MMMA 20

253 17 0
                                    

Bantal yang selama ini menjadi alas kepalaku itu aku tumbuk berkali kali sambil menyembamkan muka.

Menyesal.

Menyesal aku balik ke rumah. Menyesal kerana telah menjawab panggilan telefon daripada ibu petang tadi.

'Tok tok tok'

Pintu bilik yang dari tadi diketuk itu aku endahkan. Fikiranku berserabut sekarang ini.

"Adik..bukak pintu ni" Suara kakak aku, Vel kedengaran memujukku membuka pintu. Perlahan aku mengeluh.

Bersama selimut yang menyelubungi dari kepala hingga ke bawah, aku bangun dengan malasnya lalu membuka kunci pintu. Lalu aku terus merebahkan diri ke atas katil.

Vel masuk lalu pandangannya dihidangi dengan satu susuk tubuh panjang yang dibalut selimut. Perlahan dia menggeleng kepala.

"Terima aje lah dik, tak susah pun." Tapak kakiku yang terkeluar dari selimut itu ditepuknya berkali kali.

"Tak susah kau cakap? Heh ni bukan benda yang diboleh buat main tau! Aku taktau apa benda yang bermain dalam kepala otak Raeez tu sampai nak meminang bagai. Padahal kami tak ada hubungan apa apa pun." Suaraku agak tenggelam dek kerana bercakap dengan tilam. Namun masih boleh didengari Vel.

Meminang? Ya meminang! Satu perkara yang aku memang tak dapat jangka bahawa itulah sebenarnya permintaan 'kecil' yang Raeez minta.

Petang tadi, selepas meninjau kawasan kedai baharu Milly ,kami berdua pulang ke Grupo Bimbo untuk mengemas barang yang tidak berapa penting untuk dipindahkan nanti. Ralit membuat kerja, ibu tiba tiba menelefonku. Dan itu membuatkan aku teringat kepada kata kata Raeez tadi tentang permintaannya.

Setelah menjawab panggilan, aku terpaksa meminta diri untuk pulang ke rumah atas suruhan ibu.

"Raeez masuk meminang kamu"

Masih terngiang ngiang ayat itu di mindaku. Ringkas namun cukup membuatkan aku tidak dapat tidur.

"Apa? Meminang? Ibu jangan main main, tak lawak tau" Aku terkejut namun aku harap ibu hanya bergurau.

"Kamu ada nampak ibu buat lawak ke Ash, ibu serius ni. Dia masuk meminang kamu, katanya itu satu satunya permintaan yang dia harap Ash tunaikan. Dia bagi kamu masa untuk berfikir, lagi tiga hari nanti dia nak tahu jawapan."

Tiga hari? Kenapa begitu cepat?

"Kenapa tiga hari aje ibu. Benda ni bukan boleh dibuat main. Ni pasal kehidupan Ashi dengan dia. Bagilah masa panjang sikit." Aku mencebik. Raeez pun satu, bagilah masa panjang sikit.

"Itu kamu sendiri lah minta pada dia. Ibu cuma sampaikan aje." Selamba ibu menjawab.

"Lepastu, apa lagi dia cakap?"

"Dia tanya ibu dengan papa, setuju ke tidak jadikan dia menantu. Ibu okay aje, baik budaknya." Aku membuat muka. Dah agak mesti setuju punya.

Aku mengalih pandangan kepada papa dan Vel yang dari tadi diam membisu. Adam macam biasa, susah betul nak nampak bayangnya dalam rumah.

"Papa pulak macam mana? Papa setuju ke dia jadi menantu?" Aku bertanya mengharapkan jawapan yang berbeza dengan ibu.

Anggukan papa telah membuktikan harapan aku sepenuhnya meleset jauh.

"Papa memang dah lama berkenan Raeez jadi menantu papa. Inilah sebenarnya yang papa tunggu selama ni"

Aku diam lalu menjeling sedikit ke arah Vel. Ternyata dia jugak mengangguk kepala.

Mr.Mafia Milik AshiWhere stories live. Discover now