MMMA 16

266 18 7
                                    

Suasana hening ditemani dengan bunyi sudu dan pinggan yang berlaga. Raeez tiba tiba memecahkan kesunyian.

“Kau kenal Hayfa?” Soalan itu menghentikan aku yang sedang memegang sudu.

“Kenal, saya pernah selamatkan dia dulu.” Aku berkerut sikit apabila Raeez menyebut nama wanita cantik itu. Macam mana Raeez tahu?

“Lelaki yang nama Faiq tadi tu, suami dia. I mean bekas suami” Aku terbungkam. Kecil sungguh dunia ini. Tak sangka aku dapat berjumpa dengan suami Hayfa.

“Maaf tanya, kenapa...bekas suami?” Aku teragak agak untuk bertanya, bimbang soalan aku ini dianggap tidak menghormati privasi orang.

“Kitorang bercerai disebabkan seorang lelaki”

Aku berpaling ke belakang. Faiq sudah berdiri di hadapan pintu sambil menyeluk poket seluarnya.

Dia melabuhkan duduk di atas sofa. “Kami berkahwin semata mata nak lindungi Hayfa dari kena jual. Banyak cabaran yang kami hadap, sampailah satu hari tu, lelaki tu letak pil dalam air aku. Bila balik, aku marah Hayfa sebab tengah serabut. Tanpa sedar, aku lafaz cerai dekat dia. Sedangkan waktu tu dia tengah mengandung.”

“Dia diculik oleh lelaki yang sama. Tujuannya masih sama, jual Hayfa. Malangnya pembeli tu tak terima Hayfa sebab dah disentuh. Akhirnya lelaki tu dibunuh.” Faiq hela nafas.

“Terima kasih Ashi, sebab kau selamatkan Hayfa” Dia mengukir senyum walaupun kelihatan agak pahit. Aku cuma membalas dengan anggukan kecil.

“Walaupun kami berdua dah berpisah, aku tahu perasaan Hayfa masih sama. Kami saling menyayangi. Sampai masa yang sesuai, aku akan dapatkan dia balik demi hati masing masing”

“Dan demi Tengku Ryan Hazriel” Raeez menyambung.

“Siapa Tengku Ryan Hazriel?” Aku bertanya.

“Anak kami berdua.” Faiq senyum lebar. Aku juga sama.

“Tahniah, lega saya dengar kandungan Hayfa selamat” Aku ucap syukur di dalam hati. Lega.

“Sampai sekarang dia still tak balik Malaysia?” Tanya Raeez. Faiq menggeleng.

Raeez hela nafas. “Haihh..aku nak tolong cari, kau tak bagi. Come on Faiq, sampai bila kau nak pendam rindu kau?”

Raeez menggeleng kepala. Faiq melarangnya dari menjejak Hayfa. Katanya tak perlu, dia yakin Hayfa akan balik semula dalam keadaan selamat.

“Sampai waktu yang tepat” Jawabnya ringkas.

Aku ditengah hanya mampu diam melihat dua sahabat itu berbual. Tak mahu mengganggu, lantas aku meminta diri untuk turun ke dapur.

“Tell me Faiq, kenapa kau yakin sangat Hayfa dengan anak kau selamat? Kau ada sorok apa apa dari aku?” Raeez mendesak. Lihat riak wajah Faiq pun dia sudah tahu, ada sesuatu.

“Sebenarnya aku terserempak dengan Hayfa dekat airport Indonesia.” Jawab Faiq jujur. Fikirnya dia tak mahu bagitahu sesiapa tentang hal ini. Biarlah ini hanya dia dan Hayfa sahaja yang tahu.

Namun baginya agak sukar untuk berahsia dengan Raeez. Lelaki ini boleh tahu segala galanya mengikut gerak hatinya. Raeez cekap, dari riak wajah dan cara percakapan, dia sudah boleh teka dengan betul.

“Asal kau nak rahsiakan benda ni?” Tanya Raeez selamba, langsung tak ambil hati Faiq berahsia dengannya.

“Saja. Kalau suatu hari nanti aku dengan dia bersatu balik, bolehla buat surprise.” Faiq gelak kecil di hujung kata. Dia bangun lalu melabuhkan duduk disebelah Raeez. Bahu lelaki itu yang berbalut ditampar.

Mr.Mafia Milik AshiOnde as histórias ganham vida. Descobre agora