam ni. " Kitten menunjukkan demo.

Mimo menggunakan tenaganya untuk menahan diri daripada terdorong kebelakang. Kitten mula menumbuk-numbuk punch mitt dan berlawan  untuk membuatkan Mimo terdorong kebelakang. 

" Faham? " Soal Kitten. Zahra mengangguk tanda faham. 

" Next adalah uppercut. Zahra menggunakan tumbukan kearah muka musuh. Like this. " Kitten melepaskan tumbukan kearah punch mitt. 

" Kalau dungu nak tahu, empat jenis pukulan ni lebih kurang sama je..ini dinamakan basic dalam boxing. Dia terletak pada otak kau. " Ayyan mencelah. 

" Yup! Macam kau nak jahit baju. Mata dan otak kau kemana? Mestilah pada mata jarum dan kain yang kau nak jahit tu. Setiap tap! tap! tap! mesin kau gerak, ha mata kau fokus kat mata jarum. Betul tak? " Sambung Shah. 

" Haah..Azka pernah cakap kita kena fokus dalam apa yang ada depan mata. " Ujar Zahra teruja. 

" Apa yang korang tengah buat? " Suara garau itu telah membuatkan semua kepala berpaling. Fahmi yang sedang memegang spanar terkedu lalu spanar tadi terlepas dari genggamannya. 

Prang! 

Dia melangkah perlahan sambil matanya memandang keadaan sekeliling. Diatas kanvas pentas boxing, perempuan yang sedang memakai head guard dan siap lengkap dengan sarung boxing dipandang tajam. 

Zahra menelan air liur dan menyorokkan tangan kebelakang. Tahulah dia suaminya sedang memandangnya seperti harimau mahu menerkam harimau betina. Eh! 

" Azka! Mu buat gapo disini? " Ayyan memecahkan kesunyian. 

" Apa yang korang tengah buat? Dan Zahra kat sini untuk apa? " 

" Err..Zahra dia.." Leo mati kata. 

" Zahra dia cari ilham design baju boxing. Tu kitaorang bawa dia datang sini. " Jelas Shah. Zahra mengerutkan kening. 

" Bukan korang kata nak ajar Zahra boxing ke? Sebab nak berlawan dengan Ain. Kan? " Soal Zahra dengan lurus. 

Ad sudah menepuk dahi. Shah pula seperti tercekik biji durian. Yang lain semua terlopong dengan pengakuan Zahra. 

" Ah sudah! Kenapalah kau kahwin dengan minah dungu Azka oi!! " Ayyan menggaruk keningnya. 

" Aku nak jumpa korang semua! Now!! Termasuk Zahra sekali! " Suara halilintar sudah mulai bergema diruangan bilik itu. 

Luna menggelengkan kepala melihat Zahra yang sudah menundukkan kepala. Hari pertama sahaja sudah kantoi dengan Azka. Haihlah Zahra! 

****

Semua kepala menunduk tanpa seorang pun membalas renungan tajam dari Tuan Muda. Wajah Azka tegang merenung satu persatu orang yang berkaitan dengan semua ini. 

" Awak..saya bukan nak tipu awak. Tapi ini kebaikan kita sekeluarga. " Ujar Zahra dengan nada rendah. Seakan-akan memujuk. 

" For what? Diorang lemah sangat ke sampai nak bawa kau masuk dalam Mation? "

" Memanglah diorang terlalu kuat bagi saya, tapi kes ni berkaitan dengan saya dan Ain. " 

" Leo! Patutlah semalam kau langsung tak masuk office. Shah dengan Ayyan, report untuk minggu lepas korang dah hantar? " Semua terdiam. 

" Kitten, Mimo! Bryans ada projek besarkan nak kena settlekan, korang boleh lagi relax macam tak ada apa-apa kerja? " Kitten dan Mimo terdiam. 

" Awak jangan salahkan diorang..lagipun saya belajar ni pun sebab nak jaga diri saya. " Zahra menundukkan kepala. 

" Tak payah! Aku tak izinkan. " 

" Kenapa pulak?! Awak takut Ain kesayangan awak tu cedera saya pukul?! " Azka mengecilkan mata. Rahangnya mula bergerak-gerak. 

" Aku tak izinkan, tak izinkanlah! Apa yang susah sangat kau nak dengar cakap aku? " Bentak Azka yang sedang mengawal amarah. 

" Oh! Dengar cakap awak jelah saya nak kena dengar? Cakap saya? Awak ada nak dengar tak? " Semua menjadi penonton pergaduhan antara Azka dan Zahra. 

" Kau jangan sampai aku angkat kau rogol kau kat sini! Aku kata tak boleh, tak bolehlah! " Zahra terkelu lidah mendengar perkataan rogol. Tak berani nak melihat lelaki-lelaki yang menjadi saksi apa yang Azka katakan. 

" Mulai hari ni, aku pergi outstation kau ikut! Leo! Siapkan tiket flight untuk malam ni, ada kerja urgent dekat Bali! " Azka meninggalkan mereka semua. 

Zahra melepaskan lelahnya. Nampak sangat Azka bangkang apa yang dia ingin lakukan. Haihlah..kalau Azka tahu punca kematian Lut, mesti Azka pun ingin bertindak seperti dia. 




CDTM 2Where stories live. Discover now