MMMA 4

415 35 1
                                    

Seminggu berlalu dengan cepat.Sejak Raeez menghantar aku pulang ke rumah,aku tidak lagi berhubung dengan dia.Aku hanya menjalankan kehidupanku seperti biasa.Bangun pagi dan bersiap untuk pergi ke kerja yang pelbagai jenis.Hari ni kerja dengan Milly.Esok kerja dengan Inspektor Ikram.Lusa kerja cuci pinggan dekat kedai makan pulak.

Banyak betul kerja yang aku buat.Tapi nasib aku agak baik,sebab semua majikan aku faham dengan perangai aku yang suka buat banyak kerja.

Cakap pasal Raeez,adalah sikit perasaan rindu bertandang dalam hati.Ahha..rindu nak usik dia je sebenarnya.Rindu bila dia jentik dahi aku kuat kuat.

Aku ada jugak terfikir nak pergi syarikat The Darr's tu.Tapi aku segan,nanti dikatakan terhegeh hegeh nak jumpa lelaki.Padahal Raeez tu bukannya nak pun jumpa aku.Nak call,tapi lupa pulak nak mintak nombor telefon.

Hmm..Milly cakap Raeez ni boleh dikatakan terkenal jugak.Aku pandang laptop aku di atas meja.Yes!Google kan ada.

Lantas laptop aku capai lalu dibuka.Ikon Chrome ditekan lalu mula menaip nama Raeez.

"Raeez...Darrian...Alexandra.."

'Tap!'

"Whoaaa..dalam Google pun hensem." Aku tersenyum melihat gambar Raeez yang terpampang di skrin laptop.Kacak dan bergaya.Malah kalau dilihat secara depan depan pun,makin bertambah kacak.Padanlah terkenal.

-RAEEZ DARRIAN ALEXANDRA
-THE DARR'S COMPANY OWNER
-TOP YOUNGEST SUCCESSFUL ENTREPRENEUR
-TOP 5 RICHEST MEN
-IN ADDITION, HE ALSO OWNS HOUSING COMPANIES IN ENGLAND, ITALY,DUBAI, MALAYSIA AND JAPAN

Mulutku ternganga membaca setiap maklumat tentang Raeez.Top 5 lelaki terkaya...antara usahawan berjaya yang paling muda.Dia juga mempunyai syarikat perumahan di 5 buah negara.Wow,sungguh aku kagum dengan Raeez.Pasti ibu bapanya bangga.

Aku baca lagi maklumat dia bahagian bawah.

-MOST DANGEROU-

'TING!'

Belum sempat habis aku baca,telefon aku berdenting lalu berbunyi menandakan seseorang menelefonku.Aku mengeluh,siapa pula yang telefon aku malam malam ni?

Beloved❣️

Dahiku berkerut hebat.Siapa beloved ni?Aku tak pernah save nombor sesiapa macam ni.Teragak agak aku ingin menjawab.Butang hijau diseret lalu menekap telefon pada telinga.

"Hello,siapa ni?" Aku memulakan perbualan.Kedengaran suara itu berdehem seketika.

"Miss me?" Suara lelaki.Aku jongket bibir.Malas aku hendak melayan,mungkin tersalah nombor.Aku jauhkan telefon untuk mematikan panggilan.

"Baru seminggu tak jumpa,takkan dah lupa aku?" Aku terhenti.Skrin telefon aku pandang.

Beloved?Baru seminggu tak jumpa?Aku berfikir.Tak,tak mungkin dia.

"It's me Raeez." Ha sudah.Aku blur sendiri.

"Macam mana awak boleh dapat nombor saya ni?" Aku mula menyoal.

"Masa kau kat rumah aku." Ringkas sahaja dia menjawab tanpa rasa bersalah.

"Suka hati awak je kan bukak telefon saya.Tau tak itu privasi saya" Nada suara aku bertukar keras.Geram aku dengan Raeez yang mengambil kesempatan dalam kesempitan.

"Siapa suruh tak letak password.Lain kali letak kalau rasa itu privasi"

Aku gigit bibir sendiri.Betul jugak apa yang dia cakap.Salah aku sendiri sebab tak letak password.Patutlah Raeez senang sahaja dapat nombor aku.

Mr.Mafia Milik AshiTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon