MMMA 18

260 13 1
                                    


Rhys menggeleng kepala disebalik pintu bilik yang terkuak sedikit. Raeez sedang termenung seorang diri di atas katilnya walaupun komputer riba cerah bernyala.

"Apa nak jadi lah dia ni.." Rhys menggumam sendirian sebelum masuk ke dalam bilik abangnya.

"Sudah sudahla tu mengelamun.. kau fikir apa lagi?" Raeez tersentak sedikit lalu mengeleng kepalanya. Jari jemari terus laju menaip sesuatu di komputer riba.

"Tak ada lah, aku fikir pasal kerja je." Jawapan itu mengundang senyum Rhys. Punggung dilabuhkan di atas katil abangnya.

"Buat apa nak fikir lagi? Kerja kau semua aku handle, kau sendiri yang mintak tolong aku kan. Tak payah la nak berdalih. Aku tahu kau fikir pasal benda lain kan. Cuba cerita dengan aku. Asal? Kau tak tahu macam mana nak tolong Ashi ke?" Sebelah kening diangkat. Adakah Raeez lupa mereka berdua kembar? Dah berpuluh tahun membesar bersama. Hanya orang buta sahaja yang tidak tahu Raeez menipu.

Raeez hela nafas seketika. Sedar dia memang tak boleh menyembunyikan apa apa dari adiknya. "Pasal Ashi mintak tolong tu dah settle. Aku dah ada plan untuk dia, tinggal nak jumpa dia je. Cuma..."

Jeda dari Raeez membuatkan Rhys lebih tertarik untuk tahu lebih lanjut.

"Cuma apa?"

"Takda apa lah" Kepala digeleng lalu menutup komputer ribanya lalu menarik laci meja.

Belum sempat laptopnya mendarat dengan selamat, laci itu ditutup semula oleh tangan kekar milik Rhys.

'Bam!'

Rhys sandar sambil bersilang dada pada kabinet kecil itu. "Terus terang je lah dengan aku. Jangan nak berahsia sangat"

Sejujurnya Rhys muak dengan sifat Raeez yang suka berahsia dengannya. Mereka kembar, salahkah jika mereka berkongsi semua cerita bersama? Raeez tarik nafas seketika.

"Kau tak kisah kalau Ashi jadi kakak ipar kau?"

Tersedak liur ! Mata Rhys sedikit membulat selepas mendengar ayat yang baru meluncur keluar dari mulut Raeez. Ashi? Kakak ipar? Biar betul !

"Kau seriuslah bro? Apa dah jadi sampai kau terfikir nak kahwin dengan dia?" Tubuh Rhys mendekat dengan Raeez lebih rapat. Demam ke abangnya itu? Tiba tiba aje nak kahwin.

"Aku...aku tak tahu lah nak cakap macam mana. Aku keliru" Raeez genggam rambutnya. Nampak kusut betul gayanya. Kening Rhys berkerut.

"Kenapa?"

"Aku simpan perasaan aku dekat dia. Tapi, aku tak tahu apa sebab sebenar aku sukakan dia. Aku takut perasaan tu muncul hanya kerana semata mata-"

"Dia ada iras Stella? Macam tu?" Tak perlu disambung sampai habis, Rhys sudah boleh menduga. Perlahan lahan Rhys ukir senyum nipis.

"Aku tak kisah apa pun yang kau rasa dekat dia. Lagipun aku dah pernah warning kau dulu, jangan kaitkan dia dengan masa silam kau. Tapi aku tahu, ianya masih tak boleh halang kau dari dekat dengan Ashi. Agak mustahil sebenarnya untuk aku fikir yang kau tak ada secebis perasaan pun dekat dia sebab aku tahu, kau nampak bayang Stella dalam diri dia"

Rhys menyambung lagi. "Cuma aku terfikir, dia nak ke suami macam kau? Maksud aku suami yang pukul orang, bunuh orang. Dia tu anggota polis tahu?"

Raeez terdiam seketika. Kedua tapak tangan dilekap pada pelipis kepala. Menghadam setiap kata kata adiknya yang ada benar juga. Ashi pernah cakap dia tak suka lelaki jahat.

Tapi apa yang Raeez lakukan selama ini bersebab. Jahat juga kah? Walau dikira tidak jahat sekalipun, baikkah dia?

Lama berdiam diri, akhirnya Raeez bersuara.

Mr.Mafia Milik AshiWhere stories live. Discover now