MMMA 26

267 14 3
                                    

Aku rebah ke lantai apabila seseorang menendang belakang kakiku. Aku mendesis sakit lalu pandang sekeliling.

Keadaan jadi huru hara!

"Lindungi Dato' Osman!" Jerit Ikram dengan kuat. Dia masih sibuk berlawan. Tanpa menghiraukan rasa sakit, aku bergegas bangun untuk menyelamatkan Dato Osman.

Dato' Osman salah seorang daripada orang kuat yang perlu pihak polis lindungi. Dia banyak menyumbang dalam memberi gaji pada setiap anggota polis. Maklumlah kaya.

Sejak akhir akhir ini, Dato' Osman sering diganggu. Sehingga sampai satu tahap, dia diugut bunuh. Kerana itulah, kami ada di sini. Di sebuah bangunan usang, Dato' Osman diculik dan dibawa ke sini.

"Dato' okey?" Tanyaku dengan termengah mengah. Lenganku berdarah kerana diguris pisau penjenayah.

"Saya okey...selesaikan benda ni secepat mungkin. Nyawa saya bila bila boleh melayang." Arahnya walaupun dalam kepenatan.

"Ya, kami cuba. Dato' ikut saya ke tempat yang selamat." Aku membawanya ke tempat yang agak tersorok.

"Tolong jaga kejap. Pastikan kawasan sini selamat. Aku perlu bantu Inspektor Ikram." Kataku kepada dua orang anggota polis. Mereka mengangguk menerima arahan.

Aku berlari sambil mengeluarkan sepucuk pistol. Segalanya yang aku pernah pelajari, cuba diingat untuk digunakan dalam situasi sekarang.

'Bang'

Bunyi tembakan bergema. Namun pergerakan penjenayah ini sangat lincah. Mereka bijak mengelak. Aku mengeluh resah. Tubuh Ikram didekati.

"Macam mana ni Inspektor. Macam macam kita dah buat tapi semuanya tak berjalan lancar. Mereka lincah."

"Saya ada rancangan." Kata Ikram yakin sambil matanya tak lari menembak sasaran.

********

Kereta dipandu laju menuju ke balai polis. Setelah sampai, brek ditekan secara mengejut. Lantas enjin dimatikan.

"Mana isteri aku?" Tanpa apa apa, pintu kaca ditolak lalu mata liar mencari bayangan Ashi.

"Raeez. Ashi ada dalam bilik rawatan. Ikut aku." Celah Ikram yang muncul tiba tiba.

Raeez pandang Ikram. Banyak luka di wajahnya yang belum dirawat.

Sampai di bilik rawatan, terus dia meluru ke arah isterinya yang duduk di katil.

"Ashi, what happened?" Wajah itu dibelek. Tiada luka, namun lengannya berbalut.

"Tak ada apalah.. sikit aje ni. Luka dekat lengan je." Ashi senyum kecil.

"Cepatnya awak sampai? " Tanya Ashi apabila sedar Raeez sampai terlalu cepat.

" Aku dengar suara kau macam tengah sakit. Rushing aku datang sini"
Raeez tayang wajah risau. Haihh baru kahwin dah calar balar.

"Alahh takyah risau lah. Dia okay je tu, sebelum ni lagi teruk dia pernah kena. Chill, tahulah isteri kesayangan." Sempat Ikram memberi jelingan kepada Raeez. Raeez pincing mata.

"Kau, dalam masa sebulan ni aku tak izinkan Ashi masuk kerja lagi. Emergency atau tak, aku peduli apa. " Tegas nada suara Raeez memberi arahan. Ikram sungging senyum sebelum ketawa kecil.

"Ye lah... tak boleh pinjam langsung isteri dia."

"Ikram.." Suara Dato'Osman kedengaran.

"Ya Dato' " Sahut Ikram seraya berdiri tegak.

"Dah dapat tangkap penjenayah tu?" Suara Dato Osman kedengaran beku.

"Dah, tapi ada seorang berjaya larikan diri. Yang lain ada dalam bilik siasatan."

Mr.Mafia Milik AshiWhere stories live. Discover now